Saturday, October 27, 2007

Hari Raya 2007

2 comments
Kesian sungguh blog aku ni. Terbengkalai lagi terdampar kesepian hehe.. Nak kata aku sibuk tu, tidak juga, sibuk buat-buat sibuk tu adalah.

Hari Raya ni, perut aku 6 bulan lebih. Jadi aku masih berpeluang pakai baju kurung camouflage aku yang menampakkan diriku sedikit kurus.

Tahun ni sehari sebelum Hari Raya, kami dah bertolak ke Sg. Besar. Giliran beraya di kampungku pula. Selalunya, pagi raya ke-2 kami akan bertolak balik ke PJ, tapi kali ni suamiku mengatakan pagi raya ke-3 baru bertolak. Rancangan bertukar ke lepas Zohor, kemudian ke lepas Asar, disebabkan hujan postpone lagi akhirnya pulang ke PJ pada raya ke 4 hehe..

Kelainan beraya kali ni, kami berjaya buat BBQ express pada raya ke-3. Paling bersejarah, inilah raya pertama aku membawa Yana ke masjid untuk bersolat raya bersama-sama. Aku pergi lambat sikit dari mak aku (pagi-pagi aku dah sakit perut selain mak aku memang express dia malu datang lambat sangat). Yana sungguh gembira dapat ke masjid dan sama-sama bersolat (kononla), sambil minum susu botol mendengar khutbah dan sambil tu juga tarik hidung aku sebab dia dah boring.

Setiap masa raya juga terisi dengan aktiviti berjalan raya dan kali ni juga aku buat perangai "Aiman Tak Kisah" terhadap perkara-perkara kecil yang bisa merobek hatiku.. hehe.. Aku dah malas nak fikir orang itu suka aku atau tidak, aku tak kuasa nak kecik hati lagi. Biarkan si Luncai terjun dengan labu sayongnya yang penting aku dah bermaafan jadi aku takde kuasa nak memikirkan perkara-perkara yang di luar pengetahuan aku. Aku takde lulusan perundangan untuk menjadi hakim dalam kehidupan orang lain. Aku tau, aku perlu jaga hidup aku sendiri dan judge diri aku sendiri. Makan ketupat lagi sedap.. serta beskot-beskot raya dan kerepek tiram pedas.

Ahad ni, kawan-kawan aku nak datang rumah. Apa aku nak masak ek.. seronok nak masak bila ada orang nak datang ni, sebabnya dah tentu mereka datang akan makan masakan aku. Barula aku terasa masakan aku laku hehe..

Monday, July 02, 2007

Pertama Kali ke Masjid

0 comments
Sabtu 30 Jun 2006, balik kampung.. lambat kitorang balik.. dah 6 lebih. Tengahari tu dua beranak tu tido..aku lak layan industan hahaha..

Maghrib singgah masjid K.Selangor. Yana kata nak smayang skali.. aku ckp dia smayang umah nenek la. Lagipun Abangku kata leceh la plak nanti aku nak bawak dia. So gilir-gilir la smayang. Sian gak budak tu tapi takpela nantilah bila-bila aku nak bawak jugak ke masjid. Sekali tu semlm kitorang gerak lambat gak.. kol 6 lebih gak.. Maghrib kenala kat K.Selangor gak. Jadi, kali ni aku cakap kat Abangku, aku bawak Yana lah. Aku yakin Yana dah boleh bawa diri dia di masjid. Kalau takde first time, takdela next time. Memandangkan aku pun takde rasa nak membuang leh terus je naik masjid amik wuduk terus kat atas. Sambil dukung yana dia cakap.. "ibu smayang sama-sama".. aku ckp je la.. "yela".

Pastu masa aku nak amik air smayang ada budak kecik lain gak.. aku perasan Yana tengok je budak tu. Pastu aku tanya dia.. "Yana nak amik air smayang gak ke?" Dia angguk. So aku singsingkan seluar.. dan bukak air kecik je. Tengok-tengok dia basuh muka.. pastu basuh lengan kiri kanan.. pastu kaki. Tang kaki tu kenala aku tolong sket. Tapi aku rasa terkejut dan terharu sebab aku tak sangka dia tau kena basuh lengan tu semua. isk isk.. aku rasa maybe Makcik Nursery ada ajar atau dia sendiri tengok kitorang wat kat umah.

Masa naik tangga ke atas bukan main tersengih-sengih.. sampai je tempat smayang.. tu... dia boleh gelak-gelak suka gile sampai terlompat-lompat.. aku suruh senyap sket.. hehehe.. pastu cakap kat dia.. "Jangan kacau orang lain".

Pastu aku pakaikan dia tudung aku.. dan bentang sejadah. Dia smayangla sebelah aku.. ikot tonggang tonggek. Tapi sambil-sambil tu dia tengok orang sebelah aku, kepala dia dok mendongak je .. pastu tetiba sebelah dia pun ada org.. dia pun tengok je org tu.. hahahaah.. tp sambil-sambil tu buat gak rukuk sujud tu hahaha.. rasa nak tergelak dalam hati.

Lepas smayang dia lak cakap kat aku.."Jangan kacau orang lain" haha aku ye kan aje. Bila dah siap masa aku dok ngadap cermin pakai tudung..dia tengok orang lain smayang.. dok tercegat je tengok. Aku rasa dia mcm pelik kot tengok seme org pakai sama dan wat mende yg sama.

Bila dah siap.. masa turun tangga lak dia cakap.. "pelahan-lahan.. nanti jatuh.. berdarah" hehehehe.. dia ngata diri dia la tu sebab masa nak naik aku suruh dia perlahan-lahan.

Tapi aku rasa sungguh best dan terharu dan rasa sejuk hati. Aku rasa maybe raya ni dah boleh bawak dia pegi masjid.. saje nak bagi pendedahan awal. Awal sangat ke ek? Tak kot.. orang lain pun ada yang bawak anak kecik ok je.

Saturday, June 30, 2007

Begini Rupanya...

2 comments
Ah.. salahkah seorang ibu itu merasa bimbang tentang keselamatan anaknya? Salahkah seorang ibu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap anaknya sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini? Dan salahkah seorang ibu untuk merasa takut perkara yang sama berlaku pada anak orang lain mungkin akan terjadi kepada anaknya pula? Salahkah?

Oh.. begini rupanya perasaan menjadi seorang ibu. Sentiasa diulit resah jika si anak ditimpa musibah. Sebelum terjadi perkara yang tidak diingini itu pun hatinya tidak tenteram. Mulutnya akan pantas sahaja menegur perlakuan atau tindakan yang dijangka bakal menggegarkan hatinya. Tidak kiralah perlakuan itu dilakukan oleh anaknya ataupun orang lain terhadap anaknya, waima suaminya sendiri.

Aduhai.. betapa remuknya hati seorang ibu itu sekiranya nasihatnya langsung tidak dihiraukan. Hancur luluh rasa hati apabila rasa bimbangnya hanya diperlekeh dan dipandang jijik seperti tahi ayam yang melekat di tapak kasut. Atau bisa sahaja teguran itu dibuang dengan rasa meluat seperti tahi cicak yang menyusahkan seisi rumah. Dirinya seolah-olah kumbang hitam yang tersesat terbang ke dalam rumah dan tiada jalan untuknya keluar. Maka, ia ditangkap, diterbalikkan dan dibiarkan terkapai-kapai meminta untuk dilepaskan. Kumbang hitam terbalik yang menjadi bahan ketawa sinis baik si anak kecil mahupun sang dewasa.

Sokongan dari sang suami diharapkan dapat mengubat hatinya, namun tepisan sang suamilah yang meremukkan jiwanya. Tersepit jiwa, minda dan hatinya apabila sang suami memandang remeh kebimbangannya. Ya, itulah sebenarnya yang menambah rasa tersisih itu. Seorang ibu yang tersepit antara tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ketaatan sebagai sorang isteri. Dugaan apakah ini? Meronta-ronta hanya di dalam tak mungkin tampak di mata. Hendak bersuara lebih, takut dikata derhaka. Kalau tidak bersuara, seolah-olah membiarkan sahaja perkara buruk akan berlaku. Bukan mendoakan ia akan terjadi, tetapi waspada yang dicari. Kenapa nasihat itu disalaherti?

Oh, ibu! Bersabarlah. Serahkan pada Yang Maha Esa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Melindungi. Anak atau suami bukan milikmu, tetapi milikNya. Dia pasti mengerti perasaanmu kerana Dia Yang Maha Mengurniakan telah melengkapimu dengan sifat keibuan. Sifat yang istimewa tiada siapa yang akan mengerti kerana hanya Penciptanya sahaja yang tahu. Berserahlah. Engkau telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuanmu. Kemampuan yang bukan sebarangan. Kemampuan yang hampir menandingi had bagimu. Tenangkan fikiranmu dan lapangkan dadamu. Usahlah kau mencampuri urusanNya kerana Dia yang berhak menentukan segalanya. Berdoalah padaNya kerana hanya Dia yang mengawal kejadian di alam ini. Berdoalah yang terbaik buat anakmu dan percayalah kepadaNya kerana kasih sayangNya terhadap dirimu dan anakmu terlalu banyak berbanding kasihmu terhadap anakmu.

Begini rupanya menjadi ibu…

Wednesday, June 27, 2007

Testing Untuk My Pren

0 comments
click




















dia gi sini

Wednesday, June 20, 2007

Zombie Kampung Pisang

0 comments
Semasa di rumah mentua sambutan harijadi Yana, kitorang pinjam DVD Zombie Kampung Pisang dan Jangan Pandang Belakang dari adik ipar. Jadi, memandangkan hari Isnin takde cerita yang menarik di TV3 (kecuali Jackie Chan Project A.. aisehmen melepas nak tengok), maka kitorang bertiga pun pasangla cerita tu sambil menikmati makan malam.

Sebenarnya, dari hari Ahad lagi, Yana dah tengok kulit DVD tu banyak kali. Ditenungnya lama-lama. Aku pulak sibuk bercerita pada keluarga Opahnya kisah dia yang takut nak masuk bilik air di nurseri kerana disangka ada hantu. Padahal lampu bilik air tu yang padam secara tiba-tiba. Bila tengok muka dia yang macam nak gerun tengok kulit DVD tu, Pak Lang Yana terus buat cerita takutkan dia. Gambar tangan pada sampul tu dikatanya hantu. Nanti tangan tu datang malam-malam kat Yana.

Aku taknak Yana takut, aku cakap kat dia.. "Kartun je.. bukan hantu."

"Kartun je kan? Bukan hantu, kan ibu? Kartun je..."

"A ah.. kartun je. Yana tak takut lah kan?"

Pak Lang Yana terus-terusan menakutkan dia. Dan Yana terus-terusan menafikan perasaan takut dia. "Bukan hantu.. kartun je.." Sambil matanya masih terpaku pada sampul DVD tu.

Semasa menonton DVD tu, Yana duduk kat belakang aku sepanjang masa. Dia kata kartun je, dia tak takut. Tp bila aku suruh duduk atas riba aku dia taknak. Aku ketawa terbahak-bahak tengok cerita yg kelakar tu, dia pulak tengok dengan wajah begitu serius.

"Yana takut ke?"

"Takdelah.." Tapi muka dia serius je dan macam tension je. "Kartun je.."

Ada ketika bila watak betul-betul kelakar (bagi budak berumur 3 tahun), dia ketawa jugak. Tapi banyak masa risau jugak aku tengok muka dia yg serius tu..hehe..

Malam tu, dia taknak tidur kat katil dia. Dia tak boleh lelapkan mata. Kitorang bagi dia kelonggaran tidur sebelah aku, dengan syarat esoknya dia tidur di bilik sendiri. Yana angguk dan tak sampai berapa minit dia baring di sebelah aku, dia pun lelap.

Pagi ini (selepas 2 hari), dia masih takut nak masuk bilik air seorang diri walaupun dia tak habis-habis cakap pada diri dia "kartun jee...".

Yg pasti kitorang kena pastikan dia dah tidur untuk menonton Jangan Pandang Belakang. Takkan nak tengok tengah malam kut? Alahaii... ni yang aku lemah ni...

Happy To You Jadi..!

0 comments
Ahad lalu, 17 Jun 2007 harijadi Yana, merangkap Father's Day. Kitorang celebrate di rumah Opah Yana je. Menu simple satay ayam dan daging, Domino's Pizza dan kek coklat. Tu pun buat aku melantak puas-puas.

Kitorang memang dah bagitahu kat Yana pasal harijadi dia. Amboi.. sejak diberitahu tu.. 2 hari sebelum dia dah mula rasa excited dan menyanyi-nyanyi lagu birthday. Pagi Ahad dapat SMS dari Abang Ezriq and Ean pun tersengih-sengih seronok.

"Ibu.. hari ni happy to you Yana." Katanya pada hari Sabtu.

"Bukan harini.. esoklah." Kataku.

"Ooo.. esok... ooo.." Lepas tu dia menyanyi tak sudah-sudah.

"Happy To You Jadiiiii.. Happy To You Jadiiii..."

Aku cakap.."Bukanlah.. Happy Birthday To You...takpun Selamat Hari Jadi" Adeh mana punya lirik.

Bila teringat lirik Yana, aku dengan Abangku pun menyanyi ikut lirik dia tu. "Happy To You Jadi... Happy To You Jadi..."

"Ibu.. bukanlah. Bukan Happy To You Jadi. Samat Hari Jadi.. aaa...Samat Hari Jadi.."

Pulak dah.. kita pulak yang salah...toingggggg...

Thursday, June 14, 2007

Memori Pokok Ceri - Langkah Pertama

0 comments
Dalam tahun 1995-1997, sepanjang tempoh belajar di kolej, aku masih belum mengenal Internet. Kalau ada pun Internet di kolejku ketika itu hanyalah pada penghujung semester akhirku di situ. Itupun atas inisiatif pensyarah yang mendaftarkan Internet di makmal komputer dan aku percaya ketika itu mereka menggunakan perkhidmatan dial-up.
Itupun menurut cerita rakan-rakan yang prihatin tentang kewujudannya, mereka terpaksa berbaris panjang untuk menggunakan Internet.

Jadi ketika itu, aku tak tahu apa itu e-mail, laman web apetah lagi blog. Rujuk sini untuk sejarah blog, http://en.wikipedia.org/wiki/Blog. Ketika itu, aku hanya menulis secara manual di dalam diari hanya untuk suka-suka (seperti juga sekarang), atau untuk sessi luah bicara diri :D.

Dalam kebosanan dan kedinginan di pejabat ini, biasanya aku akan mula rindukan saat-saat aku berada di Pullman, Washington semasa aku mendapatkan ijazahku. Aku memang sering merindui saat-saat ketika berada di sana. Tidak keterlaluan jika aku katakan, aku begitu menghargai setiap detik di sana sehinggakan apabila aku terasa sedih, down, demotivated, aku akan merasa gembira apabila mengingat suasana dan pengalaman ketika di sana.

Bukan aku tak cintakan negara sendiri, tetapi pengalaman berada di rantau orang itu sudah pasti tidak sama dengan pengalaman lain. Memandangkan aku tidak mempunyai blog pada masa itu, pengalaman-pengalaman atau segala kenangan di sana hanya terpahat dalam ingatanku sahaja. Diari yang ada pun sudah kubuang. Kalau ada pun hanyalah luahan rasa sunyi ketika di sana, bukannya pengalaman indah yang sering terbayang di mata.

Di kesempatan ini aku akan menulis memori itu bila aku rasa ingin melakukannya. Manalah tahu cerita-ceritaku nanti akan memberi inspirasi kepada yang membaca atau setidak-tidaknya kenangan itu tersimpan secara digital di sini. :D
Sekiranya blog ini masih bertahan dan umurku panjang, dapatlah kuceritakan pengalamanku kepada cucu cicitku nanti.. haha berangan.

Wednesday, June 13, 2007

Mulut Dia Je Camtu...

0 comments
"... tapi hati dia baik. Bagi duit, bagi hadiah."

"Dia memang bising sikit, tahankan sajelah. Tapi hati dia baik suka tolong orang."

"Sabarla ye.. mulut dia je macam longkang, tapi hati baik tu."

Dan banyak lagi ayat-ayat lain penyedap rasa mengubat kedukaan dan kemarahan hati kita bila berdepan dengan si mulut laser atau si murai tercabut ekor :D.

Setuju ke? Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi, aku.. dari dulu hingga kini, setakat ini, aku tak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan penyedap hati, jantung, limpa atau pankreas tu semua. Aku tak percaya!

Bagi aku, apa yang keluar dari mulut tu adalah apa yang terzahir dari niat di hati.. tambah-tambah kalau "slip of the tongue" atau terlepas cakap. Mengapa aku tak setuju?

1. Kita tak dibenarkan menyakiti hati orang samada perbuatan atau percakapan kita. Jadi apakah kita berhak melongkangkan mulut kita semata-mata kita dah banyak bagi sumbangan pada orang itu? TIDAK. Dan oleh itu, mulut busuk lagi laser takkan dapat mewangikan telinga dan hati yang terguris.

2. Seperti yang kukata tadi, apa yang keluar dari mulut adalah dari hati. Jadi, aku tak rasa ia menggambarkan hati orang tu cukup baik.

3. Kalau hati dia baik, dia akan mencuba sedaya upaya menjaga hati dan telinga orang yang mendengar percakapannya. Kalau cakap main lepas je, adakah dia mempunyai hati yang cukup baik?

4. Sesuatu sumbangan, pemberian atau hadiah mestilah disertai dengan bukti keikhlasan. Salah satunya adalah bermulut manis. Kalau mulut laser peringkat 8, orang takkan ingat sumbangan tu sbb bila hati terguris, berkecailah dan remuklah segala sumbangan tu semua.

5. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.

Namun, aku masih ingat sumbangan seseorang itu atas dasar mengenang budi dan jasa. Sebab mak abah aku ajar macam tu.

Apa-apa pun, kita boleh elakkan mulut kita dari berbau longkang dengan mengaplikasikan kepintaran emosi (EQ) yang tinggi. Semoga berjaya memiliki mulut yang wangi dan manis.

Tuesday, June 05, 2007

Independent

0 comments



I had my lunch with my colleagues at Railway today instead of having it in the office. We call it Railway because it was a railway, I don't know when but maybe more than 30 years ago. Now there's no more train but a row of stalls that sell delicious foods and drinks.






One of my friends asked about the other colleague who always had his lunch outside. The other friend said that maybe he was having his lunch with his wife. Then he said that he had advised the guy to take a very good care of his wife as she is pregnant right now.

Upon hearing that, I felt a little bit annoyed. It's not that I was being jealous but I thought why in the world a wife should make trouble just to get attention from her husband? Yes, we need attention especially in our first trimester of pregnancy, but that's not an excuse to trouble our husband, that he needs to having lunch with us all the time.

I said to my friends.. it's all the tactics actually, and most women are being opportunist when they are pregnant. I told them, yes we need our husbands to be caring, but as a mother or mom-to-be we also can't be emotional all the time. It can affect the baby.

There are lots of other examples too, like asking our husbands to pick us up from the office everyday, whereas we can go home ourselves. It's ok if they love to do it, but don't you think if we can make it ourselves there's much relief on their side?

Women always make noise and firmly say that we are independent and strong. Please.. don't just say it.. make it really happen.

Tuesday, May 29, 2007

Tidur Asing-asing

2 comments
Dah 2 malam berturut-turut Yana tidur kat bilik dia. Malam semalam dia bangun nak minum susu, langsung dia panjat katil kitorang tak balik-balik bilik dia dah. Aku pulak lepas bancuhkan dia susu, aku yang tidur kat bilik dia hehe.. rugila ubat nyamuk baik aku tidur situ.

Malam tadi aku ingat nak temankan dia sekejap. Aku tidur la kat bawah katil dia. Tau-tau sampai nak ke pagi aku tidur kat situ. Bila aku sedar, aku tengok kat luar, Abangku tidur depan tv. Anak beranak tidur bersepah-sepah. Aku sambung je la tidur semula kat kaki katil Yana.

Tak lama lepas tu, gedebub.. Yana jatuh atas kaki aku. Aku pun terjeritlah, "Anak aku!".. tapi dalam gelap tu aku nampak dia dengan selamba panjat katil semula dan sambung tidur. Nasib baik jugak aku memang letak comforter kat tepi katil tu..hehe.. Sampaila pagi tadi baru dia bangun. Maknanya Yana dah boleh tidur sendiri hehe..

Bukan apa, dia dah nak ada adik, sudahla bilik aku tu sempit, dia pulak tidur lasak, jadi baiklah dia tidur bilik dia sendiri. Aku plan nak letak glow in the dark stars kee.. bagi menarik sikit bilik anak dara tu. Tampal-tampal gambar ke.. nantilah aku plan.

Saturday, May 12, 2007

Dilema Hari Ibu

3 comments
Letih aku malam tadi. Tak lena aku tidur malam dibuatnya. Aku sebenarnya bukanlah jenis sambut sangat Mother's Day ni. Bagi aku setiap hari pun adalah Hari Ibu sebab hari-hari mesti doakan dia dan berbuat baik sentiasa kepadanya. Dan selalu pun aku hanya sms je mak aku, atau call je bagitahu Selamat Hari Ibu, sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sebab budaya dalam keluarga aku ni takdela nak memaksa kitorang sambut beria. Hari jadi pun kitorang takde sambut. Siapa ingat sape-sape punya birthday tu, wish je la.. rajin sikit bagi hadiah. Kalau tak ingat takde jadi kudis pun.. takde nak kecik hati punya.

Tapi, semalam adik aku ajak balik kampung sambut Hari Ibu. Dah dia ajak tu tak sedap hati pulak. Aku memang takde plan nak balik kampung sebab aku baru balik. Lagipun masa balik haritu (memang balik hari je).. aku dah cakap kat Abangku, bulan depanla baru balik. Tapi, aku rasa macam kesian pulak kat adik aku. Tambah pulak selama ni asik sambut Hari Ibu di rumah mentua, so aku rasa takpela balik kampung. Syukurla Abangku memahami.

Aku dengan adik aku plan, malam Sabtu nak makan besar di Sg. Haji Dorani. Hari Ahad masakla apa2 konon2 special. Skali tup-tup aku dapat SMS dari adik aku dia kata mak aku tak teringin langsung makan luar. Padahal aku cakap kat dia jangan susah2 masak ari Sabtu tu. Aku dan Abangku dan adik aku ni memang teringin sangat nak makan kat Sg. Hj Dorani tu dari masa Abah aku masih bernyawa lagi. Teringin sangat2 tapi tiap kali nak pergi mak aku masak so kitorang tak payah keluar. Terpaksala kami semua mengalah. Tapi ni dah bagitau awal2 pun dia masih nak masak juga.

Lepas tu hati aku bengkak lagi aku dapat sms dari adik aku, dia kata mak aku cakap patutnya anak2 yang masak untuk mak. Aku rasa sedih la plak, apa salahnya malam Ahad makan luar, hari Ahad kitorang masak, memang nak masak pun. Walau aku kecik hati juga, tapi aku cuba carik rasional di sebalik semua ni. Aku fikir, masa aku kecik mak aku mungkin seperti aku menahan tekak dan selera untuk memenuhi selera anak-anak yang ramai. Kenapa aku tak boleh pulak tunaikan apa dia nak walaupun aku terpaksa berkorban tak merasa nak makan kat Sg. Hj Dorani tu, kan? Cuma aku terfikir, adalah lebih baik untuk aku tidak menyambut Hari Ibu kalau sambutan tu buat hati mak aku terluka ke apa ke. Selama ni tak sambut takde pun jadi pape dan jadi isu. Aku taktau nak balik kampung ke tak, cuma aku rasa aku kena balik sebab aku dah plan dengan adik-adik aku, kesian pulak kat diorang.

Tiba-tiba aku dapat berita hari ni (Sabtu), pakcik aku masuk hospital kat KL ni. So aku terus buat keputusan, tak jadi balik, baik aku lawat pakcik aku. Mak aku pun suruh, so aku rasa itu lebih membahagiakan dia dan sure takkan jadi isu. Mak aku pun akan datang KL esok dengan adik-adik aku, dan tiba-tiba aku dapat idea, Hari Ibu masih boleh disambut di rumah aku, dan kitorang boleh masakla apa-apa pun.

Hmm.. yang penting kita tahu camna nak handle situasi dan pergunakan situasi yang dah diberi pada kita hehe.. Cuma aku rasa geram jugak kat adik aku sorang ni bila aku baru tau, mak aku keluarkan ayat "patutnya anak-anak masak untuk mak" sebab adik aku tu sendiri yang gatal-gatal gurau kat mak aku suruh mak aku masak. Padahal tadi dia yang tak bagi jugak mak aku masak sebab nak makan kat Sg Hj. Dorani. Tapi adik aku ni boleh cerita separuh2 je kat aku.. mati-mati aku ingat mak aku cakap camtu sebab kecik hati. Adik aku bila dah tau aku kecik hati boleh pulak tak explain kenapa mak aku kuarkan remark tu. Patutnya benda ni tak jadi isu pun, tapi sebab adik aku dah jadi isu.. haii geram gak aku ni..

Sabar..sabar.. apply 90/10 rule.. sabar..sabar..

Tuesday, April 03, 2007

Prinsip 90/10

1 comments
Beberapa hari lepas aku mendapat satu artikel yang ditulis oleh seseorang bernama Stephen Covey. Artikel ni mengenai prinsip 90/10. Menurut penulis, 10% perkara yang berlaku di dalam hidup kita ni tidak dapat kita kawal. Selebihnya sebanyak 90% merupakan hasil daripada respon kita terhadap perkara-perkara yang bukan dalam kawalan kita. YA! kitalah penyebab majoriti yang berlaku dalam kehidupan kita.

Aku memanjangkan artikel tu kepada kawan-kawan dan mereka semua kata, memang betul apa yang ditulis tu. Sekarang ni, kami semua sedang berusaha untuk mengawal keadaan dan belajar untuk bertindak dengan bijak terhadap apa yang berlaku. Kehidupan kita begitu banyak tekanan dan adakalanya tekanan itu datang dari cara kita bertindak terhadap sesuatu perkara. Tekanan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Adakah kita boleh mengawal kelancaran trafik sewaktu pagi-pagi kita hendak pergi kerja? Tidak, bukan? Jadi haruskah kita marah-marah dan membunyikan hon yang akan menyebabkan jiwa kita dan jiwa pemandu lain sakit? Kenapa tidak kita terima sahaja keadaan itu, relaks dan mendengar lagu-lagu yang menenangkan di corong radio? Atau kita boleh sahaja mengambil masa itu untuk merancang kerja di pejabat?

Ketika ini aku ingin mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupanku sebagai isteri dan ibu. Melayan kerenah anak yang kurang akalnya memang menguji kesabaran. Kadang-kala aku merasakan aku tidak dapat berehat atau tidur lena sejak bergelar ibu. Tekanan perasaan meluap-luap. Adakah boleh aku berpatah balik untuk menjadi seorang single? Adakah aku akan gembira sekiranya aku masih sendirian? Lain orang, lain perancangan untuk mereka, dan apa yang sedang aku alami ini, berkahwin dan mempunyai anak, sesungguhnya bukanlah di dalam kawalanku. Tidak! Ini adalah perjalanan hidupku dan aku wajib menerimanya. Apa yang diberi padaku, itulah yang terbaik buatku. Bagaimana aku nak handle pemberian-pemberian ini, itulah yang aku harus tentukan. Dan aku memilih untuk merasa bahagia dan menerima sepenuhnya pemberian ini selagi aku diberi peluang.

Saturday, February 24, 2007

Jujur

1 comments

Lagu Jujur dari Kumpulan Radja mempunyai lirik yang menyentuh hati aku jugak. Apsal posting aku ni asyik tersentuh-sentuh je ni.. takpela layan perasaan sekali sekala apa salahnya. Siapa lagi nak layan kalau bukan diri sendiri?


Jujur

Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

***
Bukti kan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama.....

Reef:
Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku oh..oh..oh

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
selamanya....

Friday, February 23, 2007

Merisik Khabar

0 comments
Semalam 22 Februari 2007 genaplah 15 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Pagi ni bila aku bukak TV3, Malaysia Hari Ini mengutarakan isu tentang Allahyarham. Macam-macam rupanya cerita tentang Allahyarham yang begitu menarik sekali. Allahyarham bukan sahaja seorang penghibur berkaliber, tetapi juga seorang yang berjiwa patriotik. Aku baru tahu rupanya Allahyarham pernah mengadakan konsert secara percuma yang dihadiri berpuluh-puluh ribu orang di Jalan Chow Kit. Apa yang menariknya, konsert tu dihadiri oleh berbagai bangsa dan sememangnya peminat Allahyarham terdiri dari seluruh rakyat Malaysia. Aku juga tadi ada dengar, menurut pengacara MHI si Fedtri tu, ada seorang pencopet cuba nak copet duit Allahyarham. Tapi setelah mengetahui orang yang dicopet itu adalah Sudirman, pencopet tu boleh pulangkan semula wang kepada Allahyarham. Pencuri pun sayang kat dia..

Apa-apa pun sebenarnya aku begitu tertarik dengan lagu Merisik Khabar semasa dipasangkan pagi tadi. Lagu ini yang dibawakan oleh Allahyarham semasa Pertandingan Akhir Muzik-Muzik 1987 membolehkan Allahyarham menjuarai Persembahan Terbaik ketika itu.

Aku amati liriknya sememangnya menyentuh kalbu. Aku rasa lirik ni kena dengan aku.. ketika ini dan sebelum ini. Merisik khabar dalam diam, dan memendam rasa kepedihan hati. Aku tak dapat meluahkannya di sini, biarlah aku simpan sendiri. Biarlah hanya Tuhan sahaja yang mengubati luka aku.. dan aku tau hanya Dia yang memahami dilemaku.

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

Wednesday, February 21, 2007

Siapakah Aku?

1 comments
Bila aku down aku rasa sedih. Tak kirala down sebab apa.. merajuk ke.. kena marah ke.. hilang konsentrasi ke.. tekanan kerja ke.. takde motivasi ke.. atau apa-apa aje yang boleh mendatangkan down termasuklah ketidakstabilan hormon hehe..

Biasanya aku akan cuba untuk meningkatkan keyakinan diriku untuk menghilangkan rasa down tu. Kadang-kadang bukan sebab sedih, tapi untuk meningkatkan prestasi dan muhasabah diri, aku akan cuba menilai kembali siapa diri aku yang sebenarnya?

Aku rasa aku sudah banyak berubah sejak dulu. Aku rasa elok aku listkan sifat-sifat positif yang ada pada diri aku supaya aku ingat aku sebenarnya seorang yang boleh berjaya dan pernah berjaya. Dan aku yakin aku masih ada masa untuk mencapai kejayaan sekiranya aku mengamalkan semula ciri-ciri hidup aku dulu.

  1. Aku seorang yang fokus.
  2. Aku berkeyakinan tinggi dan mampu mengatasi masalah yang mendatang.
  3. Bagi aku, masalah hanyalah cabaran hidup yang pasti boleh diselesaikan.
  4. Aku tidak peduli apa orang fikirkan tentang diriku, yang penting aku tidak menyusahkan orang dan membuat orang lain gembira.
  5. Aku happy dengan hidup aku.
  6. Aku mengimpikan suasana berpasangan yang romantis dan membimbing antara satu sama lain, taat agama.
  7. Aku mengimpikan untuk bersabar dengan pasangan yang dianugerahkan padaku.
  8. Aku mahu ajar anak aku tentang hidup dan tujuannya.
  9. Aku seorang pemimpin semasa kecilku.
  10. Guru sering menjadikan aku contoh dan melantik aku memimpin rakan-rakan.
  11. Aku pernah berjaya mengurangkan sifat baran semasa di US.
  12. Aku pelajar terbaik di sekolah rendah. Aku pelajar terbaik di Tingkatan 3 Sek. Seri Bedena. Aku pelajar Biologi terbaik Tingkatan 4 di MRSM Jasin. Aku seorang scorer sebelum ke WSU.
  13. Pensyarah MCC pernah berkata aku berbakat menjadi seorang programmer.
  14. Head aku pernah berkata pemikiranku tajam (sharp) dan rakan-rakan bersetuju mataku tajam dan observant.
  15. Aku komited dengan kerjaya.

List ni akan bersambung dan bersambung bila aku ingatkan lagi .. siapakah aku?

Friday, February 16, 2007

Cinta Tak Kesampaian

0 comments
Aku terjumpa balik pantun yang aku tulis kat dalam satu forum ni. Pantun bertemakan Cinta Tak Kesampaian.. hehe tu diaa..

cinta tak kesampaian #1

di kaki langit tak pernah jemu
kerdip indah sinar mentari
demi wawasan kutinggalkanmu
harap kau terus majukan diri

cinta tak kesampaian #2
di pohon beringin bermain buaian
pohon terletak di tepi kali
senang hidup bersendirian
dari tergantung tidak bertali

cinta tak kesampaian #3
beli gula berkati-kati
belilah sahaja si gula batu
dalam diam menyimpan hati
ditunggu lagi kujadi andartu

Wednesday, January 10, 2007

Warcraft III

1 comments

Frozen Throne!
Yeahh... aku taktau kenapa aku sudah ketagih dengan game ni. Gian tul tak dapat main. Semuanya gara-gara rakan sepejabat yang sibuk berperang di sini. Aku yang menjadi satu-satunya spesis perempuan di ofis ni pun dah kemaruk. Dapat pulak kawan aku ni menggalakkan aku main sekali. Okla aku join je tapi aku duduk belakang nampak musuh aku lari dulu panggil askar hahaha.. itu je la keroje aku.

Aku ambil langkah drastik dengan menginstall game ni di rumah. Tapi malang sekali, pc aku mati setiap kali aku cuba nak main game ni. Padahal bila aku main kat ofis ok je? Nampaknya kat ofis ajelah aku lepaskan gian aku fire askar2 Scourge ni.

Kami sanggup makan tengahari lambat utk battle. Dan ada antara rakan ofis yang sanggup pulang lewat untuk menyertai misi hehehe.. parah.. parah. Hari ni aku kena balik awal, mak aku nak datang. Hmm.. masak je lah apa yg patut. Nasib baik game ni tak boleh dimainkan kat pc kat rumah tu, kalau tak tentu aku mengalami sindrom ketagih malam kang..

Tuesday, January 09, 2007

Mind My English 4 - PS

0 comments
Ok.. I had posted a script for our Public Speaking presentation. I can't remember whether I had written it here that we didn't manage to put up the play. Oh yeah.. I wrote that already. Actually, I had Plan B, if in case we couldn't do the play. The Plan B was that I would do the presentation alone. Well, I'm prefer to stand up alone on the stage rather than singing in a group. I'd been in that situation and I really felt stupid haha..

So here it goes, a poem that I wrote about Public Speaking. As usual, you are free to recite the poem but don't forget to give me the credits :D

By the way, I forgot to tell you that finally, we did 2 in 1 presentation. Poem recital in acting, I might say. There were three of us. One of us really couldn't practise a thing, so she acted as a successful executive with zero ability in public speaking. Another guy wrote his own poem so he recited his. His poem was about our experience in Public Speaking class which the objective was to persuade the executive to join Public Speaking class in order to resolve her problem. Then, lastly it was my turn to recite my own poem to explain to the executive what Public Speaking is all about. Finally, we did a prank where the girl call the English For Public Courses Coordinator and she put on the speaker haha.. everybody laughed at the Coordinator as she sounded so confused. And for that hardwork (I don't know anybody else but I found myself really worked hard on this presentation), we got 4th place out of 8 presentations. I was satisfied eventhough we didn't get the best 3 places but at least we got our own souvenir not like other group, they had to share (and how would they do that?).

Anyway, just enjoy reading the poem below...


PS

Public Speaking
Is an art of an act

Unleash your talent
And don’t be scared

Be organized
Without beating around the bush

Let the world understand
What you’re trying to introduce

Impromptu, persuasive,
Informative and all speeches

Confidence and calmness
Will defeat your nervousness

Sell your idea
And share your knowledge

Practice your speeches…
Hey…It can be a hedge

Express your greatness
In your best appearance

Articulation and pronunciation
Making them right for the language perfection

Keep the pace…
And pause when you need

Involve your audience
And you’ll make them grin

Never tell lies
Always be honest

Gesture and facial expression
Must be right at the moment

PS for workers, PS for employers
PS for all and the entire world
PS for PEACE …and humanities…

Rin, PJ, December 14, 2006




Thursday, January 04, 2007

Melayu

2 comments
Pengurus kami menghantar e-mail yang mengandungi puisi berikut.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu


Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tofu


Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senggek [sic] atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu


Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BO leh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


-author unknown-



 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates