Tuesday, March 30, 2004

Checkup 29 Mac 2004

0 comments
Hmm... err.. ni checkup aku yg ke berapa ek.. ke 3 la kot. ooo.. ke 4. Yg ke 3 tu.. last 2 weeks. Tak jadi ultrasound sebab doctor nak tengok progress uri tu, better tunggu lambat sikit. So, checkup ngan ultrasound kali ni..walaupun hati aku dan Abangku sakit sbb kena menunggu lama dan layanan misi tua yang hampeh, kitorang rasa gumbira sebab ada berita positif kali ni. Uri dah naik.. ape ke ek doctor tu tulis.. Placenta upper segment.. gitu..gitulah.. Pastu.. kedudukan baby normal. Baru 29 minggu dia masih boleh berenang2 dan summersalt mana2 dia suka. Tak dapat tau lak gender. Aku dah malaslah nak tau. Asyik taktau je.. biorle dah kuar nanti baru tau. Hmm.. scan kat muka, nampak mulut, idong, mata.. hehe.. Mcm tengah tido je.. yelah tu kot, poyo je la ibu dia ni.

Semalam memang menguji kesabaran jugakla. Punyala lama kitorang menunggu. Ada sorang chinese guy tu siap bising2 dah sbb menunggu lama sangat. Nama je swasta.. dari UH dah tukar PPUM.. tp lambat jugak. Aku rasa mcm tak sistematik jugak. Dahla gitu, aku terlupa nak mintak time slip dari doctor. Doctor pesan, kalau keputusan ultrasound aku normal, tak perlu jumpa dia balik. So aku pun tunggu turn utk ultrasound pulak. Dari ultrasound room tu, aku disuruh bawak ultrasound report bg kat doctor tadi. Skali tu, doctor tu dah takde, misi2 situ kata dia dah naik atas. Camne doctor boleh blah gitu je? Camne kalau result dr ultrasound tu tak normal? Sah2 aku kena tunggu doctor tu lagi. Abih..blur la aku kejap. Dah tunggu kejap tu, aku belasah je la bagi report tu kat misi situ, sambil mintak time slip. Dia membebel pulak kate nape aku tak mintak dari tadi kat doctor tu. Duhhh... kalau aku mintak pun, urusan ultrasound belum selesai, doctor tetap taktau pukul berapa aku habis semua tu. Naik hotla aku, rasa muka aku mencuka gila. Aku dah membebel sorang2 kat Abangku.. melepas geram. Abangku pun bengang, tp sebab fikir nanti nak datang lagi ke situ, so tahan je la. Aku pun pikir gitu, kalau tak.. mmg dah kena sound makcik misi tu. Tolongla consider skit, kita ni org baru, ni la first time pregnant, dahla procedure tak sistematik. Lainla kalau dah tua mcm awak tu macik misi oooii... yang dah branak bape kali...!!!! Anyway, kalau aku cakap camtu depan2 dia, skali time beranak esok dia lak misinya.. mau diboikotnya plak aku.. sabar je la. Tu pun aku dah kurang ajar skit, bila dia sibuk bagitau, masa yang tertulis kat time slip tu adalah masa keluar dari hospital, tak termasuk masa sampai di office. Duhhhhh...mcmla aku bodoh sangat. Aku terus amik kertas tu, aku cakap terima kasih kuat2.. dan terus paling ke arah Abangku dan wat dek kat pompan tua tak sedar diri tu.. hahaha.. brutal habis la konon haha.. Tu je yg mampu aku lakukan, demi anakku dan diriku. Ikut hati aku.. mmg lumat aku sound dia. Dahle masa aku nak bagi ultrasound report tu, macam belagak je. Konon .. don't worry la, dorang simpan dalam file kertas tu. ADuhaiiii... ayat aku masa tu tak habis lagi, aku baru nak tanya, aku nak bagi report tu kat sape? Macam kita ni tak yakin la.. dan insult dorang la, bila kita tanya pasal report tu. Kalau tak sistematik, tak mustahil la kalau report tu nak hilang ke apa ke.. jgn salahkan gueeeeeee...

Penat aku menaip pasal dorang ni. Kalau setakat nama je dah swasta, mentaliti masih di takuk lama, lupakan ajelah. Aku report pada Pak Lah kang, baru tau...

Friday, March 12, 2004

Checkup 16 Mac 2004

0 comments
Dah lama aku nak menaip pasal ni. Tak tertaip-taip.. bz plak ngan keje2 CRM. Ala.. keje tolong orang register budak-budak sekolah ke portal sekolah tu. Job aku sendiri belum boleh start sebab contact person tu kata dia tengah bz. Ntah bila boleh ada meeting nak initiate projek tu tahla.

Hmm.. Last checkup baby ok. Tapi taktau boy/girl. Kaki dia lindung plak..kepit kat situ. Malu agaknya. Abangku kata, agaknya pompuan tu sebab dia malu.. hehe teori terkelendat. Kalau ikot instinct kitorang mula2 dulu rasa girl. Tp skang taktau plak. Macam2 teori aku dengar. Ada yang kata bila tengok muka aku, dorang kata maybe baby girl. Dorang kata, muka berseri2 kalau baby girl. Dorang tak cakap pun muka aku yg berseri.. tapi dari teori tu kira muka aku berseri la? kahkahkah... Ada plak kata kalau baby boy muka berseri. Tah aku pun taktau mana satu betul. Yg aku tau, muka aku camni je. Org lain nampakla agaknya.. kelainan tu, kan..

Yg besnya, masa scan kat muka, nampak mulut baby terbuka. Pastu dia tutup plak. Pastu tangan dia mula2 kat pipi..pastu gerak2 ke bawah. Doctor pun happy je tengok. Kitorang rasa seronok betul.. satu pengalaman yang tak dapat nak lupa.. Lepas buat ultrasound tu, jumpa doctor lain pulak. Dia bagitau keputusan ultrasound tadi. Plasenta atau uri kat bawah.. Selalu mende tu akan naik skit2, dan bila bersalin nanti, takde masalah. Tapi, kalau uri ni tak naik jugak, takut ada pendarahan, dan baby tak boleh keluar. Kalau jadi camtu, kena operatela. Harap-harapnya, biarlah bersalin normal.

Mak aku nasihat, banyak2kan sembahyang hajat, doa, baca Surah Maryam utk mudah bersalin. Dia dulu anak 11 orang, takde masalah pulak..lagila takde scan2 seme ni. Dia kata, dalam orang melayu, ada istilah menjunjung uri. Maknanya uri keluar dulu, barula baby kuar. Kiranya ada jugak kes uri kat bawah dan kuor dulu..still ok. Ada kawan officemate aku ni, dah nak bersalin uri dia baru naik. Semua tu kuasa Allah, pada Dia je la aku memohon keselamatan.
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates