Saturday, September 06, 2008

Ayat-Ayat Cinta

2 comments

















Aku baru sahaja selesai membaca novel Ayat-Ayat Cinta karangan Habiburrahman El Shirazy. Akhirnyaaa.. berjaya juga aku habiskan novel setebal 510 halaman tu (termasuk kata pengantar). Dalam pada sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, Tuhan masih memberi aku peluang melaksanakan hobi aku ni..Alhamdulillah.. cewah ayat aku pun dah serupa plak macam dalam novel kih kih ...

Tapi, terus terang aku katakan novel ni sememangnya Novel Pembangun Jiwa. Sedikit sebanyak ia menyedarkan aku kembali tugas aku sebagai seorang Muslim, sebagai isteri terutamanya. Secara tak langsung aku terfikir apakah isteri itu dijadikan? Sebagai peneman perjuangan kaum Adam iaitu suami aku. Aku tak sepatutnya hanya mengharap dibimbing tetapi aku juga harus pandai membimbing diri dan memberi peringatan kepada suami sekiranya dia terlupa.

Ayat-ayat di dalam novel ini disulami dengan bait-bait dari Al-Qur'an yang menyentuh hati. Aku terfikir senangnya kalau baca Al-Qur'an sekaligus memahami isi kandungannya. Bila faham, semua yang kita lakukan di dunia ni akan terbimbing dengan jelas. Seronoknya kalau dapat baca Al-Qur'an tanpa perlu baca tafsirnya macam watak dalam novel ni, Fahri Abdullah. Orang kata dah sebati macam makan nasik..

Juga ia telah menyedarkan aku betapa pentingnya untuk mengatur perancangan hidup yang aku rasakan selama 10 tahun selepas aku graduate ni, satu pencapaian apa pun aku rasa aku tak dapat kerana kegagalan aku merancang hidup 10 tahun yang lalu. Kalau ada perancangan pasti ada kemajuan walau berpayah.. berbanding dengan takde perancangan hasilnya tiada kemajuan walau jalannya lurus. Sedikit demi sedikit aku mula memikirkan halatuju hidup aku.

Novel ini juga memberi bimbingan bagaimana sepatutnya Muslim melayani kaum non-Muslim. Melayan mereka dengan baik tidak beerti kita perlu pertaruhkan prinsip agama. Satu lagi berkenaan prinsip.. bagaimana aku boleh menjadi begitu kuat untuk tidak menyambut salaman orang lelaki? Aku rasa aku boleh lakukannya sekiranya aku betul-betul pegang prinsip.

Eh banyak lagi isu-isu dalam buku ni yang boleh ditulis. Satu buku kecil boleh dibuat panduan selain gambaran kehidupan di Mesir dan sikap orang-orang Arab. Mungkin gambaran aku tak berapa tepat tapi aku dah dapat secara am.

Secara keseluruhannya aku puas hati dengan novel ni. Sekian lama aku mencari buku yang sederhana bahasanya, tidak terlalu berbunga atau terlalu berat sasteranya, macam biasa-biasa saje. Aku memang rekemen novel ni untuk sesiapa sahaja. Memang tak rugi membelinya dan pasti novel ni akan menjadi antara novel kesayanganku kerana keunikannya.

Thursday, September 04, 2008

Apasal la aku malas sembahyang

0 comments
Aku pernah dapat pantun ni, tapi kali ni aku nak share jugak dengan orang hehe.. insafla sekejap .. hehe.. sesuai dengan bulan Ramadhan ni :D


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!


Author : Anonymous
Source : E-mail
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates