Sunday, August 31, 2008

Merdeka 2008

0 comments
Tawon ni aku tak pergi Dataran Merdeka. Lagipun ada baby ni susah pulak bersesak-sesak. Budak-budak ni pun baru je sembuh dari batuk dan selsema.

Apa erti merdeka bagi aku tahun ini? haha boleh bertukar-tukar pulak erti merdeka untuk setiap tahun ye?

Bagi aku tahun ni, aku rasa merdeka bila aku dapat siapkan kerja ofis yang tengan melambak ni. Merdekakan diriku dari membandingkan diri dengan orang lain. Merdeka dari merasa tiada kejayaan yang kumiliki dan merdeka dari rasa rendah diri yang hanya akan mengurangkan produktiviti. Merdeka dengan rasa aku berada di tempat dan dengan orang-orang yang terbaik buat diriku. Merdekakan diri dengan mempunyai rasa syukur dengan apa yang ada tanpa alpa untuk berusaha ke arah yang lebih positif.

Tiada sambutan istimewa, tapi pagi ni nak pergi Carrefour cari barang dapur. Esok dah nak puasa .. sekejapnya dah nak sampai hujung tahun.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 51 dan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga diri kita merdeka dari kemungkaran dan mendapat kejayaan dunia akhirat.

Friday, August 08, 2008

Yana ke Aquaria, KLCC

0 comments


















Semasa aku pulang dari kerja nak ambil anak-anak (eh macam ramai pulak bunyinye), akak nursery bagitau ada rombongan tadika ke Aquaria, KLCC. Dia offer kalau Yana nak ikut sekali pun boleh, yuran RM22 aje, makanan disediakan.

Aku pun balik rumah dan mesyuarat tingkap seperti biasa. Dalam masa yang sama Yana asyik cakap dia akan pegi "kcccc" (KLCC le tu).. kesian jugak. Tapi setelah menimbang melontar segala bagai pandangan, aku dan Abangku bersetuju untuk tidak membenarkan Yana pergi. Alasan : risau dia tak ikut cakap cikgu, merayau sorang, atau main menyorok-nyorok macam yang selalu dia buat bila kami shopping.

Tetapi setelah beberapa hari aku terfikir, lambat laun dia akan ke tadika juga dan dia mesti kena ikut segala aktiviti sekolah. Selain tu, berdasarkan pemerhatian psikologi kanak-kanak, mereka akan membuat aktiviti bersama kawan-kawan dan biasanya mereka akan mengikut arahan cikgu atau orang lain selain ibu bapa mereka. Maka aku pun membuka semula kes kepada Abangku dan melalui alasan-alasan logik hehe.. usul diterima.

Maka, pada 5 Ogos 2008, pergilah Yana mengikuti trip pertama bersama kawan-kawan ke Aquaria, KLCC. Pagi-pagi aku dah bangun memotong buah untuk dibawa bekal serta sebotol air oren hehe eh lupa plak ambil gambarnya. Ku masukkan ke dalam beg sandang cap Pureennya.
Aku masukkan juga duit RM10 untuk beli souvenir atau makanan, tetapi cikgu memulangkannya kerana bahaya budak-budak bawa duit, selain mereka takkan singgah untuk beli apa-apa. Barulah aku faham kenapa budak-budak sekolah yang datang semasa Premier Cup tidak dibenarkan membeli apa-apa oleh cikgu mereka dulu.

Wah, gembira sungguh si Yana bersama kawan-kawannya. Tak henti-henti dia melambaikan tangan pada aku hehe.. Balik petang tu sibuklah dia bercerita tentang ikan jaws hahaha.. Bertuah dia dapat tengok orang bagi makan ikan..

Alamak, rasa macam tua pulak anak aku dah nak masuk tadika dan pandai pergi rombongan. Mula-mula memang risau tapi aku harus berani untuk menunjukkan keindahan dunia pada Yana.

Sunday, April 27, 2008

Hidup Zaman Ini

0 comments
Aku dah tak boleh terlalu berharap pada kerajaan lagi. Boleh, tapi aku kena fikir cara lain. Ye..aku mesti berfikir macam orang cina dan india. Berusaha tanpa mengharap bantuan kerajaan. Baik dari segi bantuan kewangan ataupun pekerjaan.

Dari kecik aku dah terlalu biasa dapat bantuan kerajaan. Biasiswa dari sekolah menengah, pergi ke MRSM, masuk kelas BI, ke kolej sehinggalah ke universiti aku dapat bantuan. Sekarang nak mintak kerja kerajaan bukan senang macam dulu. Selain banyak prosedur nak menunggu jawapan pun punyala lama. Saingan pun ramai baik disebabkan semuanya bagus-bagus ataupun kronisme. Ah tak usahla nak kata aku wat tuduhan melulu, orang dalam kerajaan sendiri yang bagitau, kalau nak masuk jawatan itu ini, boleh cuba bagi butir peribadi melalui mereka dan kawan-kawan mereka.

Ye.. sudah sampai masa untuk aku berfikir seperti seorang ahlil perniagaan. Dah tak boleh nak harap makan gaji je. Bak kata omputeh, I'm the breadmaker now.. bukan bread eater hahaha.. betoi ka tu?

Saturday, October 27, 2007

Hari Raya 2007

2 comments
Kesian sungguh blog aku ni. Terbengkalai lagi terdampar kesepian hehe.. Nak kata aku sibuk tu, tidak juga, sibuk buat-buat sibuk tu adalah.

Hari Raya ni, perut aku 6 bulan lebih. Jadi aku masih berpeluang pakai baju kurung camouflage aku yang menampakkan diriku sedikit kurus.

Tahun ni sehari sebelum Hari Raya, kami dah bertolak ke Sg. Besar. Giliran beraya di kampungku pula. Selalunya, pagi raya ke-2 kami akan bertolak balik ke PJ, tapi kali ni suamiku mengatakan pagi raya ke-3 baru bertolak. Rancangan bertukar ke lepas Zohor, kemudian ke lepas Asar, disebabkan hujan postpone lagi akhirnya pulang ke PJ pada raya ke 4 hehe..

Kelainan beraya kali ni, kami berjaya buat BBQ express pada raya ke-3. Paling bersejarah, inilah raya pertama aku membawa Yana ke masjid untuk bersolat raya bersama-sama. Aku pergi lambat sikit dari mak aku (pagi-pagi aku dah sakit perut selain mak aku memang express dia malu datang lambat sangat). Yana sungguh gembira dapat ke masjid dan sama-sama bersolat (kononla), sambil minum susu botol mendengar khutbah dan sambil tu juga tarik hidung aku sebab dia dah boring.

Setiap masa raya juga terisi dengan aktiviti berjalan raya dan kali ni juga aku buat perangai "Aiman Tak Kisah" terhadap perkara-perkara kecil yang bisa merobek hatiku.. hehe.. Aku dah malas nak fikir orang itu suka aku atau tidak, aku tak kuasa nak kecik hati lagi. Biarkan si Luncai terjun dengan labu sayongnya yang penting aku dah bermaafan jadi aku takde kuasa nak memikirkan perkara-perkara yang di luar pengetahuan aku. Aku takde lulusan perundangan untuk menjadi hakim dalam kehidupan orang lain. Aku tau, aku perlu jaga hidup aku sendiri dan judge diri aku sendiri. Makan ketupat lagi sedap.. serta beskot-beskot raya dan kerepek tiram pedas.

Ahad ni, kawan-kawan aku nak datang rumah. Apa aku nak masak ek.. seronok nak masak bila ada orang nak datang ni, sebabnya dah tentu mereka datang akan makan masakan aku. Barula aku terasa masakan aku laku hehe..

Monday, July 02, 2007

Pertama Kali ke Masjid

0 comments
Sabtu 30 Jun 2006, balik kampung.. lambat kitorang balik.. dah 6 lebih. Tengahari tu dua beranak tu tido..aku lak layan industan hahaha..

Maghrib singgah masjid K.Selangor. Yana kata nak smayang skali.. aku ckp dia smayang umah nenek la. Lagipun Abangku kata leceh la plak nanti aku nak bawak dia. So gilir-gilir la smayang. Sian gak budak tu tapi takpela nantilah bila-bila aku nak bawak jugak ke masjid. Sekali tu semlm kitorang gerak lambat gak.. kol 6 lebih gak.. Maghrib kenala kat K.Selangor gak. Jadi, kali ni aku cakap kat Abangku, aku bawak Yana lah. Aku yakin Yana dah boleh bawa diri dia di masjid. Kalau takde first time, takdela next time. Memandangkan aku pun takde rasa nak membuang leh terus je naik masjid amik wuduk terus kat atas. Sambil dukung yana dia cakap.. "ibu smayang sama-sama".. aku ckp je la.. "yela".

Pastu masa aku nak amik air smayang ada budak kecik lain gak.. aku perasan Yana tengok je budak tu. Pastu aku tanya dia.. "Yana nak amik air smayang gak ke?" Dia angguk. So aku singsingkan seluar.. dan bukak air kecik je. Tengok-tengok dia basuh muka.. pastu basuh lengan kiri kanan.. pastu kaki. Tang kaki tu kenala aku tolong sket. Tapi aku rasa terkejut dan terharu sebab aku tak sangka dia tau kena basuh lengan tu semua. isk isk.. aku rasa maybe Makcik Nursery ada ajar atau dia sendiri tengok kitorang wat kat umah.

Masa naik tangga ke atas bukan main tersengih-sengih.. sampai je tempat smayang.. tu... dia boleh gelak-gelak suka gile sampai terlompat-lompat.. aku suruh senyap sket.. hehehe.. pastu cakap kat dia.. "Jangan kacau orang lain".

Pastu aku pakaikan dia tudung aku.. dan bentang sejadah. Dia smayangla sebelah aku.. ikot tonggang tonggek. Tapi sambil-sambil tu dia tengok orang sebelah aku, kepala dia dok mendongak je .. pastu tetiba sebelah dia pun ada org.. dia pun tengok je org tu.. hahahaah.. tp sambil-sambil tu buat gak rukuk sujud tu hahaha.. rasa nak tergelak dalam hati.

Lepas smayang dia lak cakap kat aku.."Jangan kacau orang lain" haha aku ye kan aje. Bila dah siap masa aku dok ngadap cermin pakai tudung..dia tengok orang lain smayang.. dok tercegat je tengok. Aku rasa dia mcm pelik kot tengok seme org pakai sama dan wat mende yg sama.

Bila dah siap.. masa turun tangga lak dia cakap.. "pelahan-lahan.. nanti jatuh.. berdarah" hehehehe.. dia ngata diri dia la tu sebab masa nak naik aku suruh dia perlahan-lahan.

Tapi aku rasa sungguh best dan terharu dan rasa sejuk hati. Aku rasa maybe raya ni dah boleh bawak dia pegi masjid.. saje nak bagi pendedahan awal. Awal sangat ke ek? Tak kot.. orang lain pun ada yang bawak anak kecik ok je.
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates