Wednesday, April 19, 2017

Songkok Yang Tertukar

0 comments
Ada budak tu, songkoknya sering tertukar dengan rakannya.  Oleh kerana dia sudah mula pandai menulis, maka dengan niat yang suci dia pun menulis nama di atas songkoknya.

Malangnya, dia bukan tulis di dalam tetapi di luar songkok!

Dia gunakan pen!

Tulisannya besar!

Penuh depan songkoknya!

Songkoknya pula berwarna cream.  Ada hijau juga.  Kalau diclorox hilanglah warna hijau tu.

Maka, si ibu mulalah mencari solusi.  Saya mengambil idea yang viral bagaimana kotoran dihapuskan dengan sabun mandi bercampur dengan air panas.  Saya pernah hiris nipis (sebab tiada penyagat di rumah) sabun mandi cap Fruitale dan merendam kain yang kotor dengan air panas.  Agak berkesan tetapi saya perlu hasil yang lebih dramatik lagi drastik.  Ini kerana songkok itu akan digunakan segera keesokan harinya dan mata pula sudah mengantuk.

Dengan ini saya ingin memperkenalkan sabun Champaca berbau Rose yang saya beli dari rakan saya.  Sabun ini saya tahu memang sahabat baik ibu-ibu di rumah.  Saya pernah terbaca 'manual' penggunaannya jika dicampur air panas untuk kotoran degil maka akan lebih berhasil.


Saya guna yang bau ros

Bau cempaka



Lupa ambil gambar sebelum.  Campurkan 3 sudu Sabun Rose ke dalam air panas.
Baru rendam kesan dakwat sudah pudar. .. huh.. berdebar juga kalau tidak hilang dakwat tapi yang hilang warna hijau tu.


Ini gambar hari lain.  Beberapa hari selepas kejadian merendam.



Closed up... macam baru.  


Legalah hati saya setelah disental dan diberus manja, hilanglah keseluruhan tulisan dakwat itu.  Esoknya, bolehla budak itu pergi mengikuti rombongan ke Petrosains dengan songkok yang bersih menawan kalbu.

First trip dengan kawan-kawan.  Cepatnya masa berlalu.  Terasa kau baru dilahirkan.
Pergilah... pergilah dan merantaulah.  Lihat alam ciptaan Tuhanmu.
Pelajarilah ia kerana di situ kau bisa kenal Dia.

Selepas ini, siaplah.. apa lagi saya nak 'rebus'.



Monday, April 17, 2017

Jambatan Kertas

0 comments
Anak saya perlu merekabentuk jambatan kertas untuk subjek Rekabentuk & Teknologi (Tahun 4).  Merujuk kepada arahan dari buku teks, murid boleh merekabentuk jambatan yang diinginkan dan tidak semestinya sama seperti dalam buku teks.

Maka, bermulalah sesi soal jawab bersama Pakcik Google dan berikut adalah hasilnya.

Rupa-rupanya ada 3 jenis rekabentuk jambatan yang utama iaitu Beam Bridge, Truss Bridge dan Suspension Bridge.

Puas juga belajar di Youtube jadi inilah hasilnya, a truss bridge.



Design dahulu jambatan kita.  Lukis dari sisi sahaja.  Belum cukup vitamin R.
Guna juga Teori Pitagoras.


Gulungkan kertas suratkhabar.  Saiz besar sedikit untuk palang.  Saiz kecil untuk penyambung.


Cantumkan palang-palang kita.  Sebelah atas belum siap.



Semua palang telah bercantum.  Macam cedera parah pun ada.
Tapi boleh balut dengan masking tape untuk tutup noda-noda suratkhabar :D



Warnakanlah jambatan kita.  Oh ya, jika bukan jalan keretapi, buatlah jalan tarnya.
Keringkan.  Ini perasaan Golden Gate Bridge.
But, the real Golden Gate Bridge is a suspension bridge ya Tuan/ Puan.  



Sepatutnya kena ujicuba.  Tetapi tak payahlah.  Letih mak nakkkk kalau roboh hehehe.. 



Pandangan dari atas jalanraya.



Kereta dah boleh lalu, kira oklah tu kannnnn...

Baiklah... kesian sahaja untuk kali ini.  Ya, sebab kesian saya tolong budak itu.  Tetapi dengan KSSR sekarang sememangnya perlu penglibatan ibu bapa.  Till next time, insya-Allah... XOXO hahaha cas blogger dalam tv.








Tuesday, April 04, 2017

Paya Indah Wetlands 2017 Part 2

0 comments
Baiklah mari kita sambung cerita tentang pengembaraan ke Paya Indah Wetlands :D.  

Setelah puas melihat Sang Badak dan Sang Buaya, kami ternampak pula pondok tempat menyewa basikal.  Wah, saya sudah teruja!  Saya sangat teruja sehinggakan saya ternampak-nampak ada orang di pondok basikal yang saya sangkakan staf yang bertugas untuk pendaftaran sewa tersebut.  Apabila datang dekat rupa-rupanya kerusi.  Anak saya dengan takut-takut berkata, "Ibu, mana ada orang.  Siapa ibu nampak tadi?"  Namun, saya tidak ambil peduli, saya yakin saya yang tersalah pandang.  Eh, kenapa travelog ini berbunyi misteri pula.  Sengaja saya tambah Ajinomoto dalam cerita ini.

Saya pun menelefon nombor tertera, mungkin orangnya sedang berehat.  Rupa-rupanya sewaan basikal pada hari biasa perlu ditempah lebih awal sehari.  Hanya pada hujung minggu sahaja sewaan basikal boleh dibuat serta-merta.  Serba salah juga suara wanita di talian itu apabila saya katakan saya mendapat info boleh menyewa basikal melalui info di Internet.  Mungkin website tidak update katanya.  Tidak mengapa, mungkin belum rezeki lagi. Barulah saya tahu, sewaan basikal di sini dikendalikan oleh orang persendirian (orang kampung) di situ.  

Pondok basikal dan di belakang sana adalah Menara Tinjau


Melihatkan kami termenung di pondok basikal, mungkin staf di Paya Indah mencadangkan kami meneruskan perjalanan ke Menara Tinjau.  Boleh exercise katanya, tidak jauh pun dari pondok tersebut.  Kami pun menyorong stroller ke arah yang ditunjukkan dan di sini kami merasa teruja semula.  Maklumlah budak-budak ni tidak pernah masuk hutan.  Saya pun sudah lama tidak melakukan jungle trekking.  Orang jawa kata, "watch your mouth" hahaha...  Puas menasihati anak-anak agar menjaga tutur kata, walaupun yang tua ni sendiri pun agak kecoh mengawasi mereka. ..pokpekpokpek...





Fuh.. sampai juga... boleh panjat ke ni?  Lagi tinggi dari pokok.


Ada pula kanak-kanak geng kampung bersama kami bersama-sama memanjat menara.



Mujurlah saya sudah berpindah pejabat di tingkat satu, jadi lutut sudah agak terbiasa memanjat tangga.  Sepanjang perjalanan menaiki tangga dada saya berdebar-debar kerana saya semakin tinggi dari pokok.  huahuahua... gayat.. Ada budak berumur 6 tahun tu pun gayat rupa-rupanya.  Jadi, kami tidak boleh berlama-lamaan di atas.  Nanti dia meraung susah pula.  



Menurut Abangku, yang kiri Cyberjaya dan yang kanan Putrajaya.  


Ada tasik pula di tengah tu


Setelah turun dari menara, kami segera ke arah bangsal kuda.  Tapi tiada kudanya.  Cuma kami dapat lihat landak dan kura-kura yang berkawan baik sahaja.  

Landak dan kura-kura sedang tidur.  Pedih mata agaknya panas sangat

Perasan seperti bangsal dalam cerita Isaura siri TV popular zaman 80an dahulu :P

Kesimpulannya, Paya Indah Wetlands menarik untuk dikunjungi. Insya-Allah mungkin kami akan ke sini lagi dan berpiknik pula.  Saya lupa pula ambil gambar tempat piknik dan chalet.  Tidak mengapa, alasan untuk pergi lagi ke mari sebab kami belum berpeluang melihat burung yang pelik dan kuda.  Kami juga terlupa ambil gambar di pintu masuk.  Macamana pula boleh lupa ish... ish... ish...

Oh... dalam kereta budak 6 tahun yang gayat tadi mula pening.  Mujurlah dia ok selepas sesi bermain boling di Alamanda.  Namun, esok paginya dia bercerita yang dia mimpi jatuh dari tempat tinggi .. aduh... Pengajaran, perlu biasakan dia dengan ketinggian sedikit demi sedikit...









 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates