Tuesday, July 04, 2006

Tigra Calendar


Aku sungguh gembira pada ketika ini kerana usaha selama hampir seminggu menggodek kalendar free sudah berjaya. Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada sebab bukan aku buat coding tu sendiri pun, aku cari sahaja program kalendar yang free dari internet. Aku tersangat gembira kerana aku sudah lama tidak berkubang dalam pengaturcaraan, sudah lupa selok belok di selut ini termasuklah tips-tips yang perlu aku ikuti.

Ceritanya bermula apabila aku dikehendaki mengubahsuai program untuk Premiercup Series. Aku rasa pengguna tak seharusnya dibenarkan menaip sendiri tarikh di borang sebab mereka ni akan membuat berbagai-bagai jenis entry yang pastinya satu hari nanti akan menyusahkan programmer seperti aku nak memanipulasinya. Nak buat select form? Tak canggihla pulak. Jadi apa kata aku cuba cari mana-mana date picker yang banyak kat internet ni.

Mula-mula aku jumpa CodeThatCalendar, kalendar Javascript (bilela aku nak bijak Jawa ni ha?) yang nampak canggih siap ada manual directory di dalamnya. Malangnya, puas sudah aku mix and match dalam form aku tak juga menjadi. File yang berdiri sendiri pun tak jadi-jadi jugak. Berhari-hari aku buat sampai aku rasa baca kisah Mawi dengan Diana lagi baik (kepochi), sehinggalah hari ini aku buat keputusan untuk mencari sahaja script lain.

Daripada senarai kalendar di Big Webmaster aku buat keputusan untuk mencuba Tigra Calendar. Nampak terlalu simple tetapi meragukan kerana aku musykil bolehke code simple macam ni buat kalendar serupa CodeThatCalendar tu? Setelah aku ikut tips di muka dokumentasi, akhirnya kalendar aku menjadi. Aku nak letak html code aku tapi Blogger ni tak bagi pulak. Kalau tak pandai ubah Javascript macam aku, letak sahajalah file yang memanggil dan yang dipanggil (calendar1.js atau calendar2.js) di dalam direktori yang sama. File calendar1.js untuk kalendar format Europe manakala calendar2.js untuk kalendar format American.

Ini baru permulaan, ada banyak lagi cabaran-cabaran sebagai seorang pengaturcara yang harus aku tempuhi. Minat dan bakat aku yang pernah terkubur (tapi tak sampai 6 kaki) harus aku gilap semula. Pandangan aku masih kabur untuk melihat jalan lain sekiranya aku tidak menjadi seorang pengaturcara.

4 comments on "Tigra Calendar"

Fara on Tue Jul 04, 06:06:00 PM said...

aku dh zero skill in programming .. nk tulis loop condition pun terkulat2 dah hahaha ..

Kurma on Wed Jul 05, 09:58:00 AM said...

abih ko wat apa skang Fara?
aku ni pun taktau mana silapnya.. senang2 aku salahkan diri aku je lah.. tanak blajar betul2 padahal ni le periuk nasik aku.

Fara on Thu Jul 06, 01:48:00 PM said...

aku nih just system integrator jek .. org tengah jek .. implement system vendor, kat client .. takder nya nk coding2 .. more to management n infrastructure

Kurma on Thu Jul 06, 03:35:00 PM said...

eh lagi best kot keje cam ko..takde nak pening2 hehe.. ada kosong? :D

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates