Saya tidak pasti sejak bilakah kelas matematik dimulakan di pasar malam dan di bazar Ramadan. Mungkin baru 5 tahun kebelakangan ini.
Pembeli : Bagaimana nak kira kuih ini semua?
Peniaga : 1 40sen. 5 kuih RM2.
Pembeli yang dompetnya penuh : Beri saya karipap RM2, donut RM2.
Pembeli yang dompetnya kempis : 2 donut 80 sen kan?
Pembeli yang nampak peluang : Saya mahu donut 2, karipap 2, burger ring 1.
Ada peniaga melakukan promosi dengan memberi diskaun untuk jumlah tertentu pembelian.
Ada peniaga menggunakan psikologi-lemah-matematik untuk mendapat jualan lebih banyak.
Saya cukup benci kaedah kedua di atas kerana terasa seperti dipermain-mainkan. Ini soal wang. Apa sahaja berkaitan wang adalah serius!
Refund dari AAX
2 years ago