Friday, December 23, 2005
Dilemma Seorang Ibu
Anak aku si Yana pada waktu ini seorang yang garang. Aku cakap pada waktu ini sebab aku nak dia berubah satu hari nanti, kata-kata tu kan doa, tambah-tambah pulak dari seorang ibu. Aku risau jugak, nanti orang tak suka dia ke, kawan-kawan lari ke, mak bapak budak-budak nursery yang lain marah dia ke...
Sesiapa yang menghalang perjalanan dia atau membuatkan dia tersungkur ke, memang akan dikerjakannya. Tak kirala tarik rambut ke, sepuk ke, cubit ke, gigit ke, lempang muka ke (serius aku terkejut gila aku nampak dia lempang ada sorang budak yg ngendeng2 kat aku time aku sampai depan pintu nursery). Tak kirala orang tu lagi tua atau lagi besar dari dia, takde pilih jantina semua kena. Dia tak bagi orang rapat dekat ibu dia.. sense of belonging hehe..
Anyway, satu yg terbaru dia dah buat sampai aku pun naik seriau. Dia gigit pipi sorang budak pompuan ni sampai lebam kedua-dua pipi budak tu. Aku tengok pun kesian. Aku takut sangat mak budak tu marah, tapi menurut makcik nursery, mak budak tu tak marah, biasala budak2 katanya. Tetapi, aku tetap rasa bersalah. Aku tak dapat pulak jumpa mak budak tu. Sebagai alternative, kitorang belikan buah apple pasar malam untuk budak tu.. alang2 tu kitorang bagi sekali budak2 lain. Sekarang ni budak tu dah ok, dan bebaru ni aku ada bertembung ngan mak budak tu masa dia nak ambik anak dia. Aku minta maaf sangat2 kat dia, dia tak marah pun kewl je, takpe... budak2 katenya.
Aku terasa amat bersalah kerana sekiranya aku berada di tempat dia, aku mesti bengang tak banyak sikit mesti ada. Maybe aku tak bengang ngan anak orang yang gigit, aku mungkin akan salahkan makcik nursery...

Wednesday, December 21, 2005
I just love pizza
A friend of mine just pasted to my homeMessenger chat box a link to a Pizza Personality Test. Well..well I just love pizza, with lots lots lots of cheese.
Pepperoni Pizza |
Robust and dominant. When you go for something, you go full force. You tend to take control of situations easily. And in return, you get a ton of respect. |
Saturday, November 12, 2005
tumpah kasih
terdahulu di sebuah hati
kasih tak pernah tumpah
kolam hati itu jernih
riaknya adalah riang
menyiram jiwa
dulu di sebuah hati
kasih pernah tumpah
pada satu jiwa lain
taman hati itu berbunga
mekar..segar..indah
pantai hati itu bergelora
dipukul ombak kasih
irama hati itu berlagu
gemersik..mesra..asyik
pintu hati itu terkatup
rapat..terkunci..kukuh
hanya pada jiwa itu
kasih tertumpah
kini di sebuah hati
kolamnya berkocak
berlumpur..keruh
tamannya berbunga layu
pantainya berombak sepi
iramanya sayu..pilu
pintunya tak terbuka lagi
untuk jiwa yg pernah padanya
kasih tertumpah
terkini di sebuah hati
rahmat Ilahi disyukuri
erti hidup difahami
jiwa tenang..riang
namun
jauh di lubuk hati itu
takkan dibiarkan lagi
airmata tertumpah
untuk jiwa lain yg bukan berhak
meneguk kasih yg dicurah
November 13, 1999
pullman, WA
Aku dokla mencarik gambor yang aku pernah lukis pakai Microsoft Paint masa dulu-dulu. Secara tiba-tiba aku terjumpa balik sajak yang aku pernah tulis di kala muda-muda. Di kala aku tengah frust.. oohh tidakk.. sajak di kala aku hampir recover from the frustration. Dan seingat aku lagu yang sering bermain di fikiranku di kala itu, kalau tak "I Will Survive" (Cake), tentu lagu Cher tah ape tajuk aku pun tak ingat dah hehe...
Tuesday, September 27, 2005
Mari Membolingkan diri
Tomorrow (28/9/2005) I will make a comeback.. hopefully a glorious one muahahaha... Aku akan membolingkan diriku semula. Ini semua bidan terjun punya halla, dah takde org nak main boling utk kampeni ni, terpaksala aku menerjunkan diriku :P. Sebenarnya memang aku teringin nak main semula, cuma aku takut je dengan sakit pinggang aku yang tak seberapa ni.
Oleh kerana taknak malukan kaum, Ahad lepas aku cuba-cuba jugakla melontar, test power :D. First game 120, 2nd game 96 jaaa.. adus teruknya. Step ingat lagi, cuma tips2 untuk target tu kureng skit. Aku main kat Summit USJ. Taktaula lane kat situ memang tak bagi aku hook ke, bola aku straight je dari pangkal sampaila ke hujung. Adala jugak beberapa strike, tapi macam tak sengaja pun iye jugak.
Aku taktaula ada bape pompuan main nanti, tapi dari opis aku ni ada 4. Branch lain tah bape taktau. Hadiah macam best jugak nak direbut. Mug kampeni, towel, dan paling mengujakan vacuum walaupun kat umah aku dah ada sebijik. The most important is.. to gain back my pride kah kah kah... sungguh poyo. Nenek Kebayan is coming back .. jaga jaga.. silap haribulan bersih longkang kat lane tu :P.
Oleh sebab aku sedikit paranoid nak main, so aku pun search la sikit-sikit tips kat internet. Ni lah antara website aku jumpa :
Bowling Resource Portal - ni ada banyak links ke bowling tips.
Bowling advice - Tips yang paling aku carik cite pasal target pin ngan board and dots.
Bowling Terminology - from bowling study guide
Anchor - the person who bowls last on a team.
Double - two strikes in a row.
Gutter ball - a ball that drops into either gutter.
Handicap - a bonus score or score adjustment awarded to an individual or team based on averages.
Head pin - the number one pin
Leave - pin or pins left standing after a throw.
Line - a completed game as recorded on the score sheet.
Open frame - a frame in which no strike or spare was recorded. At least one pin remained standing.
Sleeper - a pin hidden from view.
Spare - all pins knocked down on two balls.
Strike - all pins are knocked down on the first ball.
Striking out - getting three strikes in the last frame.
Turkey - three strikes in a row.

Wednesday, September 21, 2005
Setelah sekian lama
Setelah sekian lama aku tak menulis kat sini, arini aku mulakan balik aktiviti aku hik hik... Tu pun setelah bebudak opis dan kengkawan aku memblogkan diri mereka, maka aku pun turut teruja. NI seme Azhaezah, Da, Bazet ngan Cekzon punya pasalla ni.. hi hi hi...
Hmm.. harini aku dapat 2 email best jugak. Meh aku tepek sini. Aku dah tepek kat forum kampeni aku so aku copy dari situ je lah. Tu yg ada **** tu censored la tu...
Nilai RM5
Jalan di situ berlopak-lopak besar terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.
Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.
Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan ****, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.
Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.
Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.
Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!
Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.
"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."
Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!
" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"
Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut.Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.
Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, ****! Aku mengalihkan mata ke pantai.
Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!
" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.
Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.
"Kenapa ni? Gila?!"
" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."
Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.
Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.
Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..
Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..
Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.
" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .
Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.
Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.
Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.
" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang.
Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua **** yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."
Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.
" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."
Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.
Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.
Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
renungkan
Life Before Technology

An application - was for employment.
A program - was a TV show.
A cursor - used profanity.
A keyboard - was a piano!
Memory - was something that you lost with age.
A CD - was a bank account!
And if you had a broken disk, It would hurt when you found out!
Compress was something you did to garbage, Not something you did to a file!
If you unzipped anything in public you'd be in jail for a while!
Log on - was adding wood to a fire.
Hard drive - was a long trip on the road.
A mouse pad - was where a mouse lived.
Cut - you did with a pocket knife.
Paste - you did with glue.
A web was a spider's home.
And a virus was the flu!
Ni aku tambah.. Mailbox - red box attached to your gate, where the postman put the letters in. (err... betul ke ayat aku ni?)
Subscribe to:
Posts (Atom)