Sunday, June 04, 2006

Membebel?

0 comments
Aku banyak cakap ke?
Aku membebel ke?
Aku rasa mungkin ini antara sebab aku mewujudkan blog ini
Tempat aku meluahkan apa yang terpendam dan terbuku di hati
Sekurang-kurangnya aku ada tempat mencurahkan segalanya
Dan setidak-tidaknya takde orang
yang sakit hati mendengar percakapanku....

Friday, June 02, 2006

Sepi Itu Indah 2

0 comments
Apakah yang aku buat di kala Yana di kampung? Merempitkah aku.. atau tidur lenakah aku? Adakah aku lakukan perkara-perkara yang kuimpikan selama ni? Too many things yet too little time.. that is what I can say haha..

Ahad
Bertolak dari kampungku selepas Asar. Singgah di Tanjung Karang untuk menghantar kakakku si Anjang dan anaknya si Aiman ke rumahnya. Singgah pula ke Sunway untuk menghantar adikku si Anim ke apartmentnya dan Maghrib di sana.
Masa nak balik ke rumah aku nak beli nasi lemak di gerai berhampiran rumah, barulah aku perasan malam tu ada perlawanan MYTeam menentang pasukan Malaysia bawah 20 tahun. Alamak... camne boleh lupa ni? Nasib baik aku sempat lagi rupanya masih ada 2nd half. Abangku kerja so aku tengok bola dan merasa suspen seorang diri. Sambil-sambil tu aku menjadi pengulas sukan tak bertauliah dengan menyampaikan SMS kepada Abangku hehe..

Isnin
Balik kerja aku seorang je di rumah sebab Abangku kerja. Aku layan novel, membasuh dan melipat pakaian dan memasak sempoi untuk Abangku. Dah lama aku start novel Pesona Rindu oleh Sharifah Abu Salem, tapi baru sekarang aku dapat membaca sehingga separuh buku tu haha kesian. Best ceritanya, kisah hidup orang bermadu. Kisah Najmah yang berkahwin dengan Fazlan sebagai isteri kedua dan mempunyai seorang anak bernama Hakimi. Isteri pertama, Darina berada di luar negara mengejar cita-cita dan tidak langsung mengetahui apa yang terjadi walaupun setelah dia pulang ke tanahair, begitu juga bapanya Tan Sri emm lupa lak hehe... Semua ahli keluarga Fazlan tahu dan terpaksa la berlakon mcm cerita Sembilu. Hakikatnya hidup bermadu nampak indah tapi sebagai perempuan terpaksa menanggung cemburu yang tak sudah. Adala hikmah Allah dah tetapkan cuma manusia kena bijak menghadapinya.

Selasa
Bertenet dengan Abangku ke Satay Samuri di Kajang, tempat pertemuan pertama kami dan akhirnya menyatukan kami di alam perkahwinan. Hari ini, genaplah 3 tahun kami melayari kehidupan berumahtangga dan berbagai suka duka kami lalui. Bagiku, itu semua adalah panduan untuk kami meneruskan perjalanan yang lebih panjang. Marriage is a journey, not a destination. Ganbatte ne, Abangku... We can do it! Semoga kita berjaya melahirkan ummat yang soleh dan solehah.

Rabu
Hari ini aku memenuhi Golden Dreamku haha.. bermain go kart di Stadium Shah Alam bersama kawan-kawan office. Geng-geng yang join adalah Aima, Lin (PMC), Bazet, Wan, dan Ezal. Aku ngan Lin main satu round je, tapi budak-budak lain main sampai 2 round. Seronokla main gokart ni, cuma aku slow sangatla entah berapa kali diorang potong aku haha.. Lepas tu kami minum di kedai mamak. Aku order mee goreng mamak bungkus dan makan kat umah je sambil tengok tv.

Khamis
Hari pasar malam. Aku dah plan nak masak special malam ni. Aku beli bahan-bahan di pasar malam. Ingat nak masak ketam bercili, sekali ketam mahal sangat sampai terover bajet aku, terus tak jadi hehe .. tukang jual dah siap timbang dan dah nak siang, aku terpaksa cancel dan carik idea baru on the spot. Akhirnya aku tak masak ketam pun kira kurang satu dish je la. Lauk-lauk yang aku masak termasuklah Siakap Stim, Kangkung Tauchu, Sotong Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang, dan Seedless Sweet Oranges huhu.. sendat jugakla perut.. Alhamdulillah...

Jumaat
Aku nak buat research untuk ke Genting Highlands.. last-last aku chat je dengan kawan aku yang tengah study kat UK, si Ajin. We practised our English today and it looked funny in the beginning. However, we enjoyed it very much. Our motto today is "We Both Are Learning" haha... very inspiring indeed.

Sabtu
Oleh kerana aku begitu gian untuk melakukan aktiviti advencer buat sementara Yana di kampung, aku telah mengajak Abangku ke Genting Highlands, Kota Keriangan. Kitorang pergi naik bas je, ambik package termasuk bas pergi balik KL Sentral-Genting, Genting Skyway dan Outdoor Theme Park (unlimited ride). Ada masa nanti insya-Allah aku cerita lagi detail.

Ahad
Pagi Ahad ni aku akan pergi menghadiri jemputan kenduri walimah officemate aku, Mazwan. Selepas tu aku akan balik kampung untuk mengambil buah hatiku Yana. Rinduuuuuu....
Yanaaaaa.. Ibu will come to you. We will sing Barney song and laughing together. I will read you Aa Ba Ta and teach you to recognize the vehicles ilustrated in your book. We will count from 1 to 10 together and even I will teach you more numbers and alphabets.

Tuesday, May 30, 2006

Sepi Itu Indah 1

8 comments
Weekend aku balik kampung walaupun hari Sabtu aku terpaksa bekerja. Ada kenduri arwah Abahku, kakak-kakak aku semua nak masak, so kali ni tak pakai catering. Aku balik dengan Yana dan adikku si Anim. Kali ni Abangku dah setuju untuk meminjamkan Yana pada Mak aku. Alang-alang adik aku si Eta tengah cuti tu, boleh jugak dia tolong tengok-tengokkan Yana kalau Mak sibuk.

Masa beberapa hari sebelum aku balik kampung, aku dan Abangku pasti termenung dan tersenyum sesama sendiri setiap kali Yana menyanyi, menari atau pun membuat aktiviti-aktiviti dan aksi-aksi comelnya. Dan untuk beberapa hari itu, aku terasa begitu menghargai setiap minit aku bersama Yana. Maklumlah nak berpisah seminggu. Begitu ironik sekali bila memikirkan bagaimana aku kurang menghargai masa bersamanya selama ini, tetapi bila masa untuk berpisah semakin hampir aku barulah terhegeh-hegeh menikmatinya? Bagaimana pula sekiranya segala masa berharga yang dipinjamkan tersebut ditarik olehNya secara tiba-tiba? Bila Yana meragam atau tantrum aku tension, tetapi bila masa yang ada itu terhad, barulah aku terkedek-kedek menyimpan segala memori itu? But, I really need a break hehe.. walaupun tujuan sebenar aku meninggalkan Yana di kampung semata-mata kerana permintaan berzaman Mak aku.

Dari waktu aku tinggalkan Yana sehingga kini, aku adala rasa rindu jugak pada aksi-aksi lincahnya. Rasa janggal pun ada sebab dah biasa sepanjang hampir 2 tahun ni ada yang menempel kat aku setiap kali aku berada kat rumah. Tetapi bagi aku, setiap kali aku teringat dia dan menelefon kampung untuk mengetahui perkembangannya, aku lebih kepada curious dan atas dasar tanggungjawab aku sebagai ibu.. make sure dia dah diberi ubat, dan dia tak menyusahkan neneknya. Setakat ni, Alhamdulillah Yana takde masalah. Even dia boleh memanggil "IBU" lepas tu dia lepaskan gagang untuk sambung bermain dengan sepupu-sepupunya. Senangnya jaga Yana, kata Mak aku. Kenapa dia meragam dengan aku? Ikut rasa emosi, tentu seorang ibu tu akan terasa seolah-olah si anak tak suka kepadanya. Tapi, aku mengambil semua ini secara positif, dan tentulah Yana tau akulah satu-satunya tempat dia bermanja dan mengada-ngada.

Apa agaknya yang aku buat bila Yana takde? Bagi aku, aku mesti menggunakan masa yang ada ni sepenuhnya. I will never quit from a job as a mother, but I really need a break and have my own time and space and doing the things that I wanted to do for a long time before. Bunyi macam orang yang mementingkan diri, tapi apekan daya aku pun manusia biasa hehe.. itu bukan bermakna aku tak sayang anak kan?

Friday, May 26, 2006

Perkahwinan Misyar - Bacaan

0 comments
Berikut adalah beberapa link yang boleh dirujuk mengenai perkahwinan misyar.

1. Nikah misyar kurangkan jumlah anak dara tua
2. Nikah misyar - satu pandangan

Aku masih belum dapat jawapan tentang nafkah untuk anak perkahwinan misyar ni. Anyway, aku dah dapat tau, isu ni bukanla isu besar sangat yang perlu dipanjangkan lagi. Boleh la baca kat Rencana Utusan ni.. point2 yang bagus.

“Kahwin misyar isu remeh-temeh”

Oh.. betapa jahilnya aku.

Perkahwinan Misyar?

0 comments

Cincin kawin

Hari ini sewaktu membuka Utusan Online, aku baru tau ada isu perkahwinan misyar. Ada member dah kutuk aku sebab taktau pasal isu ni, padahal semalam di merata-rata forum dah heboh orang memperkatakan mengenainya. Manakutauuuuuuuu...!??? :D

Sekali dengar macam Misha Omar pulak. Apa menda perkahwinan misyar ni? Setelah kubaca perenggan demi perenggan, perkahwinan misyar adalah perkahwinan di mana si suami tidak perlu memberikan nafkah zahir seperti wang dan pakaian contohnya, tetapi cukup dengan sekadar memberi nafkah batin. Nafkah batin bukan hanya dari segi seksual, tetapi merangkumi keperluan spiritual dan psikologi isteri seperti memberi didikan agama, menjadi teman karib, mendengar dan bersama-sama menyelesaikan masalah, menjadi tempat bermanja dan perkara-perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang suami. Apa hukum perkahwinan misyar ini? Perkahwinan ni takdela melanggar hukum syarak asalkan ada persetujuan antara lelaki dan perempuan yang terbabit.

Masa memula baca suami tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir, aku rasa macam tak patut aje. Bukanke memang tanggungjawab suami memberi nafkah? Tetapi setelah aku telusuri bagaimana perkahwinan ini mampu mengurangkan kadar andartu serta membolehkan anak-anak yang tiada kasih sayang seorang bapa memperolehinya, aku kira ada baiknya juga perkahwinan ni. Perkahwinan ni pun dah banyak dilakukan di negara-negara luar, jadi bagi aku, terpulang pada individu terbabit samada nak atau tak je.

Sekiranya seorang andartu atau ibu tunggal itu seorang yang tinggi statusnya serta banyak harta tetapi hanya memerlukan kasih sayang seorang lelaki bergelar suami semata-mata, aku rasa takde salahnya kalau mereka ni nak meneruskan niat mereka. Pada pandangan aku, kat Malaysia ni dah tentu ada orang dah buat, cuma istilah perkahwinan misyar ni takdela popular. Asalkan hati senang gumbira dan tak melanggar peraturan agama tak sepatutnya ada masalah.

Cuma apa yang ditakuti dan dibimbangkan, wanita yang terlibat akan menjadi mangsa sekiranya mendapat seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan bertimbangrasa seperti sewenang-wenangnya menggunakan kesenangan isteri dan memeras pendapatannya untuk kepentingan diri. Suami seperti ini langsung takde "mawaddah wa rahmah" iaitu perasaan kasih dan kasihan terhadap isteri dan ketiadaan sifat-sifat inilah yang akan meruntuhkan sebuah rumahtangga, tak kiralah perkahwinan misyar ataupun perkahwinan biasa.. (aku sendiri taktau istilah perkahwinanku ini.. aku tau kahwinla)..

Sebenarnya ada beberapa persoalan dalam kepala aku mengenai perkahwinan misyar ni. Maybe aku boleh buat research skit, pastu bila dapat aku post la kat sini kan. Antaranya adakah perkahwinan misyar ni sama dengan perkahwinan muta'ah? Setau aku muta'ah (kontrak) diharamkan. Kalau misyar dibenarkan, tentula dia berlainan dengan muta'ah. Sekiranya pasangan itu mendapat anak, adakah suami itu wajib memberi nafkah untuk anaknya, sedangkan dia tak diperlukan untuk memberi nafkah zahir kepada isterinya sendiri? Bila aku dapat jawapan Insya-Allah bolehlah dikongsi bersama.


 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates