Wednesday, June 13, 2007

Mulut Dia Je Camtu...


"... tapi hati dia baik. Bagi duit, bagi hadiah."

"Dia memang bising sikit, tahankan sajelah. Tapi hati dia baik suka tolong orang."

"Sabarla ye.. mulut dia je macam longkang, tapi hati baik tu."

Dan banyak lagi ayat-ayat lain penyedap rasa mengubat kedukaan dan kemarahan hati kita bila berdepan dengan si mulut laser atau si murai tercabut ekor :D.

Setuju ke? Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi, aku.. dari dulu hingga kini, setakat ini, aku tak bersetuju dengan kenyataan-kenyataan penyedap hati, jantung, limpa atau pankreas tu semua. Aku tak percaya!

Bagi aku, apa yang keluar dari mulut tu adalah apa yang terzahir dari niat di hati.. tambah-tambah kalau "slip of the tongue" atau terlepas cakap. Mengapa aku tak setuju?

1. Kita tak dibenarkan menyakiti hati orang samada perbuatan atau percakapan kita. Jadi apakah kita berhak melongkangkan mulut kita semata-mata kita dah banyak bagi sumbangan pada orang itu? TIDAK. Dan oleh itu, mulut busuk lagi laser takkan dapat mewangikan telinga dan hati yang terguris.

2. Seperti yang kukata tadi, apa yang keluar dari mulut adalah dari hati. Jadi, aku tak rasa ia menggambarkan hati orang tu cukup baik.

3. Kalau hati dia baik, dia akan mencuba sedaya upaya menjaga hati dan telinga orang yang mendengar percakapannya. Kalau cakap main lepas je, adakah dia mempunyai hati yang cukup baik?

4. Sesuatu sumbangan, pemberian atau hadiah mestilah disertai dengan bukti keikhlasan. Salah satunya adalah bermulut manis. Kalau mulut laser peringkat 8, orang takkan ingat sumbangan tu sbb bila hati terguris, berkecailah dan remuklah segala sumbangan tu semua.

5. Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.

Namun, aku masih ingat sumbangan seseorang itu atas dasar mengenang budi dan jasa. Sebab mak abah aku ajar macam tu.

Apa-apa pun, kita boleh elakkan mulut kita dari berbau longkang dengan mengaplikasikan kepintaran emosi (EQ) yang tinggi. Semoga berjaya memiliki mulut yang wangi dan manis.

0 comments on "Mulut Dia Je Camtu..."

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates