Hari ini sewaktu membuka Utusan Online, aku baru tau ada isu perkahwinan misyar. Ada member dah kutuk aku sebab taktau pasal isu ni, padahal semalam di merata-rata forum dah heboh orang memperkatakan mengenainya. Manakutauuuuuuuu...!??? :D
Sekali dengar macam Misha Omar pulak. Apa menda perkahwinan misyar ni? Setelah kubaca perenggan demi perenggan, perkahwinan misyar adalah perkahwinan di mana si suami tidak perlu memberikan nafkah zahir seperti wang dan pakaian contohnya, tetapi cukup dengan sekadar memberi nafkah batin. Nafkah batin bukan hanya dari segi seksual, tetapi merangkumi keperluan spiritual dan psikologi isteri seperti memberi didikan agama, menjadi teman karib, mendengar dan bersama-sama menyelesaikan masalah, menjadi tempat bermanja dan perkara-perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang suami. Apa hukum perkahwinan misyar ini? Perkahwinan ni takdela melanggar hukum syarak asalkan ada persetujuan antara lelaki dan perempuan yang terbabit.
Masa memula baca suami tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir, aku rasa macam tak patut aje. Bukanke memang tanggungjawab suami memberi nafkah? Tetapi setelah aku telusuri bagaimana perkahwinan ini mampu mengurangkan kadar andartu serta membolehkan anak-anak yang tiada kasih sayang seorang bapa memperolehinya, aku kira ada baiknya juga perkahwinan ni. Perkahwinan ni pun dah banyak dilakukan di negara-negara luar, jadi bagi aku, terpulang pada individu terbabit samada nak atau tak je.
Sekiranya seorang andartu atau ibu tunggal itu seorang yang tinggi statusnya serta banyak harta tetapi hanya memerlukan kasih sayang seorang lelaki bergelar suami semata-mata, aku rasa takde salahnya kalau mereka ni nak meneruskan niat mereka. Pada pandangan aku, kat Malaysia ni dah tentu ada orang dah buat, cuma istilah perkahwinan misyar ni takdela popular. Asalkan hati senang gumbira dan tak melanggar peraturan agama tak sepatutnya ada masalah.
Cuma apa yang ditakuti dan dibimbangkan, wanita yang terlibat akan menjadi mangsa sekiranya mendapat seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan bertimbangrasa seperti sewenang-wenangnya menggunakan kesenangan isteri dan memeras pendapatannya untuk kepentingan diri. Suami seperti ini langsung takde "mawaddah wa rahmah" iaitu perasaan kasih dan kasihan terhadap isteri dan ketiadaan sifat-sifat inilah yang akan meruntuhkan sebuah rumahtangga, tak kiralah perkahwinan misyar ataupun perkahwinan biasa.. (aku sendiri taktau istilah perkahwinanku ini.. aku tau kahwinla)..
Sebenarnya ada beberapa persoalan dalam kepala aku mengenai perkahwinan misyar ni. Maybe aku boleh buat research skit, pastu bila dapat aku post la kat sini kan. Antaranya adakah perkahwinan misyar ni sama dengan perkahwinan muta'ah? Setau aku muta'ah (kontrak) diharamkan. Kalau misyar dibenarkan, tentula dia berlainan dengan muta'ah. Sekiranya pasangan itu mendapat anak, adakah suami itu wajib memberi nafkah untuk anaknya, sedangkan dia tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir kepada isterinya sendiri? Bila aku dapat jawapan Insya-Allah bolehlah dikongsi bersama.
0 comments on "Perkahwinan Misyar?"
Post a Comment