Thursday, July 06, 2006

Lapan..lapan.. lagi..


"Shake that booty.. aha..aha.."

"Step..step.. cha cha cha.."

"Watch out, Beyonce..we're coming"

"Give me a big loop.. those hips.. those hips.. oo yea.."

Berat aku 73kg!? Berat badan ideal untuk aku paling maksimum pun sepatutnya 63kg. Biar betul ni? Ini dah melampau, takkan aku biarkan sampai mencecah berat maksimum semasa aku sedang mengandung! Sudahlah sejak akhir-akhir ini banyak sangat kes-kes stroke, kolesterol tinggi, jantung, kencing manis. Aku ada juga terbaca, berat badan yang berlebihan menyebabkan seseorang menghidap penyakit-penyakit tersebut. Aku tidak pasti samada berat ideal maksimum aku sepatutnya 65kg, 63kg atau 60kg kerana lain rujukan aku, lain pula keputusannya. Semuanya sebab aku tidak pasti dengan ketinggian sebenar aku. Masa aku di tingkatan 5, cikgu kata tinggi aku 165cm. Masa aku mengandung dan buat check up, misi kata tinggi aku 163cm pula. Takkan aku makin kemetot? Tapi aku ambil sahaja jalan selamat untuk memilih berat maksimum aku 60kg. Jadi, aku ada lebihan sebanyak 13kg. Seingat aku, aku paling selesa berada pada berat 58kg-59kg. Macamana aku nak kurangkan berat ni?

Puasa tahun 2005, berat aku mampu turun sehingga 68kg sahaja. Lepas puasa aku naik badan semula. Aku rasa mungkin puasa salah satu cara terbaik untuk kawal nafsu makan aku ni. Setakat ni aku belum mampu lagi untuk berpuasa :D. Buat masa ni aku amalkan mengambil sarapan yang ringan dan sederhana sahaja seperti yogurt dan epal dengan air kosong, ataupun minuman milo dengan bijirin. Untuk makan tengahari pula aku hanya mengambil nasi tidak lebih dari sesenduk dan melebihkan sayuran. Sebelum makan tengahari juga aku akan mulakan dahulu dengan memakan buah supaya aku merasa kenyang dan ia akan menyebabkan pengambilan nasi dan lauk yang kurang. Alhamdulillah, ofisku ini memang sentiasa memberi staf-stafnya makan tengahari percuma, jadi aku tak miss untuk makan buah bila tengahari hehe..

Satu lagi cara, aku mesti lakukan semula rutin harianku dulu, membuat senaman regangan otot setiap pagi (aku baru tau apa yang aku buat tu nama dia YOGA :P) dan aktif bersukan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Untuk sebulan yang lepas adala dua tiga kali aku berjogging di Taman Jaya, namun agak payah untuk aku teruskan kerana komitmen untuk mengambil Yana selepas kerja lebih diutamakan. Taknakla aku balik lewat sangat sampai Maghrib, tak elok untuk anak kecil. Lagipun, aku sukar untuk bertemu dengan rakan-rakan yang benar2 komited untuk melakukannya bersama-sama. Maklumlah, dah ramai sangat orang jahat sekarang ni, takut sikitla nak jogging seorang diri.

Macamana nak buat ni? Fikir punya fikir.. maka aku pun dapat idea! Aku selalu berebut pemain VCD dengan Yana kerana dia nak pasang dia punya, aku nak pasang vcd Yoga. Apa kata aku beli vcd aerobik? Memandangkan Yana suka menari, ini satu peluang baik aku untuk beraerobik sambil melayan karenah dia. Maka aku pun belilah Crunch - Cardio Blast Dance di sebuah kedai di Amcorp Mall. Sebelum aku pilih vcd ni, jenuh jugalah aku berfikir nak pilih yang mana satu. Vcd Crunch ni menarik hati aku sebab dari cara penerangannya nampak santai dan funky hehe.. Aku tak silap, memang enjoy, orang yang terlibat dalam vcd tu pun berpakaian santai je. Orang yang berbadan gempal pun ada dan ia menunjukkan langkah-langkah tarian di dalam vcd itu adalah fleksibel untuk semua peringkat.

Hari pertama aku tengok sahaja dan Yana menari-nari ikut instructor. Hari kedua aku pun mulakan dan ternyata memang aku berpeluh-peluh. Hari terakhir aku berpeluh macam tu dua tiga minggu lepas masa aku jogging di Taman Jaya. Sebelum tu aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku betul-betul bersenam dan berpeluh dengan jayanya. Ini pun aku belum menguasai lagi langkah-langkah yang ditunjukkan, tunggulah nanti bila aku dah pandai, kalahla J.Lo haha..

Aku harap usaha aku ni tidak mati di tengah jalan demi kesihatan. Lagipun, antara tanggungjawab seorang isteri ialah memastikan dirinya sihat (agar mudah menguruskan rumahtangga dan melayan suami).

Berikut adalah link ke Crunch - Cardio Blast Dance dalam bentuk DVD di Amazon.com


0 comments on "Lapan..lapan.. lagi.."

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates