Tuesday, May 30, 2006

Sepi Itu Indah 1

8 comments
Weekend aku balik kampung walaupun hari Sabtu aku terpaksa bekerja. Ada kenduri arwah Abahku, kakak-kakak aku semua nak masak, so kali ni tak pakai catering. Aku balik dengan Yana dan adikku si Anim. Kali ni Abangku dah setuju untuk meminjamkan Yana pada Mak aku. Alang-alang adik aku si Eta tengah cuti tu, boleh jugak dia tolong tengok-tengokkan Yana kalau Mak sibuk.

Masa beberapa hari sebelum aku balik kampung, aku dan Abangku pasti termenung dan tersenyum sesama sendiri setiap kali Yana menyanyi, menari atau pun membuat aktiviti-aktiviti dan aksi-aksi comelnya. Dan untuk beberapa hari itu, aku terasa begitu menghargai setiap minit aku bersama Yana. Maklumlah nak berpisah seminggu. Begitu ironik sekali bila memikirkan bagaimana aku kurang menghargai masa bersamanya selama ini, tetapi bila masa untuk berpisah semakin hampir aku barulah terhegeh-hegeh menikmatinya? Bagaimana pula sekiranya segala masa berharga yang dipinjamkan tersebut ditarik olehNya secara tiba-tiba? Bila Yana meragam atau tantrum aku tension, tetapi bila masa yang ada itu terhad, barulah aku terkedek-kedek menyimpan segala memori itu? But, I really need a break hehe.. walaupun tujuan sebenar aku meninggalkan Yana di kampung semata-mata kerana permintaan berzaman Mak aku.

Dari waktu aku tinggalkan Yana sehingga kini, aku adala rasa rindu jugak pada aksi-aksi lincahnya. Rasa janggal pun ada sebab dah biasa sepanjang hampir 2 tahun ni ada yang menempel kat aku setiap kali aku berada kat rumah. Tetapi bagi aku, setiap kali aku teringat dia dan menelefon kampung untuk mengetahui perkembangannya, aku lebih kepada curious dan atas dasar tanggungjawab aku sebagai ibu.. make sure dia dah diberi ubat, dan dia tak menyusahkan neneknya. Setakat ni, Alhamdulillah Yana takde masalah. Even dia boleh memanggil "IBU" lepas tu dia lepaskan gagang untuk sambung bermain dengan sepupu-sepupunya. Senangnya jaga Yana, kata Mak aku. Kenapa dia meragam dengan aku? Ikut rasa emosi, tentu seorang ibu tu akan terasa seolah-olah si anak tak suka kepadanya. Tapi, aku mengambil semua ini secara positif, dan tentulah Yana tau akulah satu-satunya tempat dia bermanja dan mengada-ngada.

Apa agaknya yang aku buat bila Yana takde? Bagi aku, aku mesti menggunakan masa yang ada ni sepenuhnya. I will never quit from a job as a mother, but I really need a break and have my own time and space and doing the things that I wanted to do for a long time before. Bunyi macam orang yang mementingkan diri, tapi apekan daya aku pun manusia biasa hehe.. itu bukan bermakna aku tak sayang anak kan?

Friday, May 26, 2006

Perkahwinan Misyar - Bacaan

0 comments
Berikut adalah beberapa link yang boleh dirujuk mengenai perkahwinan misyar.

1. Nikah misyar kurangkan jumlah anak dara tua
2. Nikah misyar - satu pandangan

Aku masih belum dapat jawapan tentang nafkah untuk anak perkahwinan misyar ni. Anyway, aku dah dapat tau, isu ni bukanla isu besar sangat yang perlu dipanjangkan lagi. Boleh la baca kat Rencana Utusan ni.. point2 yang bagus.

“Kahwin misyar isu remeh-temeh”

Oh.. betapa jahilnya aku.

Perkahwinan Misyar?

0 comments

Cincin kawin

Hari ini sewaktu membuka Utusan Online, aku baru tau ada isu perkahwinan misyar. Ada member dah kutuk aku sebab taktau pasal isu ni, padahal semalam di merata-rata forum dah heboh orang memperkatakan mengenainya. Manakutauuuuuuuu...!??? :D

Sekali dengar macam Misha Omar pulak. Apa menda perkahwinan misyar ni? Setelah kubaca perenggan demi perenggan, perkahwinan misyar adalah perkahwinan di mana si suami tidak perlu memberikan nafkah zahir seperti wang dan pakaian contohnya, tetapi cukup dengan sekadar memberi nafkah batin. Nafkah batin bukan hanya dari segi seksual, tetapi merangkumi keperluan spiritual dan psikologi isteri seperti memberi didikan agama, menjadi teman karib, mendengar dan bersama-sama menyelesaikan masalah, menjadi tempat bermanja dan perkara-perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang suami. Apa hukum perkahwinan misyar ini? Perkahwinan ni takdela melanggar hukum syarak asalkan ada persetujuan antara lelaki dan perempuan yang terbabit.

Masa memula baca suami tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir, aku rasa macam tak patut aje. Bukanke memang tanggungjawab suami memberi nafkah? Tetapi setelah aku telusuri bagaimana perkahwinan ini mampu mengurangkan kadar andartu serta membolehkan anak-anak yang tiada kasih sayang seorang bapa memperolehinya, aku kira ada baiknya juga perkahwinan ni. Perkahwinan ni pun dah banyak dilakukan di negara-negara luar, jadi bagi aku, terpulang pada individu terbabit samada nak atau tak je.

Sekiranya seorang andartu atau ibu tunggal itu seorang yang tinggi statusnya serta banyak harta tetapi hanya memerlukan kasih sayang seorang lelaki bergelar suami semata-mata, aku rasa takde salahnya kalau mereka ni nak meneruskan niat mereka. Pada pandangan aku, kat Malaysia ni dah tentu ada orang dah buat, cuma istilah perkahwinan misyar ni takdela popular. Asalkan hati senang gumbira dan tak melanggar peraturan agama tak sepatutnya ada masalah.

Cuma apa yang ditakuti dan dibimbangkan, wanita yang terlibat akan menjadi mangsa sekiranya mendapat seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan bertimbangrasa seperti sewenang-wenangnya menggunakan kesenangan isteri dan memeras pendapatannya untuk kepentingan diri. Suami seperti ini langsung takde "mawaddah wa rahmah" iaitu perasaan kasih dan kasihan terhadap isteri dan ketiadaan sifat-sifat inilah yang akan meruntuhkan sebuah rumahtangga, tak kiralah perkahwinan misyar ataupun perkahwinan biasa.. (aku sendiri taktau istilah perkahwinanku ini.. aku tau kahwinla)..

Sebenarnya ada beberapa persoalan dalam kepala aku mengenai perkahwinan misyar ni. Maybe aku boleh buat research skit, pastu bila dapat aku post la kat sini kan. Antaranya adakah perkahwinan misyar ni sama dengan perkahwinan muta'ah? Setau aku muta'ah (kontrak) diharamkan. Kalau misyar dibenarkan, tentula dia berlainan dengan muta'ah. Sekiranya pasangan itu mendapat anak, adakah suami itu wajib memberi nafkah untuk anaknya, sedangkan dia tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir kepada isterinya sendiri? Bila aku dapat jawapan Insya-Allah bolehlah dikongsi bersama.


Thursday, May 25, 2006

Api Naik! Api Naik!

1 comments
Datuk Seri Lim Keng Yaik
Malam tadi semasa menonton Buletin Utama, sesuatu yang telah diduga selepas setiap pilihanraya telah berlaku. Warga Malaysia dipaksa untuk menerima kenaikan tarif letrik sebanyak 12%. Terpaksa dalam rela la kami menerimanya. Pada mulanya Menteri Air, Tenaga dan

Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik mencadangkan kenaikan adalah sebanyak 20%, tetapi setelah mempertimbangkan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, kerajaan memutuskan untuk menaikkan 12% sahaja.

Kenaikan ini tidak memberi impak bagi yang menggunakan 200kilowatt sejam yang nilainya adalah kurang daripada RM43.60. Kadar bagi pengguna ini ialah 21.8sen bagi setiap kWj. Maknanya, kadar baru ialah 24.42sen selepas kenaikan 12%. Menurut sumber berita dari Utusan dan Berita Harian, bagi isi rumah yang menggunakan antara 201kWj dan 300kWj, mereka hanya akan mendapati peningkatan bil adalah dari 3sen hingga RM3.10 sahaja.

Ada persoalan dalam kepala aku. Bagi yang menggunakan elektrik melebihi 200kWj, bagaimanakah cara pengiraan bil boleh dilakukan? Terdapat 2 cara.

Mula-mula kita kena tau dulu bayaran asal sebelum kenaikan bagi penggunaan 300kWj:
Jumlah bayaran = 300kWj x 21.8sen = RM65.40

Cara Pertama - kenaikan selaras
Jumlah bayaran = 300kWj x 24.42sen = RM73.26
Kenaikan = RM73.26 - RM65.40 = RM7.86
Kenaikan melebihi RM3.10.. so tipu la!

Cara Kedua - kenaikan dikira bermula dari 201kWj
Jumlah bayaran = (200kWj x 21.8sen) + (100kWj x 24.42sen) = RM68.02
Kenaikan = RM68.02 - RM65.40 = RM2.62
Kenaikan tidak melebihi RM3.10... so yang ni betul.

Jadi, lepas ni kalau bil sampai kenala kira macam akak kira ni ye adik-adik :)

Wednesday, May 24, 2006

Dari E-mel ke Blog

0 comments

Dear Blogger.com,

Please send this e-mail to my blog and publish it. Your co-operations are much appreciated.

Thank you.

Yours Sincerely,
Me

---------------------------------------------------
Sign Up for free Email at http://ureg.home.net.my/
---------------------------------------------------

Retak Seribu

3 comments
Semalam masa aku drive on the way balik umah dari tempat kerja.. cermin ketaku tetiba je pecah. Menjerit aku.. tapi nasib baik aku bleh kontrol stereng lagi .. brake sket... pastu aku stop ke tepi kat bus stop.. dedekat simpang ke kawasan perumahan aku. Mcm kena baling batu .. mcm kena tembak pun ada... nak kata batu sangat mustahil sbb depan aku kete biasa.. bukanla lori bawak batu atau pasir.

Menggeletar aku.. terus call Abangku. Abangku suruh pi bengkel dekat-dekat situ. Aku takut nak jalan..takut cermin tu roboh atas aku.. siap ada bunyi lerik2 lagi dia meretak lagi banyak. Aku tanya Abangku nak bukak tingkap ke tak ke .. tah macam2 soklan aku tanya sebab aku takut sangat cermin tu hempap aku. Tu pun ada serpihan dia terlekat kat jari aku..tapi halus je la tak berdarah pun, rasa sakit sikit je. Abangku suruh pakai sunglasses (nasib baikle aku ada spek itam yg tak penah aku guna pun utk drive dlm keto).. jalan slow-slow ke bengkel. Aku tak pasang hazard pun takut org confused tapi Abangku kata sepatutnya aku pasang hazard haha.. hmm..

Sampai je bengkel taukeh tu terkejut tengok. Aku kata dia pecah sendiri.. taukeh tu kata maybe kena batu. Aku cakap tak mungkin la. Ingatkan sempat siap semalam jugak, rupanya dorang nak tutup pukul 7, masa tu pukul 6 dah. Dia suruh ambik kereta harini. Aku call Abangku.. kitorang dah takde pilihan.. nak carik bengkel lain memang aku tak berani la ngan cermin tu makin bising bunyi lerik2 dia. Mmg tak nampak jalan punya.. Taukeh kata, kena charge RM300++ kira okla tu kot.

Nasib baik Abangku shift pagi semalam, so dia dah nak balik pun time tu. Aku lak malas nak tunggu dia kat bengkel..aku menapak ke nursery.. adala 15min jalan kaki. Malam tadi Abangku pergi balai polis wat report sebab road tax koyak jugak. Dia nak beli makanan pasar malam lepas wat report.. aku tunggu sampai pukul 10 takde gak balik2.. naik risau plak. Aku call pun tak angkat..aku syak atas motor la. Dlm 10.30pm baru balik.. rupaenya dia kata gile lama wat report sbb skang report semua kena buat sendiri.. taip kat komputer. Report dahla kena wat 2 kali sebab yg 1st tu dia tak tulis road tax koyak. Tu pun polis tu suruh dia pegi balai polis Sg Buloh sebab pegawai yg bertugas uruskan pasal ni kat sana. Takkan nak gi sana lak jauh tu.. try2 call nasib baik takyah gi.. pegawai tu dengar cerite je, dia kata kira settle la arini amik salinan report untuk bawak pi JPJ. Udahle polis PJ salah bagi nombor Balai Sg Buloh.. takde dlm perkhidmatan. Polis pun pelik apsal lak tak dpt.. skali tanya operator nombol salah ceh.. aperaaaaa...

Memula tak sangka lak kena wat report .. tu pun abang ipar yg suruh wat report..sebab dia ejen insurans Takaful kitorang.. barule tau. Tapi ye la.. melibatkan road tax, memang kenala kan.

Ngeri lak aku semlm.. aku bygkan cermin pecah secara beretika ni pun aku dah kena serpihan.. kalau eksiden dengan impak serta momentum perlanggaran tu.. apetah lagi. Allah telah menyelamatkan aku. Aku harus menyanyi lagu Raihan, Syukur ni.
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates