Friday, June 09, 2006

Cerita Genting


Macam dah basi tapi aku suka nak tulis jugak. Aku pergi Genting haritu naik bas dari KL Sentral, ambik package bas pergi balik, Genting Skyway (cable car) dan Outdoor Theme Park. Kenala RM39 seorang, kalau weekdays RM31 je. Wah wah dah naik, dulu-dulu RM20++ je.

Masa nak beli tiket punyala beratur panjang. Maklumla masa kami sampai ke KL Sentral pun dah pukul 8am lebih. Bila sampai giliran kami, kami pun bagitau yang kami nak beli tiket dengan package. Tiba-tiba dia tanya nak balik pukul berapa sebab dia nak print dekat tiket. Aku peliklah setau aku boleh balik bila-bila, berdasarkan diskusi aku dengan seorang teman yang pernah ke sana ... err.. kira-kira 3 tahun lepas haha.. Orang tu kata, cable car memang takde specific time sampai 11malam. Aku malas nak bertekak aku cakap aje nak balik pukul 6.30pm. Dia kata yang ada pukul 8.30pm je. Aku pun cuakla takkan pulak aku nak naik cable car malam-malam? Abangku suruh je ambil 8.30pm then naik aje cable car petang. Ikut pemahaman kami, kami boleh balik bila-bila masa dan 8.30pm tu hanyala untuk print purpose only (dah tadi orang kaunter tu kata untuk printing saje kan). Pastu tiba-tiba pula orang tu cakap kalau bas straight dari First World (puncak Genting) ada tapi start pukul 9pm.

Aku terus terfikir, kalau macam tu, buat apa aku naik cable car malam-malam (aku cuakk hahaha..).. baik aku terus ambil je bas tu. Aku terus cakap kat orang kaunter tu, aku nak balik pukul 9pm lah kalau camtu. Pastu orang tu macam bengang pulak dan suruh decide cepat-cepat. Aku tanyala pukul 9pm tu dari atas kan? Dia bukan nak jawap soalan aku, dia boleh tinggi suara pulak cakap orang ramai lagi beratur nak beli tiket. Aku tak puas hati betulla information tak cukup tapi nak marah orang pulak. Sudahla dekat kaunter tu tak cukup info, label RM39 setakat kata "Go Genting" takde pun tulis apa yang diorang masukkan dalam package tu. Diorang ingat semua orang masuk Internet ke nak check info. Kalau orang check pun (macam aku), info kat Internet kurang reliable, tak updated camna?

Masa aku menunggu waktu Maghrib di Genting, aku sempat berborak dengan sorang adik ni. Dia kata bas dia pukul 9pm dari First World Plaza, dan naik dari situ je. Masa dia nak beli tiket tu dia tak faham sebab dia ingat kena naik cable car bila balik. Tapi orang kat kaunter tu bagitau tak payah naik cable car. Banyak kali dia tanya sampai orang tu pun sound sepertimana dia sound aku pasal masih ramai orang lain beratur nak beli tiket. Tapi adik ni tetap bertegas untuk dapatkan info terang-terang supaya dia tak confused, sebab dia fikir dia yang nak naik bas tu dan dia berhak untuk dapatkan maklumat.

Selepas Maghrib, tak sempat dinner, aku dan Abangku terpaksa lekas-lekas berjalan ke cable car station untuk turun mengejar bas pukul 8.30pm. Kami terkejut kerana begitu ramai manusia beratur dan tanpa apa-apa syak kami turut menjadi sebahagian daripada mereka. Sudah 8.20pm dan kami masih berbaris, kami fikir kalau terlepas bas pukul 8.30pm takpelah, naik aje bas lain. Rupanya kami tersilap, 8.30pm adalah bas yang terakhir. Itupun kami sedar setelah turun cable car dan lift, tiba-tiba ada seorang lelaki bertanya kami ke mana. Terduduk kami tatkala mendengar bas yang akhir dah bertolak. Terpaksala kami menerima offer lelaki tu naik prebet sapu dengan bayaran RM60 ke Stesen LRT Gombak. Kalau ke KL Sentral dia ketuk sampai RM80.

Mungkin rezeki drebar prebet sapu yang Tuhan turunkan melalui aku atau mungkin juga RM60 adalah harga yang harus aku bayar untuk satu pengajaran bahawa sebagai seorang pelanggan aku berhak mendapat maklumat yang penuh. Atau mungkin juga ia adalah balasan untuk aku yang tidak mendengar kata Abangku yang nak bawak kereta sedari awal..



0 comments on "Cerita Genting"

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates