Saturday, October 27, 2007

Hari Raya 2007

2 comments
Kesian sungguh blog aku ni. Terbengkalai lagi terdampar kesepian hehe.. Nak kata aku sibuk tu, tidak juga, sibuk buat-buat sibuk tu adalah.

Hari Raya ni, perut aku 6 bulan lebih. Jadi aku masih berpeluang pakai baju kurung camouflage aku yang menampakkan diriku sedikit kurus.

Tahun ni sehari sebelum Hari Raya, kami dah bertolak ke Sg. Besar. Giliran beraya di kampungku pula. Selalunya, pagi raya ke-2 kami akan bertolak balik ke PJ, tapi kali ni suamiku mengatakan pagi raya ke-3 baru bertolak. Rancangan bertukar ke lepas Zohor, kemudian ke lepas Asar, disebabkan hujan postpone lagi akhirnya pulang ke PJ pada raya ke 4 hehe..

Kelainan beraya kali ni, kami berjaya buat BBQ express pada raya ke-3. Paling bersejarah, inilah raya pertama aku membawa Yana ke masjid untuk bersolat raya bersama-sama. Aku pergi lambat sikit dari mak aku (pagi-pagi aku dah sakit perut selain mak aku memang express dia malu datang lambat sangat). Yana sungguh gembira dapat ke masjid dan sama-sama bersolat (kononla), sambil minum susu botol mendengar khutbah dan sambil tu juga tarik hidung aku sebab dia dah boring.

Setiap masa raya juga terisi dengan aktiviti berjalan raya dan kali ni juga aku buat perangai "Aiman Tak Kisah" terhadap perkara-perkara kecil yang bisa merobek hatiku.. hehe.. Aku dah malas nak fikir orang itu suka aku atau tidak, aku tak kuasa nak kecik hati lagi. Biarkan si Luncai terjun dengan labu sayongnya yang penting aku dah bermaafan jadi aku takde kuasa nak memikirkan perkara-perkara yang di luar pengetahuan aku. Aku takde lulusan perundangan untuk menjadi hakim dalam kehidupan orang lain. Aku tau, aku perlu jaga hidup aku sendiri dan judge diri aku sendiri. Makan ketupat lagi sedap.. serta beskot-beskot raya dan kerepek tiram pedas.

Ahad ni, kawan-kawan aku nak datang rumah. Apa aku nak masak ek.. seronok nak masak bila ada orang nak datang ni, sebabnya dah tentu mereka datang akan makan masakan aku. Barula aku terasa masakan aku laku hehe..
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates