Saturday, July 08, 2006

Tabahkan Hati, Palestin


Hari ini sebaik sahaja aku membuka Utusan Online, hati aku terasa bagai dirobek-robek dan pedih. Sakitnya hati aku ni. Ketika itu juga aku berasa jauh hati, dan aku berasa tawar hati untuk menonton World Cup.

Tajuk "Henti ceroboh Palestin - AS, Perancis tolak usul negara Arab tuntut Israel berundur" benar-benar buat aku tersentak dan rasa kecewa. Bukannya aku tidak mengendahkan berita mengenai Palestin selama ini. Walau di sebalik keghairahan aku menyaksikan pesta dunia itu di kaca televisyen pada lewat malam atau awal pagi, aku tetap memastikan mata dan hati aku tidak tertutup pada isu-isu penting dunia. Sukan adalah sukan. Sementelah aku tidak pula menyokong mana-mana pasukan, malahan aku sendiri tidak tahu siapa yang kuat, siapa yang lemah. Aku juga tidak dapat meneka dengan tepat keputusan setiap perlawanan di Tekabola Home.net. Buktinya, aku berada pada ranking terkebawah dari segi ketepatan meneka. Segala-galanya hanyalah kerana aku minat menonton perlawanan bolasepak, tidak lebih dari itu. Kalau ada pun pasukan yang aku gemari, ianya mungkin Brazil sahaja, itupun setelah aku fikir negara tersebut tidak pernah masuk campur urusan negara lain, atau adakah mereka juga terlibat? Menonton perlawanan bolasepak sudah tentu menuntut aku untuk sekurang-kurangnya menyokong salah satu pasukan, paling tidak pun merasa terhibur dengan persembahan wakil-wakil negara tersebut. Jadi, kenapa mesti aku terguris dan terasa hendak memboikot World Cup? Tengok sahajalah Itali atau Perancis itu main. Sukan adalah sukan, bukankah begitu? Ya, memang begitu, tetapi aku sudah tawar hati walau untuk melihat wakil negara tersebut beraksi di padang. Mendengar namanya sahaja buat aku rasa hendak marah dan kecewa. Sebagaimana bencinya aku melihat dan mendengar nama Amerika di dalam World Cup kerana dasar-dasar luarnya yang mengganggu kestabilan dunia dan Islam khususnya, begitulah bencinya aku pada Perancis sekarang. Sokong sahajalah Itali, kalau begitu? Tak boleh, kerana aku telah tersedar melalui pembacaan aku di sebuah blog, Itali pernah menceroboh Libya. Aku juga benci Portugal kerana melanggar Melaka, England apetah lagi, tak pernah sekelumit di mataku mereka itu hebat di padang bola. Sebagaimana mereka membenci Islam kerana nila yang setitik, begitulah aku ketika ini. Mereka tidak boleh menghalang diri mereka dari membenci saudara-saudaraku di London, apakah boleh mereka menghalang aku dari merasa meluat dengan mereka?

Bukan aku sengaja membenci, Islam juga tidak mengajar membenci. Sekiranya ditakdirkan aku bertembung dengan mereka, aku tidak akan bunuh mereka kerana mereka tidak bersalah. Cuma buat masa ini aku tidak boleh mendengar nama negara mereka dan sebagai tanda sokongan dan simpatiku pada saudara yang lebih penting di Palestin yang mendorong aku bertindak begini. Biarlah orang kata aku rugi, aku tahu aku tidak merasa begitu pun. Selama ini pun, aku bukanlah peminat setia World Cup. Tidak ada apa yang merugikan pada aku selagi aku masih mampu berbaring dengan aman di sisi anak dan suami tersayang. Asta la vista...

3 comments on "Tabahkan Hati, Palestin"

ellyn on Mon Jul 10, 02:58:00 PM said...

Yo...rin...tuller kata2 ko tu, insaf aku sejenak....yg penting dlm hidup kita skang biler org yg kita sygi berada di sisi kita....

Kurma on Mon Jul 10, 03:06:00 PM said...

Tu la Ellyn.. aku cam emosional je ek tapi can't help it. Kalaulah aku boleh jadi Superman.

Anonymous said...

assalamualaikum...

salam kenal + thanks coz menyinggah di blog eita. actually masa mula2 menulis mmg x pernah terfikir pasal org nk mencuri idea ke apa.. sebabnya tujuan utama cerita tu ditulis hanyalah utk suka2 je... now, akak (ye ke akak nie? klu salah bgtau ye. by the way umur eita 26 :D) dah mention, mmg terasa takut gak since ada perancangan nk dibukukan...

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates