Thursday, December 16, 2004

Pengalaman Hari Pertama Bekerja

0 comments
Kadang-kadang aku takde ide nak tulis apa kat blog ni. Tapi.. tengok tajuk kat satu forum ni.. aku jadi ada ide la..hehe.. cite skit pengalaman bekerja.

Keje sekarang

Mlm hari pertama tidur rumah sepupu..belum dapat rumah sewa. Pakai baju kurung sutera satin lagi ngan high heels. Pagi2 dah tunggu Intrakota lama gile. Kena naik 2 bas..cakap kat drebar nak pegi Jln Tandang. Sekali dah terlajak baru berenti. Aku panik.. tah kat mana peginye..aku tahan teksi. Ckp ngan uncle teksi nak ke Jln Tandang..dia kata haiya.. byk dekat.. blakang sana sajeeee. Aku kata..saya taktau.. saya nak naik teksi gak. Skali mmg dekat gile..tak pasal2 melayang RM2. Kiranya bas terlajak sikit je. Hari pertama dikenalkan ngan semua org. Depa bagi keje data entry je dulu. Tak kekok sgt sbb ada member. Balik pulak.. terus angkut barang pindah umah yg sepupu aku carikkan. Sewa bilik je la. Tuan rumah ni le yg kenalkan ngan sepupu dia.. hubbyku skang hehe..


Tuesday, December 14, 2004

Cinta Marissa

0 comments
At last... last nite I had time for myself. Yana letih sangat kut.. so at 9pm she's already asleep in the cradle. Abangku lepak-ed in front of the Jet Li's Kungfu Shaolin at tv3 while reading newspaper and me with my younger sister's novel, "Cinta Marissa" by Kriesya Riesya.

Ceritanya okla.. so far baru separuh buku aku baca. Kisah seorang gadis bangsawan, Marissa yang frust bercinta.. lalu meninggalkan study dan family membawa diri sebagai orang biasa. Dia berkenalan dengan Ishqal, Iqbal, Espariza, Umi Nor dan Diba.. turns out.. Espariza (yang juga majikannya di kedai bunga) adalah madu kepada Umi Nor Mak Datin yg tarak sombong. Marissa jatuh cinta jugak pada salah sorang, namanya Iqbal. Ishqal plak nak ngurat Diba, housemate Marissa. So.. what's the ending.. aku pun blom habis baca..

Wah dah lama tak lepak macam ni.. since ada baby almost 6 months ago. 6 monts ago.. I must take some times to recall the baby story and write it down here.

Tuesday, November 23, 2004

Epilog Raya

1 comments
Tahun ni aku tak beraya sebab aku demam. Start dari last day pose sampaila raya ke-2. Elok aku dah kebah.. anakku si Yana pulak demam. Si Kecik ni sampai la ni selsema dia tak baik2 lagi. Kesiannya lah... Tawon ni jugak segala plan raya aku hancos sbb tak dpt berjln ke mana2. Takat pegi umah pakcik2 je adala. Nasik impit kuah kacang..rendang pun aku tak buat ini tawon. Nak wat camne demam.. lagipon taste bud aku mcm tak berfungsi je.. seme aku rasa tawor meleserrrrr... Tengoklah kalau rajin bebila aku masaklah nasik impit kuah kacang ngan rendang tuh.

Hmm.. sebut raya.. ada satu isu aku tingat. Konsep Rumah Terbuka. Bab org buat rumah terbuka, dia jemput org makan2 tu dah tentula org datang. Tp yg aku nak tulis kat sini.. konsep Rumah Terbuka di mana.. sape2 boleh datang waktu raya.. dan makan aje ape yg tuan rumah sediakan. Aku rasa itula Rumah Terbuka yg sebenar.. original punyeee... Nape kita misti nak tunggu sesorang tu jemput datang utk makan. Nape kita mesti mengharap yg menjemput tu masak something utk kita. Bukanke elok, kalau nak beraya tu.. datang saje? Kalau call pun utk tau.. tuan rumah ada atau tak.. tu je. Ni kdg2 budak2 zaman skang ni.. bila kita jemput ke rumah, dorang boleh tanya.. ada masak apa2 ke? Apa korang ni datang nak beraya ke nak makan? Mmg tak paham konsep raya betullah dorang nih.. hiiii.. ape nak jadilaaaaaaa...




Tuesday, March 30, 2004

Checkup 29 Mac 2004

0 comments
Hmm... err.. ni checkup aku yg ke berapa ek.. ke 3 la kot. ooo.. ke 4. Yg ke 3 tu.. last 2 weeks. Tak jadi ultrasound sebab doctor nak tengok progress uri tu, better tunggu lambat sikit. So, checkup ngan ultrasound kali ni..walaupun hati aku dan Abangku sakit sbb kena menunggu lama dan layanan misi tua yang hampeh, kitorang rasa gumbira sebab ada berita positif kali ni. Uri dah naik.. ape ke ek doctor tu tulis.. Placenta upper segment.. gitu..gitulah.. Pastu.. kedudukan baby normal. Baru 29 minggu dia masih boleh berenang2 dan summersalt mana2 dia suka. Tak dapat tau lak gender. Aku dah malaslah nak tau. Asyik taktau je.. biorle dah kuar nanti baru tau. Hmm.. scan kat muka, nampak mulut, idong, mata.. hehe.. Mcm tengah tido je.. yelah tu kot, poyo je la ibu dia ni.

Semalam memang menguji kesabaran jugakla. Punyala lama kitorang menunggu. Ada sorang chinese guy tu siap bising2 dah sbb menunggu lama sangat. Nama je swasta.. dari UH dah tukar PPUM.. tp lambat jugak. Aku rasa mcm tak sistematik jugak. Dahla gitu, aku terlupa nak mintak time slip dari doctor. Doctor pesan, kalau keputusan ultrasound aku normal, tak perlu jumpa dia balik. So aku pun tunggu turn utk ultrasound pulak. Dari ultrasound room tu, aku disuruh bawak ultrasound report bg kat doctor tadi. Skali tu, doctor tu dah takde, misi2 situ kata dia dah naik atas. Camne doctor boleh blah gitu je? Camne kalau result dr ultrasound tu tak normal? Sah2 aku kena tunggu doctor tu lagi. Abih..blur la aku kejap. Dah tunggu kejap tu, aku belasah je la bagi report tu kat misi situ, sambil mintak time slip. Dia membebel pulak kate nape aku tak mintak dari tadi kat doctor tu. Duhhh... kalau aku mintak pun, urusan ultrasound belum selesai, doctor tetap taktau pukul berapa aku habis semua tu. Naik hotla aku, rasa muka aku mencuka gila. Aku dah membebel sorang2 kat Abangku.. melepas geram. Abangku pun bengang, tp sebab fikir nanti nak datang lagi ke situ, so tahan je la. Aku pun pikir gitu, kalau tak.. mmg dah kena sound makcik misi tu. Tolongla consider skit, kita ni org baru, ni la first time pregnant, dahla procedure tak sistematik. Lainla kalau dah tua mcm awak tu macik misi oooii... yang dah branak bape kali...!!!! Anyway, kalau aku cakap camtu depan2 dia, skali time beranak esok dia lak misinya.. mau diboikotnya plak aku.. sabar je la. Tu pun aku dah kurang ajar skit, bila dia sibuk bagitau, masa yang tertulis kat time slip tu adalah masa keluar dari hospital, tak termasuk masa sampai di office. Duhhhhh...mcmla aku bodoh sangat. Aku terus amik kertas tu, aku cakap terima kasih kuat2.. dan terus paling ke arah Abangku dan wat dek kat pompan tua tak sedar diri tu.. hahaha.. brutal habis la konon haha.. Tu je yg mampu aku lakukan, demi anakku dan diriku. Ikut hati aku.. mmg lumat aku sound dia. Dahle masa aku nak bagi ultrasound report tu, macam belagak je. Konon .. don't worry la, dorang simpan dalam file kertas tu. ADuhaiiii... ayat aku masa tu tak habis lagi, aku baru nak tanya, aku nak bagi report tu kat sape? Macam kita ni tak yakin la.. dan insult dorang la, bila kita tanya pasal report tu. Kalau tak sistematik, tak mustahil la kalau report tu nak hilang ke apa ke.. jgn salahkan gueeeeeee...

Penat aku menaip pasal dorang ni. Kalau setakat nama je dah swasta, mentaliti masih di takuk lama, lupakan ajelah. Aku report pada Pak Lah kang, baru tau...

Friday, March 12, 2004

Checkup 16 Mac 2004

0 comments
Dah lama aku nak menaip pasal ni. Tak tertaip-taip.. bz plak ngan keje2 CRM. Ala.. keje tolong orang register budak-budak sekolah ke portal sekolah tu. Job aku sendiri belum boleh start sebab contact person tu kata dia tengah bz. Ntah bila boleh ada meeting nak initiate projek tu tahla.

Hmm.. Last checkup baby ok. Tapi taktau boy/girl. Kaki dia lindung plak..kepit kat situ. Malu agaknya. Abangku kata, agaknya pompuan tu sebab dia malu.. hehe teori terkelendat. Kalau ikot instinct kitorang mula2 dulu rasa girl. Tp skang taktau plak. Macam2 teori aku dengar. Ada yang kata bila tengok muka aku, dorang kata maybe baby girl. Dorang kata, muka berseri2 kalau baby girl. Dorang tak cakap pun muka aku yg berseri.. tapi dari teori tu kira muka aku berseri la? kahkahkah... Ada plak kata kalau baby boy muka berseri. Tah aku pun taktau mana satu betul. Yg aku tau, muka aku camni je. Org lain nampakla agaknya.. kelainan tu, kan..

Yg besnya, masa scan kat muka, nampak mulut baby terbuka. Pastu dia tutup plak. Pastu tangan dia mula2 kat pipi..pastu gerak2 ke bawah. Doctor pun happy je tengok. Kitorang rasa seronok betul.. satu pengalaman yang tak dapat nak lupa.. Lepas buat ultrasound tu, jumpa doctor lain pulak. Dia bagitau keputusan ultrasound tadi. Plasenta atau uri kat bawah.. Selalu mende tu akan naik skit2, dan bila bersalin nanti, takde masalah. Tapi, kalau uri ni tak naik jugak, takut ada pendarahan, dan baby tak boleh keluar. Kalau jadi camtu, kena operatela. Harap-harapnya, biarlah bersalin normal.

Mak aku nasihat, banyak2kan sembahyang hajat, doa, baca Surah Maryam utk mudah bersalin. Dia dulu anak 11 orang, takde masalah pulak..lagila takde scan2 seme ni. Dia kata, dalam orang melayu, ada istilah menjunjung uri. Maknanya uri keluar dulu, barula baby kuar. Kiranya ada jugak kes uri kat bawah dan kuor dulu..still ok. Ada kawan officemate aku ni, dah nak bersalin uri dia baru naik. Semua tu kuasa Allah, pada Dia je la aku memohon keselamatan.

Thursday, February 12, 2004

Meluat

0 comments
Aku dah naik muak nak layan satu forum ni. Bukan apa.. kalau ada yang perasan bagus kat dalam tu, mmg memualkan. Dia ingat dia aje boleh tulis. Dia aje boleh bagi pendapat. Dia aje yang betul. Paling menyampah, cakap tak serupa bikin. Kita bagi pendapat bernas kita, dia politikkan. Konon aku ni cakap pasal politik. Tak sesuai dengan forum tu yang melarang isu2 politik. Tapi, tengok posting dia, mak aii.. macam takde unsur2 tu.. terang2 ada unsur2 politik. Tapi sebab aku suka baca tulisan2 orang, dan join discussion, aku masuk je la. Dan aku rasa, ramai lagi postings lain yang menarik, so aku ignore je dia.

Friday, February 06, 2004

Hari Raya Korban

0 comments
Hampir seminggu dah lepas Hari Raya Aidiladha, tapi baru sekarang aku nak tulis cerita. Banyak nak tulis sebenornya, tapi bila nak tulis.. hilang idea pulak. Apedaa pelik. Raya Haji aku balik hari Sabtu. Itu merangkap berhari raya, balik bulanan sekaligus tengok Abah sakit.

Abah sakit jantung, kencing manis ngan paru-paru berair. Iskk.. baru je keluar hospital tu. Aritu seminggu dok spital masa Raya Cina. Everytime aku takde, misti dia sakit sampai kena masuk spital. Dulu masa aku kat US pun sama jugak. Tak dapat aku berbakti kat dia masa dia kat spital. Tp Alhamdulillah, akak2 aku semua balik.. so adala org nak bawak dia ke sana. Tu la Abah ni.. Mak dah banyak kali cakap, pantang2 skit. Kot2 ada kencing manis sbb tengok badan Abah besor sangat. Nak wat camne.. selera tekak dia.

First day raya.. aku ngan Abangku pergi UTP.. tolong hantor komputer adik aku si Atan. Aku pun tingin sangat nak pi UTP tu.. masa pegi rasa jauh gile. Bila balik rasa dekat plak. Org kate pokok2 bagi salam kat kita, bila kita datang tempat tu first time ek? Yg aku tau.. separuh jalan aku membuta :P.
Balik dr UTP singgah umah pak sedara Abangku.. umah Pak Chor. Dapatla sepinggan nasik.. siap dapat main ngan kera lagi. Kera ke monyet ntah.. lupa lak aku. Ala... yg kecik je tu.. warna kelabu2 tu. Yg ada kat umah Pak Chor tu.. anaknya, ada org bagi. Jinak jugak.. bestlah main ngan dia..maklumla aku ni tak penah main ngan kera. Haii cute betul.. beso anak kucing je. Balik umah cite kat Mak, bising sekejap la org tua tu. Tabik2la katenye, takut terkenan baby ni. Aku malas la cakap banyak, kang kata derhaka lak. Tp aku cakapla.. insya-Allah takde apa2.. bukannya aku aniaya binatang tu. BTW, nama kera tu.. Awang Si Ungge..

Raya ke-2 pagi2 dah kuor ke pasor. Balik pasor masak. Lepas masak.. mintak permission Abangku nak merendek ngan Mak, Anim ngan Eta. Tinggalla dia jaga Abah ek.. sambil main2 ngan anak kucing yang Anim kutip kat stesen bas kelmarin. Si Anim bagi nama kucing tu Monyet, tapi aku panggil dia Nyomet.. maknanya Comel hehehe.. kudikk..kudikk..nyometttt.. Balik merendek, makan2, kemas2.. terus balik PJ.

Sebelum balik aku salam Abah, dan aku cium pipi dia. Walaupun aku rasa malu, tapi aku rasa nak tunjuk sayang aku kat Abah. Rasa nak sebak pon ada. Ngan Mak pon aku cium pipi.. dan mintak mahap sbb terkasar bahasa. Yela.. dia asik bising2 masa aku tengah drive.. gabra la aku.. time tu aku tegurla dia mintak jangan cakap2.. tak sangka lak dia rasa aku cakap kasor..emmm...

Sampai PJ, lepak umah mentua lak.. makan2 situ baru balik. Kira ok jugakla Raya Korban kali ni.. walaupun aku tak dpt jumpa member2..

Wednesday, February 04, 2004

Tukar Skin

0 comments
hehe.. ok ke skin ni ek.. thank u la w4rnawarni.. Tau pasal blogskins pun dr azradiza.. tq bebeh.
Ada yg kata jiwang.. tah.. aku rasa general la ni. Ala2 tulisan suka2. Cun gak awek kat background ni.. ala2 aku la tu..

Besok cuti Thaipusam. Duduk rumah je la.. masak memasak.. kemas mengemas..tido.. tengok tv.. makan.

Friday, January 30, 2004

Hari Mula

0 comments
My first posting to my blog... testing..testing.. one..two...sommmmm...
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates