Sunday, April 27, 2008

Hidup Zaman Ini

0 comments
Aku dah tak boleh terlalu berharap pada kerajaan lagi. Boleh, tapi aku kena fikir cara lain. Ye..aku mesti berfikir macam orang cina dan india. Berusaha tanpa mengharap bantuan kerajaan. Baik dari segi bantuan kewangan ataupun pekerjaan.

Dari kecik aku dah terlalu biasa dapat bantuan kerajaan. Biasiswa dari sekolah menengah, pergi ke MRSM, masuk kelas BI, ke kolej sehinggalah ke universiti aku dapat bantuan. Sekarang nak mintak kerja kerajaan bukan senang macam dulu. Selain banyak prosedur nak menunggu jawapan pun punyala lama. Saingan pun ramai baik disebabkan semuanya bagus-bagus ataupun kronisme. Ah tak usahla nak kata aku wat tuduhan melulu, orang dalam kerajaan sendiri yang bagitau, kalau nak masuk jawatan itu ini, boleh cuba bagi butir peribadi melalui mereka dan kawan-kawan mereka.

Ye.. sudah sampai masa untuk aku berfikir seperti seorang ahlil perniagaan. Dah tak boleh nak harap makan gaji je. Bak kata omputeh, I'm the breadmaker now.. bukan bread eater hahaha.. betoi ka tu?
 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates