Weekend aku balik kampung walaupun hari Sabtu aku terpaksa bekerja. Ada kenduri arwah Abahku, kakak-kakak aku semua nak masak, so kali ni tak pakai catering. Aku balik dengan Yana dan adikku si Anim. Kali ni Abangku dah setuju untuk meminjamkan Yana pada Mak aku. Alang-alang adik aku si Eta tengah cuti tu, boleh jugak dia tolong tengok-tengokkan Yana kalau Mak sibuk.
Masa beberapa hari sebelum aku balik kampung, aku dan Abangku pasti termenung dan tersenyum sesama sendiri setiap kali Yana menyanyi, menari atau pun membuat aktiviti-aktiviti dan aksi-aksi comelnya. Dan untuk beberapa hari itu, aku terasa begitu menghargai setiap minit aku bersama Yana. Maklumlah nak berpisah seminggu. Begitu ironik sekali bila memikirkan bagaimana aku kurang menghargai masa bersamanya selama ini, tetapi bila masa untuk berpisah semakin hampir aku barulah terhegeh-hegeh menikmatinya? Bagaimana pula sekiranya segala masa berharga yang dipinjamkan tersebut ditarik olehNya secara tiba-tiba? Bila Yana meragam atau tantrum aku tension, tetapi bila masa yang ada itu terhad, barulah aku terkedek-kedek menyimpan segala memori itu? But, I really need a break hehe.. walaupun tujuan sebenar aku meninggalkan Yana di kampung semata-mata kerana permintaan berzaman Mak aku.
Dari waktu aku tinggalkan Yana sehingga kini, aku adala rasa rindu jugak pada aksi-aksi lincahnya. Rasa janggal pun ada sebab dah biasa sepanjang hampir 2 tahun ni ada yang menempel kat aku setiap kali aku berada kat rumah. Tetapi bagi aku, setiap kali aku teringat dia dan menelefon kampung untuk mengetahui perkembangannya, aku lebih kepada curious dan atas dasar tanggungjawab aku sebagai ibu.. make sure dia dah diberi ubat, dan dia tak menyusahkan neneknya. Setakat ni, Alhamdulillah Yana takde masalah. Even dia boleh memanggil "IBU" lepas tu dia lepaskan gagang untuk sambung bermain dengan sepupu-sepupunya. Senangnya jaga Yana, kata Mak aku. Kenapa dia meragam dengan aku? Ikut rasa emosi, tentu seorang ibu tu akan terasa seolah-olah si anak tak suka kepadanya. Tapi, aku mengambil semua ini secara positif, dan tentulah Yana tau akulah satu-satunya tempat dia bermanja dan mengada-ngada.
Apa agaknya yang aku buat bila Yana takde? Bagi aku, aku mesti menggunakan masa yang ada ni sepenuhnya. I will never quit from a job as a mother, but I really need a break and have my own time and space and doing the things that I wanted to do for a long time before. Bunyi macam orang yang mementingkan diri, tapi apekan daya aku pun manusia biasa hehe.. itu bukan bermakna aku tak sayang anak kan?
Refund dari AAX
2 years ago
8 comments on "Sepi Itu Indah 1"
dah lama tak masuk sini..sejak jd fulltime housewife..baru baca 1st entry ..terkejut dgn statement 'arwah ayahku'..mcm matun gak..
ket.. long time no see... wah dah jadi fulltime housewife.. boleh concentrate umahtangga.
Bila ayah matun pegi? Abah saya pegi 22hb februari aritu, masalah jantung. Kenduri baru2 ni kenduri 100 hari.
ket.. nanti due kasitau kita yek :D
long time x jumpa korang dua. my father passed away early may - 3/05/06. samalah jantung gak. perit sebenarnya nak hadapi kenyataan
Matun ke ni?
Be strong, kay? Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 beriman..
wahhh, ada matun n ket la kat sini... pekabo korg? mehla jemput ke blog aku n leave message. rin, cantik n menyelerakan la gambar kurma ko tu... nak2 pulak time ngandung nie, lagila terliur... hehehe... saje pressure ko...
hae.. kao dan paez sama saje yek mau libatkan aku dalam urusan mengandung ni hahaah..
rin..due minggu awaknye b'day laa..
hae..aku mmg duk masuk blog ko..sbb senang nak igt nama blog..tp baca je laa..:p
wah wah Ket..bakal scorpio la .. yea yea sama Auntie Rin ehehh..
Post a Comment