Tuesday, October 17, 2017

Ala-ala Review : Tombiruo Penunggu Rimba

0 comments
(Nak letak poster ada gambar tak tutup aurat pula)


Review ini ditulis oleh seorang yang tidak pernah membaca Novel Tombiruo.  Jadi, saya tidak pernah tahu jalan cerita dan siapa watak di dalam cerita ini.  Saya juga terlewat masuk ke pawagam.  Ketika saya mengambil tempat, Tan Sri Berham dalam kereta dan tulisan kredit masih dipaparkan.  Saya juga keliru kaitan konsesi balak dengan pembinaan empangan yang ditentang oleh Tan Sri Berham dan mengapa pula Juslan kata kita tidak boleh hidup tanpa konsesi balak?  Jadi, untuk menonton kena faham orang yang mahu konsesi balak itu adakah orang yang menyokong pembinaan empangan atau sebaliknya?  Apabila sudah faham, barulah kita boleh faham perjuangan Ejim dan Pondolou dan kita tahu mereka berpihak kepada siapa sebenarnya.  Samada saya sudah tua atau sel otak saya kurang berhubung, saya belum dapat tangkap konsep perjuangan Tan Sri Berham dan Ejim hehe... Adakah filem terlalu laju di awal cerita sebab filem kurang 2 jam terasa pendek macam tak cukup info.

Bagi saya, aksi dalam filem Tombiruo sangat membanggakan.  Segala perincian dan aksi perlahan peluru ditunjuk jelas dan agak ngeri.  Maknanya nampak real.  Aksi pergaduhan, gayut-gayut juga mengundang suspens dan mendebarkan.  Ternganga mulut saya wow... cerita melayu buat aksi begini memang mengagumkan saya.  Watak Ejim yang berlari, melompat dan terjun tak kira tempat mengingatkan saya pada watak James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig.  Paling saya kagum, apabila segala aksi-aksi ini nampak betul dan tidak kartun.  Adegan  kereta bergerak laju di jalanraya di tepi tebing curam juga mencemaskan dan dari pelbagai sudut, tidak seperti kebiasaan cerita melayu di mana kita lihat kereta bergerak perlahan dari atas lori.  Sudut kamera juga sangat meyakinkan dan membuat kita teruja.   Kita juga boleh nampak, produser memang tak sayang kereta, tidak adalah kita boleh tengok kereta buruk buat modal filem dan memang tinggal hendak dihantar ke kedai potong.

Namun, filem dan lakonan masih boleh diperbaiki lagi.  Aksi berlawan saya yakin boleh dimantapkan lagi dengan memperbanyakkan lagi trick ala Jackie Chan.  Saya beranggapan (untuk memujuk hati), ini adalah kemunculan awal Ejim.  First encounter dengan penjahat jadi sangat logik Ejim banyak kena tembak dan (kita boleh panggil choreography ke?) sama sahaja.. angkat penjahat hempas ke tanah... angkat penjahat hempas ke tanah.  Agak logik tiada bunga silat sebab bapanya Pondolou bekas tentera yang melatihnya.  Mungkin jika ada lagi sequel atau kemunculan Ejim lagi dalam filem lain (mungkinkah Magis akan ke layar perak? Melihat kepada ending credit... jeng jeng jeng), saya mengharap Ejim beraksi lebih tangkas dan lincah dan tricky sesuai dengan kemahirannya dalam selok belok di hutan.

Selain aksi berlawan, disebabkan saya ini suka secara tidak sengaja terfikir hal logika, mood menonton saya mudah terpengaruh dengan apa yang saya nampak dan fikir.  Siapa ingat bagaimana rupa tudung kita semasa menaiki bas mini di Kuala Lumpur suatu masa dahulu?  Agak-agak, tudung boleh nampak cantik tak selepas turun dari bas mini tu?  Hahaha... bagaimana agaknya tudung Salina cantik terletak selepas keretanya tergolek-golek di cerun bukit?  Pemandangan keadaan mangsa di dalam kereta yang sedang bergolek-golek di lereng bukit juga mula-mula nampak ouchhh.. ngerinya! Tetapi kenapa mereka masih statik di tempat duduk?   Ok... saya tidak perasan pula jika mereka memakai tali pinggang keledar.  Kena tengok semula macam ni heheh...

Lakonan Zul Ariffin hanya berdasarkan aksi-aksi dan gerak badan bagi menunjukkan emosi amat meyakinkan.  Begitu juga lakonan Farid Kamil, Hasnol Rahmat dan Dynas Mokhtar juga sangat mantap dan nampak natural. Namun, saya agak terkejut dengan lakonan dan lenggok suara Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Nabila Huda dan Faizal Hussein.  Saya tak rasa natural... seperti feel tak sampai.  Sebenarnya, apabila diberitahu pengarah filem adalah Seth Larney yang pernah terlibat dengan The Chronicles of Narnia, saya agak skeptikal kerana menonton Narnia itu sendiri saya tidak sampai feel sebagaimana saya menonton Avatar atau The Lord of The Ring.  (Tahu kan, feel yang kita boleh rasa sebak atau kembang hidung dan rasa seperti hendak menumbuk dada?)  Yes... saya tidak rasa feel hendak tumbuk dada itu.  Nampaknya perkara itu berlaku lagi untuk Tombiruo.  Gaya percakapan Datuk M. Nasir dan Datin Marlia pada permulaan cerita agak ‘skema’ seperti membaca buku teks.  Adakah kerana mereka cuba meniru dialek Sabah yang tidak menjadi kerana orang Sabah ini cakapnya bahasa baku.  Begitu juga percakapan Nabila Huda dan Faizal Hussein.  Entahlah, saya tidak dengar naturalnya.  Saya pernah menonton lakonan Nabila dan Faizal yang jauh lebih baik dari ini.  Kadang-kadang tidak perlu aksi pun, cara cakap sudah boleh buat orang feel.

Ada beberapa scene dalam hutan (eh semua pun dalam hutan), terutama scene Ejim dan Wan Suraya yang ketika itu malam dan pastinya sunyi, saya tidak mendengar bunyi yang sepatutnya ada dalam hutan.  Bunyi unggas ke cengkerik ke... apa-apalah.  Apa yang saya dengar suara mereka ini seperti dalam kotak atau bilik kosong.  Saya tidak merasa berada di tempat itu walaupun pemandangan indah Hutan Keningau dengan sayup-sayup Gunung Kinabalu tersergam indah.  Seolah-olah suara dan watak di tempat lain, bukan di hutan itu menjadikan feel tidak sampai... tidak real.  Mujurlah aksi Hasnol Rahmat di akhir cerita serta lakonan Micheal Chen yang tidak menghampakan berjaya menutup cela.  Sebenarnya aku tertanya-tanya dari dulu, kenapa  kadang-kadang tu, lakonan pelakon yang sama nampak mantap dalam drama tetapi bila mereka berlakon filem nampak sedikit canggung atau kaku, ya?  Oh, sebelum terlupa, watak Monsuroi nampak meyakinkan dengan lontaran suara dan bahasanya namun mood terpotong seketika apabila melihat di sebalik kedut tua Monsuroi itu nampak licinnya wajah beliau dan jarinya yang mulus ketika memegang uri hehehe...

Plot cerita Tombiruo tidak membosankan namun  predictable.  Agak mengejutkan kerana novel RAM biasanya banyak twist.  Seolah-olah senang sangat orang jahat tu kantoi dan penonton tidak puas untuk berfikir secara analitik dan berspekulasi dan beranggapan itu ini, tahu-tahu pekung penjahat sudah dibuka...alaaaaaaaaaaaa... senangnya!  Begitu juga bagaimana Ejim dan Amiruddin ‘disatukan’ juga senang sangat.  Jika datang dengan mode Detektif Conan, mohon turunkan skala ingin tahu anda.  Just enjoy it...

Saya harap orang tak marah saya.  Sesungguhnya monyet tidak jatuh dengan angin taufan ribut badai tetapi jatuh kerana angin sepoi-sepoi yang mengasyikkan... heh heh heh...




Saturday, October 14, 2017

Buku : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?

0 comments
Wow ... tulisan Dr. Jamilah Jaafar (terima kasih Siti R Perempuan Pengembara sebab beritahu nama betul penulis) ini memang menarik, menyegarkan dan membuka mata dan hati.

Sesiapa yang racist atau rasa tidak racist tetapi orang kata racist sebab sebenarnya awak memang racist, eloklah baca.

Tak mahal ... baru RM15.00.
Tetapi dengan RM15.00 ini, kita boleh ke Benua Afrika. Siapa kata Uganda panas? Sayalah orangnya.  Memang Geografi saya pun tidak hebat hehe... Buku ini juga sesuai untuk traveller wannabe.. or tourist wannabe tetapi cuma ada RM15.00 dalam sampul surat bertulis 'Cuti-Cuti'.

Penuh adventure dan luar biasa.  Dr. Hayya juga membuat saya fikir, wanita bebas berfikir dan memilih dan kita boleh memilih yang kita yakin terbaik untuk kita dengan petunjuk Allah.

Macam nak beli sahaja buku kedua beliau selepas ini.




Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Guru

0 comments
Selamat Hari Guru
Jasamu sungguh terbilang
Tidak mampu kubalas
Hanya doa untukmu
Mengiringi wiridku


Ketika saya masih kecil, tidak pernah saya memberi hadiah sempena Hari Guru.  Kehidupan kami ketika itu sangat ringkas.  Kami meraikan Hari Guru bersama guru-guru di sekolah dan tiada pun ibu bapa yang hadir.  Cikgu tidak perlu berjoget di atas pentas atau memakai pakaian mengikut tema.

Cikgu hanya buat sukaneka dan pertandingan sesama kumpulan yang anggotanya terdiri daripada guru dan murid yang dipilih.  Murid lain menjadi pemerhati.  Paling hebat kami melihat cikgu menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia".  Sebelum tengahari acara pun selesai.

Pada hari ini, situasi berbeza.  Guru meraikan hari ini dengan meriah sekali.  Hadiah pun sudah dapat yang lebih banyak dan ada yang lebih mahal.  Alhamdulillah, syukur rezeki dari Allah S.W.T.  Kita pun jangan lokek beri hadiah kepada cikgu.  Hadiah yang anak kita beri pun kebanyakannya untuk guru kelas (mungkin sesetengahnya ada beri kepada cikgu lain).  Tahun depan, anak kita beri kepada guru lain pula sebab guru kelas bertukar.  Jadi, tiada salahnya setahun sekali keluar sedikit bajet untuk hadiah cikgu.  Kita juga boleh didik anak kumpul wang saku untuk beli hadiah untuk cikgu.

Ada yang berkata, memberi hadiah kepada cikgu tidak harus dijadikan budaya. Ini kerana ditakuti murid yang tidak mampu terasa hati dan malu. Terpulanglah kepada pendirian masing-masing.  Ibu bapa harus memainkan peranan.  Jika tidak mampu beri hadiah, kita boleh ajar anak, memberi ucapan kepada cikgu, atau DIY kad ucapan dari bahan-bahan terpakai sangat bermakna.  Nilai menghargai guru dan ilmu yang dicurahkannya itu yang kita mahu terapkan.  Paling penting, menerapkan kepada anak untuk menghormati guru sepanjang hayatnya kerana di situlah keberkatan ilmu yang anak kita perolehi.

Hadiah apa hendak diberi?  Terpulanglah.  Sebatang pen ... kerongsang (ramai cikgu perempuan.. nak raya pula), tudung (cikgu perempuan lagi?), kain pelekat (oklah bagi chance pada cikgu lelaki), buku, pembaris panjang (hah.. balun manja bonbon anak kita yang sekali sekala bijak sangat tu).. atau hasil bumi seperti yang dilakukan murid pedalaman (pisang, mangga, ikan besar).  Saya fikir nak bagi ikan bilis, ikan masin buat stok bulan puasa pun tak ada masalah.  

Asalkan rasa sesuai.. sesuai ni pun subjektif.  Kita yang memberi kadang-kadang rasa sesuai, yang menerima pula rasa tak sesuai.  Suka hati.. janji bagi dan niat ikhlas untuk menghargai.  JANJI SEMUA GEMBIRA...


SELAMAT HARI GURU.  SEMOGA SENTIASA TABAH DAN ILMU YANG DICURAHKAN UNTUK ANAK BANGSA DIBALAS DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN DARI ALLAH S.W.T.





Wednesday, April 19, 2017

Songkok Yang Tertukar

0 comments
Ada budak tu, songkoknya sering tertukar dengan rakannya.  Oleh kerana dia sudah mula pandai menulis, maka dengan niat yang suci dia pun menulis nama di atas songkoknya.

Malangnya, dia bukan tulis di dalam tetapi di luar songkok!

Dia gunakan pen!

Tulisannya besar!

Penuh depan songkoknya!

Songkoknya pula berwarna cream.  Ada hijau juga.  Kalau diclorox hilanglah warna hijau tu.

Maka, si ibu mulalah mencari solusi.  Saya mengambil idea yang viral bagaimana kotoran dihapuskan dengan sabun mandi bercampur dengan air panas.  Saya pernah hiris nipis (sebab tiada penyagat di rumah) sabun mandi cap Fruitale dan merendam kain yang kotor dengan air panas.  Agak berkesan tetapi saya perlu hasil yang lebih dramatik lagi drastik.  Ini kerana songkok itu akan digunakan segera keesokan harinya dan mata pula sudah mengantuk.

Dengan ini saya ingin memperkenalkan sabun Champaca berbau Rose yang saya beli dari rakan saya.  Sabun ini saya tahu memang sahabat baik ibu-ibu di rumah.  Saya pernah terbaca 'manual' penggunaannya jika dicampur air panas untuk kotoran degil maka akan lebih berhasil.


Saya guna yang bau ros

Bau cempaka



Lupa ambil gambar sebelum.  Campurkan 3 sudu Sabun Rose ke dalam air panas.
Baru rendam kesan dakwat sudah pudar. .. huh.. berdebar juga kalau tidak hilang dakwat tapi yang hilang warna hijau tu.


Ini gambar hari lain.  Beberapa hari selepas kejadian merendam.



Closed up... macam baru.  


Legalah hati saya setelah disental dan diberus manja, hilanglah keseluruhan tulisan dakwat itu.  Esoknya, bolehla budak itu pergi mengikuti rombongan ke Petrosains dengan songkok yang bersih menawan kalbu.

First trip dengan kawan-kawan.  Cepatnya masa berlalu.  Terasa kau baru dilahirkan.
Pergilah... pergilah dan merantaulah.  Lihat alam ciptaan Tuhanmu.
Pelajarilah ia kerana di situ kau bisa kenal Dia.

Selepas ini, siaplah.. apa lagi saya nak 'rebus'.



Monday, April 17, 2017

Jambatan Kertas

0 comments
Anak saya perlu merekabentuk jambatan kertas untuk subjek Rekabentuk & Teknologi (Tahun 4).  Merujuk kepada arahan dari buku teks, murid boleh merekabentuk jambatan yang diinginkan dan tidak semestinya sama seperti dalam buku teks.

Maka, bermulalah sesi soal jawab bersama Pakcik Google dan berikut adalah hasilnya.

Rupa-rupanya ada 3 jenis rekabentuk jambatan yang utama iaitu Beam Bridge, Truss Bridge dan Suspension Bridge.

Puas juga belajar di Youtube jadi inilah hasilnya, a truss bridge.



Design dahulu jambatan kita.  Lukis dari sisi sahaja.  Belum cukup vitamin R.
Guna juga Teori Pitagoras.


Gulungkan kertas suratkhabar.  Saiz besar sedikit untuk palang.  Saiz kecil untuk penyambung.


Cantumkan palang-palang kita.  Sebelah atas belum siap.



Semua palang telah bercantum.  Macam cedera parah pun ada.
Tapi boleh balut dengan masking tape untuk tutup noda-noda suratkhabar :D



Warnakanlah jambatan kita.  Oh ya, jika bukan jalan keretapi, buatlah jalan tarnya.
Keringkan.  Ini perasaan Golden Gate Bridge.
But, the real Golden Gate Bridge is a suspension bridge ya Tuan/ Puan.  



Sepatutnya kena ujicuba.  Tetapi tak payahlah.  Letih mak nakkkk kalau roboh hehehe.. 



Pandangan dari atas jalanraya.



Kereta dah boleh lalu, kira oklah tu kannnnn...

Baiklah... kesian sahaja untuk kali ini.  Ya, sebab kesian saya tolong budak itu.  Tetapi dengan KSSR sekarang sememangnya perlu penglibatan ibu bapa.  Till next time, insya-Allah... XOXO hahaha cas blogger dalam tv.








Tuesday, April 04, 2017

Paya Indah Wetlands 2017 Part 2

0 comments
Baiklah mari kita sambung cerita tentang pengembaraan ke Paya Indah Wetlands :D.  

Setelah puas melihat Sang Badak dan Sang Buaya, kami ternampak pula pondok tempat menyewa basikal.  Wah, saya sudah teruja!  Saya sangat teruja sehinggakan saya ternampak-nampak ada orang di pondok basikal yang saya sangkakan staf yang bertugas untuk pendaftaran sewa tersebut.  Apabila datang dekat rupa-rupanya kerusi.  Anak saya dengan takut-takut berkata, "Ibu, mana ada orang.  Siapa ibu nampak tadi?"  Namun, saya tidak ambil peduli, saya yakin saya yang tersalah pandang.  Eh, kenapa travelog ini berbunyi misteri pula.  Sengaja saya tambah Ajinomoto dalam cerita ini.

Saya pun menelefon nombor tertera, mungkin orangnya sedang berehat.  Rupa-rupanya sewaan basikal pada hari biasa perlu ditempah lebih awal sehari.  Hanya pada hujung minggu sahaja sewaan basikal boleh dibuat serta-merta.  Serba salah juga suara wanita di talian itu apabila saya katakan saya mendapat info boleh menyewa basikal melalui info di Internet.  Mungkin website tidak update katanya.  Tidak mengapa, mungkin belum rezeki lagi. Barulah saya tahu, sewaan basikal di sini dikendalikan oleh orang persendirian (orang kampung) di situ.  

Pondok basikal dan di belakang sana adalah Menara Tinjau


Melihatkan kami termenung di pondok basikal, mungkin staf di Paya Indah mencadangkan kami meneruskan perjalanan ke Menara Tinjau.  Boleh exercise katanya, tidak jauh pun dari pondok tersebut.  Kami pun menyorong stroller ke arah yang ditunjukkan dan di sini kami merasa teruja semula.  Maklumlah budak-budak ni tidak pernah masuk hutan.  Saya pun sudah lama tidak melakukan jungle trekking.  Orang jawa kata, "watch your mouth" hahaha...  Puas menasihati anak-anak agar menjaga tutur kata, walaupun yang tua ni sendiri pun agak kecoh mengawasi mereka. ..pokpekpokpek...





Fuh.. sampai juga... boleh panjat ke ni?  Lagi tinggi dari pokok.


Ada pula kanak-kanak geng kampung bersama kami bersama-sama memanjat menara.



Mujurlah saya sudah berpindah pejabat di tingkat satu, jadi lutut sudah agak terbiasa memanjat tangga.  Sepanjang perjalanan menaiki tangga dada saya berdebar-debar kerana saya semakin tinggi dari pokok.  huahuahua... gayat.. Ada budak berumur 6 tahun tu pun gayat rupa-rupanya.  Jadi, kami tidak boleh berlama-lamaan di atas.  Nanti dia meraung susah pula.  



Menurut Abangku, yang kiri Cyberjaya dan yang kanan Putrajaya.  


Ada tasik pula di tengah tu


Setelah turun dari menara, kami segera ke arah bangsal kuda.  Tapi tiada kudanya.  Cuma kami dapat lihat landak dan kura-kura yang berkawan baik sahaja.  

Landak dan kura-kura sedang tidur.  Pedih mata agaknya panas sangat

Perasan seperti bangsal dalam cerita Isaura siri TV popular zaman 80an dahulu :P

Kesimpulannya, Paya Indah Wetlands menarik untuk dikunjungi. Insya-Allah mungkin kami akan ke sini lagi dan berpiknik pula.  Saya lupa pula ambil gambar tempat piknik dan chalet.  Tidak mengapa, alasan untuk pergi lagi ke mari sebab kami belum berpeluang melihat burung yang pelik dan kuda.  Kami juga terlupa ambil gambar di pintu masuk.  Macamana pula boleh lupa ish... ish... ish...

Oh... dalam kereta budak 6 tahun yang gayat tadi mula pening.  Mujurlah dia ok selepas sesi bermain boling di Alamanda.  Namun, esok paginya dia bercerita yang dia mimpi jatuh dari tempat tinggi .. aduh... Pengajaran, perlu biasakan dia dengan ketinggian sedikit demi sedikit...









Sunday, March 26, 2017

Paya Indah Wetlands 2017 Part 1

0 comments
Semangat pula saya nak update blog dengan henfon.  Sebenarnya sebab cerita masih panas. Kalau dah sejuk nanti jadi lupa dan basi.

Hari Khamis yang lalu, sempena cuti sekolah, saya terfikir untuk melakukan eco-tourism.  Mulanya rakan sekerja saya beritahu, Hari Keluarga pejabatnya akan diadakan di Paya Indah Wetlands.  Saya pun terus bertanya Pakcik Google apakah rupa paras si Wetlands tu?  Banyak entri sudah lama tetapi beberapa blog entri dalam tahun 2015 dan 2016 amat membantu. Maka, setelah berbincang, mesyuarat tingkap kami memutuskan untuk pergi pada 23 Mac 2017 pada hari Khamis. 

Saya pun berangan boleh juga sewa basikal di Paya Indah Wetlands. Sudah bertahun tak naik basikal. Saya sungguh bangga mengutarakan idea eco-tourism ini kepada Abangku kerana impak kewangan adalah sangat minimum. Kawan-kawan saya panggil ini adalah staycation instead of vacation. Yes, we stay at home not to vacate. 

Pagi itu, dengan bersarapan keropok lekor, kami pun bergerak ke Paya Indah Wetlands. Masing-masing bersiap siaga dengan backpack cap Quechua yang berisi air dan lampin pakai buang Pants XXL.  Kami terlupa bawa topi. Binocular pula tiada jadi kami mengharap ketajaman mata kami sahajalah jika ternampak burung yang pelik.  Burung yang pelik adalah selain gagak, merpati, tekukur dan gembala kerbau.

Pada mulanya saya stress kerana bimbang jika terlepas melihat badak air secara dekat kerana masa bertolak agak terlewat dari perancangan. Rhino feeding antara 10.00 - 10.30 pagi. Ingatkan perlu ke kaunter pendaftaran. Rupanya kaunter pendaftaran tutup. Oh... sebelum itu di pintu pagar masuk saya nampak welcome signboard Paya Indah Wetlands.  Saya fikir balik nantilah ambil gambar di situ. Oleh kerana staf di situ pun agak blur tentang sewaan basikal, beliau menyuruh kami terus ke belakang ke bangunan pentadbiran. Dalam perjalanan ternampak signboard menghala tempat badak air jadi kami terus menuju ke arah tempat si Rhino. Ada juga beberapa keluarga di situ... fuh rezeki kami. Rhino masih makan rumput di situ. Besar juga. 2 ekor. Tak tahu pula yang mana jantan atau betina. 




Comel kan? Tapi awas, jauhkan diri dari tembok dan jangan buat berani hulur tangan atau nak tepuk belakang atau kepalanya macam tepuk kucing. Sekali dia ngapppp ahaaa... badak air juga mampu mengejar manusia sebab boleh lari sepantas pelari Olimpik. Kau hado?  Apa ingat aku gemuk aku tak boleh lari laju?  Haa... makan sayur jadi kuat!

Setelah puas melihat Rhino kami ke kolam buaya pula.  Crocs feeding hanya dilakukan pada Sabtu dan Ahad. Jadi kami lihat buaya yang agak statik sahajalah. Apa yang agak thrilled adalah mengambil gambar buaya dengan henfon kerana tembok berpagar dengan jaring halus bertutup sehingga bahagian atas. Lensa kamera seperti mata saya jadi saya suruh sahajalah si henfon ni intai di celah jaring.



Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Cak!!

Ooo nyorokkk yaaa...

Comel... mungkin masih remaja tak macam yang atas tu

Dilarang mengganggu dengan membaling apa-apa untuk mengacah Sang Buaya ini semua. Tak kelakar okay?  Kau bagi aku makan hujung minggu je.  Aku lapar tahu takkk?

Oh penatnya update blog guna henfon...!


Monday, March 20, 2017

Hiduplah Bagai Seorang Pejuang

0 comments
Saya suka berkongsi puisi ini yang ditulis oleh salah seorang pensyarah yang dihormati di tempat kerja saya.  Semoga menjadi penyuntik semangat dan pengubat duka.  Ganbatte! 





Hiduplah Bagai Seorang Pejuang

Pejuang perlu jujur
Dirinya boleh menegur
Juga sedia untuk ditegur
Langkahnya tidak mundur
Pandangannya jelas teratur 
Umpama bidak di papan catur 
Sentiasa tawaduk tidak takabbur 
Tindakannya tak melulu berterabur
Semangat kental tak mudah kendur
Keikhlasan dalam lafaz bicara ditutur
Biar penat namun rohaninya tetap subur

Saudaraku tabahlah
Hidup tidak selalu mudah
Ada saat senang dan susah 
Cabaran dan dugaan itu lumrah
Di puncak gunung atau ceruk lurah 
Satu saat pasti akan kembali pada Allah 
Carilah redha Nya dan sentiasalah berserah 
Mengharapkan toyyibah dunia hingga ke jannah

Bila berada di puncak dunia
Sentiasa sedar diri mu hamba
Tunduklah pada Maha Pencipta 
Bila hati resah gelisah disapa duka
Sentiasalah insaf dan pasrah pada Nya 
Tunduk dan sujudlah bermunajat berdoa
Rahsia Allah itu tak siapa yang dapat menduga
Pintu rahmat Nya kan sentiasa terbuka buat semua

#biarkalahberkalikalimengalahjangansekali
#mintalahpadaNyakebaikanbersama
#jumuahmubarakahbuatsemua

musafir senja
17 mac 2017/ 19 jamadil akhir 1438, kuis bsp




Monday, March 06, 2017

Tabayyun

0 comments
Assalamualaikum,

Wow.. I have not blogging for almost 4 years!!! hehe...

I would like to share this for a start.  I don't know why it's hard to find about Tabayyun posted on Malaysian website.  I can find many of it on the Indonesian web.

Fortunately, I have found this link ‘Tabayyun’ in the age of social media.

Check and verify before we believe.  Check and verify before we share if we care.




 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates