Anak aku si Yana pada waktu ini seorang yang garang. Aku cakap pada waktu ini sebab aku nak dia berubah satu hari nanti, kata-kata tu kan doa, tambah-tambah pulak dari seorang ibu. Aku risau jugak, nanti orang tak suka dia ke, kawan-kawan lari ke, mak bapak budak-budak nursery yang lain marah dia ke...
Sesiapa yang menghalang perjalanan dia atau membuatkan dia tersungkur ke, memang akan dikerjakannya. Tak kirala tarik rambut ke, sepuk ke, cubit ke, gigit ke, lempang muka ke (serius aku terkejut gila aku nampak dia lempang ada sorang budak yg ngendeng2 kat aku time aku sampai depan pintu nursery). Tak kirala orang tu lagi tua atau lagi besar dari dia, takde pilih jantina semua kena. Dia tak bagi orang rapat dekat ibu dia.. sense of belonging hehe..
Anyway, satu yg terbaru dia dah buat sampai aku pun naik seriau. Dia gigit pipi sorang budak pompuan ni sampai lebam kedua-dua pipi budak tu. Aku tengok pun kesian. Aku takut sangat mak budak tu marah, tapi menurut makcik nursery, mak budak tu tak marah, biasala budak2 katanya. Tetapi, aku tetap rasa bersalah. Aku tak dapat pulak jumpa mak budak tu. Sebagai alternative, kitorang belikan buah apple pasar malam untuk budak tu.. alang2 tu kitorang bagi sekali budak2 lain. Sekarang ni budak tu dah ok, dan bebaru ni aku ada bertembung ngan mak budak tu masa dia nak ambik anak dia. Aku minta maaf sangat2 kat dia, dia tak marah pun kewl je, takpe... budak2 katenya.
Aku terasa amat bersalah kerana sekiranya aku berada di tempat dia, aku mesti bengang tak banyak sikit mesti ada. Maybe aku tak bengang ngan anak orang yang gigit, aku mungkin akan salahkan makcik nursery...
Refund dari AAX
2 years ago
1 comments on "Dilemma Seorang Ibu"
lama tak update blog rin,,aku dah buka blog citer fasal anak2 aku..ade mase silala menyinggah..amacam bes tak honeymoon ngan cik abg masa Yana tak dok? *ajin*
Post a Comment