Wednesday, September 30, 2009

Tempat Lepak Baru

2 comments

Memang baru betul.  Bangunan baru, signage baru, pintu baru.  Aku pun gembira sangat sebab dapat tengok kedai baru jual buku-buku baru.  Kebanyakan buku yang dijual terbitan PTS.  Ada juga terbitan Galeri Ilmu dan Al-Hidayah.  Ketiga-tiga syarikat penerbitan ini adalah antara pengeluar buku-buku yang aku cari.  Kebanyakan buku yang dikeluarkan dari syarikat-syarikat ini memang disukai ramai macam susu pekat manis F&N.


Al-Hamra, begitulah nama kedai buku bertuah yang dapat liputan dalam blog kesayanganku ini.  Sesuai dengan namanya, papan tandanya pun berwarna merah hati.  Mungkin tempat ini akan menjadi sebab untuk aku selalu pergi ke Bandar Seri Putra yang sepelaung je dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


Pertama kali masuk pun aku sudah bertapa hampir sejam.  Oleh kerana duit banyak sudah digunakan sempena Aidilfitri, maka aku hanya dapat belikan buku raya untuk diriku yang murah sahaja, Mendidik Anak Senang Solat (untuk mendidik diri aku juga sebenarnya) berharga RM10 dan Al-Mathurat Sughra yang sangat comel lebih kecil dari tapak tanganku yang memang kecil (tak padan dengan saiz badan) berharga RM1.  Oleh kerana ada diskaun 10% (lagi sebab untuk aku lepak sini lagi), RM9.90 menjadi duit raya tokey Muslim itu.


Ada banyak juga novel-novel islami popular dan novel-novel remaja tua.  Dalam hati aku tak habis-habis mengingatkan duit dalam beg tangan adalah untuk bayar sewa, bil dan hutang bulanan.  "Sabor..sabor.. beli gaji bulan depan.. gaji awal dapat sebelum raya tu consider habis dah tu...", kata hatiku.


Tapi mulut aku ringan betul bertanya (badan berat pulak), "saya cari novel Aku, Dia dan Coklat.. pengarang Lily Haslina Nasir, PTS punya."


Tokey tu seperti terkesima seraya berkata, "saya rasa saya ada pegang buku tu."


Aku rasa macam mata aku bersinar-sinar tetapi berubah jadi malap bila tokey kata, "tapi rasanya dah ada orang beli."  Apakah itu strategi beliau untuk meningkatkan sales?  Aku tidak rasa begitu pula bila melihatkan begitu banyak buku-buku terbitan PTS di situ.  Tokey ni pun nampak jujur.  Orangnya kurus-kurus.  Masa aku belajar PSIKOLOGI 101 dulu orang badan kurus secara cliche dikatakan jujur.  Oleh kerana itu, aku tanpa banyak soal menulis nama dan nombor telefon bila diminta.


Esoknya (semalam) aku dapat sms mengatakan Aku, Dia dan Coklat sudah berada di Al-Hamra.  Petang semalam juga aku ambil si coklat.  Memang lazat berkrim, tapi aku simpan dulu sebab ada coklat lain aku kena habiskan dulu.  Tokey pun bermurah hati beri lagi aku diskaun, moga-moga murahlah rezeki tokey.


Aku berharap kutub khanah ni maju dan berjaya, bolehlah aku melepak di situ lagi.  Senang sikit aku nak carik buku idaman seMalaya.  Kalau susah nak carik bolehlah mintak tolong tokey lagi, untung sabut aku dapat diskaun lagi dan lagi...


Kalau tokey sediakan kerusi (sofa lagi bagus) pun okay juga.  Saya penatlah berdiri masa nak telek buku, nak mencangkung lenguh pula maklumlah, banyak makan biskut raya.






 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates