Saturday, November 21, 2009

Speechless

0 comments
Masa aku ke dapur aku terkejut tengok satu lukisan tertepek kat pintu peti ais.  Flattered ada.. terharu ada.. impressed pun ada.


Tetapi aku rasa banyak lagi kerja aku kena buat.  Nak tengok dia menulis pun dah banyak kerja, nak dengar dia membaca pun dah banyak kerja jugak aku buat.  Suara?  Entah berapa desibel (dB) yang dah keluar dari anak tekak aku ni...









Tuesday, November 17, 2009

Secangkir Kenangan

2 comments
Ku lakar tinta ini
kala sepi menyapa hati
kala memori masih likat
dengan manis secangkir kenangan


Ku tahu jarum masa
mana mungkin bisa diputar
menyongsang arah usia
biar kuselam ke dasar lautan
tangan hanya bisa menggapai
namun menyentuhnya jauh sekali


Ku layari bahtera ini
menongkah badai sukma
gerimis seolah mengucapkan
selamat tinggal
pada daerah
yang pernah subur dengan
kudup mawar merah...






Rin
PJ
November, 2009







Think Easy

0 comments
I've found this blogpost while surfing the net today.
http://webersis.com/2009/11/16/membangun-mindset-menulis-21/

It makes me think that in order to accomplish goals or dreams, we must first think that they are easy.

Losing weight is easy.
Writing is easy.
Programming is easy.
Getting household chores done is easy.
English is easy.
Being a good mother is easy.
Wake up early is easy.
Understanding business terms is easy.
Not-to-logon-to-facebook-while-working is easy... err..





Thursday, November 12, 2009

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

0 comments
Salam Semua!

Sempena Kempen Membaca Musim Cuti Sekolah, syarikat penerbitan buku PTS mengadakan Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! bermula dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

Tidak perlu bercakap banyak, satu pantun sudah memadai.

Kalau Tuan pergi Taj Mahal,
Lukiskan saya kecantikannya,
Buku PTS tidaklah mahal,
Indah bahasanya, molek rupanya.

Alamak... pantun itu pun sudah serupa slogan :P
Apa lagi, belilah!



Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

Wednesday, November 11, 2009

My Way

0 comments
I just feel like to sing this song today..

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates