Wednesday, September 30, 2009

Tempat Lepak Baru

2 comments

Memang baru betul.  Bangunan baru, signage baru, pintu baru.  Aku pun gembira sangat sebab dapat tengok kedai baru jual buku-buku baru.  Kebanyakan buku yang dijual terbitan PTS.  Ada juga terbitan Galeri Ilmu dan Al-Hidayah.  Ketiga-tiga syarikat penerbitan ini adalah antara pengeluar buku-buku yang aku cari.  Kebanyakan buku yang dikeluarkan dari syarikat-syarikat ini memang disukai ramai macam susu pekat manis F&N.


Al-Hamra, begitulah nama kedai buku bertuah yang dapat liputan dalam blog kesayanganku ini.  Sesuai dengan namanya, papan tandanya pun berwarna merah hati.  Mungkin tempat ini akan menjadi sebab untuk aku selalu pergi ke Bandar Seri Putra yang sepelaung je dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


Pertama kali masuk pun aku sudah bertapa hampir sejam.  Oleh kerana duit banyak sudah digunakan sempena Aidilfitri, maka aku hanya dapat belikan buku raya untuk diriku yang murah sahaja, Mendidik Anak Senang Solat (untuk mendidik diri aku juga sebenarnya) berharga RM10 dan Al-Mathurat Sughra yang sangat comel lebih kecil dari tapak tanganku yang memang kecil (tak padan dengan saiz badan) berharga RM1.  Oleh kerana ada diskaun 10% (lagi sebab untuk aku lepak sini lagi), RM9.90 menjadi duit raya tokey Muslim itu.


Ada banyak juga novel-novel islami popular dan novel-novel remaja tua.  Dalam hati aku tak habis-habis mengingatkan duit dalam beg tangan adalah untuk bayar sewa, bil dan hutang bulanan.  "Sabor..sabor.. beli gaji bulan depan.. gaji awal dapat sebelum raya tu consider habis dah tu...", kata hatiku.


Tapi mulut aku ringan betul bertanya (badan berat pulak), "saya cari novel Aku, Dia dan Coklat.. pengarang Lily Haslina Nasir, PTS punya."


Tokey tu seperti terkesima seraya berkata, "saya rasa saya ada pegang buku tu."


Aku rasa macam mata aku bersinar-sinar tetapi berubah jadi malap bila tokey kata, "tapi rasanya dah ada orang beli."  Apakah itu strategi beliau untuk meningkatkan sales?  Aku tidak rasa begitu pula bila melihatkan begitu banyak buku-buku terbitan PTS di situ.  Tokey ni pun nampak jujur.  Orangnya kurus-kurus.  Masa aku belajar PSIKOLOGI 101 dulu orang badan kurus secara cliche dikatakan jujur.  Oleh kerana itu, aku tanpa banyak soal menulis nama dan nombor telefon bila diminta.


Esoknya (semalam) aku dapat sms mengatakan Aku, Dia dan Coklat sudah berada di Al-Hamra.  Petang semalam juga aku ambil si coklat.  Memang lazat berkrim, tapi aku simpan dulu sebab ada coklat lain aku kena habiskan dulu.  Tokey pun bermurah hati beri lagi aku diskaun, moga-moga murahlah rezeki tokey.


Aku berharap kutub khanah ni maju dan berjaya, bolehlah aku melepak di situ lagi.  Senang sikit aku nak carik buku idaman seMalaya.  Kalau susah nak carik bolehlah mintak tolong tokey lagi, untung sabut aku dapat diskaun lagi dan lagi...


Kalau tokey sediakan kerusi (sofa lagi bagus) pun okay juga.  Saya penatlah berdiri masa nak telek buku, nak mencangkung lenguh pula maklumlah, banyak makan biskut raya.






Saturday, August 29, 2009

Siakap Kukus Resepi Baru Sdn Bhd

3 comments
Semalam berbuka puasa aku masak siakap kukus.  Bila puasa macam-macamlah kita teringin hendak makan.  Maka, aku pun merekalah satu resepi yang aku rasakan resepi terbaru dari Aku Perasan Sedap Sdn Bhd.  Aku tidak merujuk kepada mana-mana resepi, jadi aku yakin itu resepi aku.

Senang sahaja resepinya.  Aku potong lobak panjang seinci dan bunga kubis yang kupetik dari taman pasar malam.  Sayuran itu direndam dalam air garam.  Sementara garam itu membunuh segala ulat-ulat yang tidak kelihatan, aku kerjakan si ikan siakap.

Ikan siakap yang sudah dibasuh dengan air asam itu, aku lumur cukup-cukup dengan garam.  Lepas itu, aku picitkan limau nipis aku sapu-sapu pada badan ikan yang tersayang.  Tidak lupa setengah kiub perisa tomyam aku hancurkan dan ratakan pada badan dan perut ikan. Ahaaa.. inilah yang menjadi kunci resepi baru aku sebab sebelum ini aku tidak pernah guna kiub tomyam.  Aku sudah dapat membayangkan rasanya pasti ala-ala tomyam, ada pedas-pedas dan masam-masam.  Tidak lupa kuhiriskan halia, serai dan cili padi.  Separuh aku sumbat dalam perut siakap, dan separuh lagi kutaburi sahaja.

Aku ambil pula sayur dan membasuhnya lagi.  Kugaulkan garam pada sayur itu supaya senang aku hendak mengagak adakah kandungan garam bersesuaian dengan kuantiti sayur.  Kusumbatkan lobak dan bunga kubis itu sedikit dalam perut ikan, dan selebihnya aku taburkan di dalam loyang itu.  Aku tabur  lagi sedikit garam ke dalam loyang sebelum memerah lagi sedikit limau nipis.  Kemudian, aku kukus siakap itu sehingga setengah jam.

Hidangan siakap kukus itu ditemani oleh telur dadar dengan hirisan tomato dan kacang panjang goreng belacan.  Sungguh berselera rasanya aku menikmati juadah itu.  Aku yakin aku pasti dapat markah lebih.  Selesai menjamu selera, kutanyakan Abangku markahnya.  Adake patut dia hanya bagi aku 7 markah.  Bila aku minta tinggikan lagi dia bagi 7 setengah markah.  Nampaknya kena ada juga masakan pedas dalam erti kata pedas yang sebenar baru aku boleh dapat sekurang-kurangnya 8 markah. 

Resepi mana pula yang pedas tetapi tidak membocorkan perut Abangku?  Aku rasa mungkin sambal yang warnanya mestilah merah.  Lain kali aku cuba lagi.

Thursday, March 19, 2009

Hidup Dalam Kejahilan

0 comments
Yup.. aku sedang hidup dalam kejahilan. Jahil Oracle.. jahil JSP. Selepas masuk ke tempat baru ni, aku dah set learning path aku yang baru. Aku mesti belajar slowly but surely. Pinjam buku di perpustakaan kolej, buka tutorial online atau apa-apa saja.

Banyak betul kena set up balik, environment, kawan-kawan, cara kerja hatta di tempat baru aku harus mendisiplinkan diri lebih dari biasa hehe.. Segala-gala terminologi yang digunakan kat sini kenala aku biasakan. Segala short term long term heh..

Ok.. sampai sini ada masa update lagi. Hopefully, by the time aku update lagi nanti, aku dah tak jahil Oracle. Seksa sungguh hidup dalam kejahilan.

Monday, March 02, 2009

Azzura

0 comments
That's her name. She's black but sexy. Oh, please don't think that she's wearing transparent lingerie, it's too luxurious for us to get that. Her necklace suits with our bright green wall. I know she's going to be our sweet heart, hopefully for a longer period of time.

She's legal, she's got her passport from M$ today. We are just too noob to have an illegal one so we pay RM300 for the passport. That made us wait for almost 3 hours to get everything done. It's not a problem since we had other things to do within that time. Besides, I like her to come with package. If we don't get the passport, I have to do more research on how to get the illegal passport, and I just hate doing it. The guys at the store don't want to get caught just because of this little black sexy thing. Why don't I use Linux? I wish I could Linux just like I Windows. Unfortunately, it's about compatibility, accesibility and happy family matters.
So, I just grab my savings and walla... here I am at 2.30am blogging about her. Luckily, Abangku is very supportive and he decided to chip in. I know he misses Harakah Daily so badly :D, so we must have Azzura ASAP.

How about the old Putih? Well, we manage to save his heart and donate it to Azzura. So Azzura has two hearts. Putih's remain will be very useful to somebody else and I hope he will do his job tremendously.

Oh.. I'm very sleepy.. but I need Azzura to wear the free AVG first.. :O

Wednesday, February 25, 2009

Klinik Kerajaan Yang Ironik

0 comments
Semalam aku pergi ke PPUM untuk buat medical check up untuk masuk ke tempat kerja baru. Apabila tiba giliranku di kaunter penyaringan, aku pun memberitahu hasratku itu. Aku agak terkejut bila diberitahu hospital itu tidak menjalankan medical check up, sebaliknya hanya klinik kesihatan kerajaan dan swasta sahaja yang ada. Mujurlah staf di kaunter tersebut memberikan senyuman manis menarik hati, maka aku pun oklah. Dia turut memberitahu Klinik Kesihatan di Kelana Jaya ada menyediakan perkhidmatan tersebut.

Aku terus pergi ke Klinik Kesihatan di Taman Medan dengan harapan untuk mencuba di klinik yang terdekat dengan rumahku dahulu. Sampai di sana, aku diberitahu pula mereka tidak melakukan ujian dadah. Mereka memberitahu bahawa ujian dadah mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu kerana mereka mesti menghantar sampel ke hospital untuk analisis. Itu aku faham.

Tetapi yang aku tak faham, seorang staf di situ memberi alternatif agar aku membuat ujian dadah di klinik swasta dan membuat medical check up yang lain di klinik kerajaan itu. Katanya, buat masa ini hospital tidak menjalankan ujian dadah tersebut. Dalam masa yang sama, dia turut berkata bahawa sekiranya aku membuat medical check up keseluruhannya di klinik swasta, cop dan tandatangan doktor klinik swasta itu tak laku. Senang cerita tak diiktiraf. Habis tu, kenapa aku disuruh menjalani ujian dadah di klinik swasta pula, kenapa klinik kerajaan tidak mahu mengambi sampel air kencing atau darah dan dibawa ke hospital untuk ujian dadah tersebut? Ironik, bukan? Katanya ujian di klinik swasta tak diiktiraf, tetapi untuk ujian dadah boleh ada pengecualian?

Aku bukan apa, aku pergi ke klinik kerajaan itu tujuannya untuk berjimatlah, di mana sekiranya aku terus membuat medical check up keseluruhannya di klinik swasta kosnya RM100. Kalau aku menjalani ujian dadah di klinik swasta aku perlu membayar rm30 (maksimum) dan RM20 untuk medical check up di klinik kerajaan. Jadi jumlahnya hanya RM50.

Aku mencuba nasib pula di klinik kerajaan di Kelana Jaya. Jawapan yang sama turut diberikan iaitu ujian dadah perlu dilakukan di klinik luar. Hatiku berbelah bahagi, adakah benar medical check up klinik swasta tidak diiktiraf? Aku terus menelefon bakal tempat kerja baru dan merasa lega bila diberitahu mereka menerima hasil pemeriksaan dari mana-mana klinik.

Aku terus ke klinik swasta berdekatan rumahku dan menjalani medical check up di situ. Senang sungguh prosesnya, orang kata berbaloi lah membayar RM100 itu. Cuma aku terkilan, apalah yang boleh aku harapkan pada perkhidmatan kerajaan. Aku mungkin mampu untuk membayar RM100 atau RM50 untuk medical check up. Bagaimana dengan orang lain? Ramai orang pergi ke klinik kerajaan kerana kos yang sepatutnya murah, tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku juga tertanya-tanya, bagaimana orang boleh hanya mengiktiraf medical check up dari klinik atau hospital kerajaan semata-mata, sedangkan hakikatnya rakyat biasa ini disuruh pula melakukan sebahagian pemeriksaan (dalam kes ini ujian dadah) di klinik swasta? Ironik.. memang ironik.
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates