Monday, December 17, 2018

Bisnes #1 - Mindset 1

0 comments
Rinot, kenapa kau rasa malu berniaga?

Nabi Muhammad S.A.W berniaga.
Malahan, baginda ahli perniagaan yang berjaya dan kaya.

Kau mahu bersama baginda nanti kan?







Monday, April 09, 2018

School Of Life

0 comments
I can't remember since when I enjoy doing craft and art things.  I'm not a good painter nor anything related to crafts. I never got an A or even a B for my arts homework. One of my teacher thought that I built a chicken coop whereas I made with all my heart, a hut using a set of clothes pegs.

As time passes by, we do have new interests depending on what we're exposed to. I'm glad finally I can do something with my right brain. I don't want it to be shrinking.

Alhamdulillah, thank you Pakcik Google and Pakcik Youtube for helping me.

One of the things that I'm tired of myself is I like to do something so perfectly that it makes things complicated. But, once I've decided to do it, there must be a way to accomplish what I started.

This time, I decided to make a school bus  wrapping paper for the gift that is to be given at gift-exchange event during my office family day.

I googled images of school bus. I know how the school bus looks like but I am not sure the details. I also had to learn from the Youtube how to wrap present diagonnally as I don't have enough wrapping paper... https://youtu.be/AR4ZWFvVseU

No Action Talk Only... buang masa! Here is the bus.







Alhamdulillah, it has safely arrived at the destination.

Saturday, March 31, 2018

Buku Skrap Jawi : Makanan Seimbang

0 comments
Budak yang kena buat, mak yang bersengkang mata. Saya tolong cari gambar dan tampal sahaja. Biarkan budak itu tulis sendiri.

Maklumlah, ibu dia agak sudah lama tidak tulis jawi :P.



Tuesday, October 17, 2017

Ala-ala Review : Tombiruo Penunggu Rimba

0 comments
(Nak letak poster ada gambar tak tutup aurat pula)


Review ini ditulis oleh seorang yang tidak pernah membaca Novel Tombiruo.  Jadi, saya tidak pernah tahu jalan cerita dan siapa watak di dalam cerita ini.  Saya juga terlewat masuk ke pawagam.  Ketika saya mengambil tempat, Tan Sri Berham dalam kereta dan tulisan kredit masih dipaparkan.  Saya juga keliru kaitan konsesi balak dengan pembinaan empangan yang ditentang oleh Tan Sri Berham dan mengapa pula Juslan kata kita tidak boleh hidup tanpa konsesi balak?  Jadi, untuk menonton kena faham orang yang mahu konsesi balak itu adakah orang yang menyokong pembinaan empangan atau sebaliknya?  Apabila sudah faham, barulah kita boleh faham perjuangan Ejim dan Pondolou dan kita tahu mereka berpihak kepada siapa sebenarnya.  Samada saya sudah tua atau sel otak saya kurang berhubung, saya belum dapat tangkap konsep perjuangan Tan Sri Berham dan Ejim hehe... Adakah filem terlalu laju di awal cerita sebab filem kurang 2 jam terasa pendek macam tak cukup info.

Bagi saya, aksi dalam filem Tombiruo sangat membanggakan.  Segala perincian dan aksi perlahan peluru ditunjuk jelas dan agak ngeri.  Maknanya nampak real.  Aksi pergaduhan, gayut-gayut juga mengundang suspens dan mendebarkan.  Ternganga mulut saya wow... cerita melayu buat aksi begini memang mengagumkan saya.  Watak Ejim yang berlari, melompat dan terjun tak kira tempat mengingatkan saya pada watak James Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig.  Paling saya kagum, apabila segala aksi-aksi ini nampak betul dan tidak kartun.  Adegan  kereta bergerak laju di jalanraya di tepi tebing curam juga mencemaskan dan dari pelbagai sudut, tidak seperti kebiasaan cerita melayu di mana kita lihat kereta bergerak perlahan dari atas lori.  Sudut kamera juga sangat meyakinkan dan membuat kita teruja.   Kita juga boleh nampak, produser memang tak sayang kereta, tidak adalah kita boleh tengok kereta buruk buat modal filem dan memang tinggal hendak dihantar ke kedai potong.

Namun, filem dan lakonan masih boleh diperbaiki lagi.  Aksi berlawan saya yakin boleh dimantapkan lagi dengan memperbanyakkan lagi trick ala Jackie Chan.  Saya beranggapan (untuk memujuk hati), ini adalah kemunculan awal Ejim.  First encounter dengan penjahat jadi sangat logik Ejim banyak kena tembak dan (kita boleh panggil choreography ke?) sama sahaja.. angkat penjahat hempas ke tanah... angkat penjahat hempas ke tanah.  Agak logik tiada bunga silat sebab bapanya Pondolou bekas tentera yang melatihnya.  Mungkin jika ada lagi sequel atau kemunculan Ejim lagi dalam filem lain (mungkinkah Magis akan ke layar perak? Melihat kepada ending credit... jeng jeng jeng), saya mengharap Ejim beraksi lebih tangkas dan lincah dan tricky sesuai dengan kemahirannya dalam selok belok di hutan.

Selain aksi berlawan, disebabkan saya ini suka secara tidak sengaja terfikir hal logika, mood menonton saya mudah terpengaruh dengan apa yang saya nampak dan fikir.  Siapa ingat bagaimana rupa tudung kita semasa menaiki bas mini di Kuala Lumpur suatu masa dahulu?  Agak-agak, tudung boleh nampak cantik tak selepas turun dari bas mini tu?  Hahaha... bagaimana agaknya tudung Salina cantik terletak selepas keretanya tergolek-golek di cerun bukit?  Pemandangan keadaan mangsa di dalam kereta yang sedang bergolek-golek di lereng bukit juga mula-mula nampak ouchhh.. ngerinya! Tetapi kenapa mereka masih statik di tempat duduk?   Ok... saya tidak perasan pula jika mereka memakai tali pinggang keledar.  Kena tengok semula macam ni heheh...

Lakonan Zul Ariffin hanya berdasarkan aksi-aksi dan gerak badan bagi menunjukkan emosi amat meyakinkan.  Begitu juga lakonan Farid Kamil, Hasnol Rahmat dan Dynas Mokhtar juga sangat mantap dan nampak natural. Namun, saya agak terkejut dengan lakonan dan lenggok suara Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa, Nabila Huda dan Faizal Hussein.  Saya tak rasa natural... seperti feel tak sampai.  Sebenarnya, apabila diberitahu pengarah filem adalah Seth Larney yang pernah terlibat dengan The Chronicles of Narnia, saya agak skeptikal kerana menonton Narnia itu sendiri saya tidak sampai feel sebagaimana saya menonton Avatar atau The Lord of The Ring.  (Tahu kan, feel yang kita boleh rasa sebak atau kembang hidung dan rasa seperti hendak menumbuk dada?)  Yes... saya tidak rasa feel hendak tumbuk dada itu.  Nampaknya perkara itu berlaku lagi untuk Tombiruo.  Gaya percakapan Datuk M. Nasir dan Datin Marlia pada permulaan cerita agak ‘skema’ seperti membaca buku teks.  Adakah kerana mereka cuba meniru dialek Sabah yang tidak menjadi kerana orang Sabah ini cakapnya bahasa baku.  Begitu juga percakapan Nabila Huda dan Faizal Hussein.  Entahlah, saya tidak dengar naturalnya.  Saya pernah menonton lakonan Nabila dan Faizal yang jauh lebih baik dari ini.  Kadang-kadang tidak perlu aksi pun, cara cakap sudah boleh buat orang feel.

Ada beberapa scene dalam hutan (eh semua pun dalam hutan), terutama scene Ejim dan Wan Suraya yang ketika itu malam dan pastinya sunyi, saya tidak mendengar bunyi yang sepatutnya ada dalam hutan.  Bunyi unggas ke cengkerik ke... apa-apalah.  Apa yang saya dengar suara mereka ini seperti dalam kotak atau bilik kosong.  Saya tidak merasa berada di tempat itu walaupun pemandangan indah Hutan Keningau dengan sayup-sayup Gunung Kinabalu tersergam indah.  Seolah-olah suara dan watak di tempat lain, bukan di hutan itu menjadikan feel tidak sampai... tidak real.  Mujurlah aksi Hasnol Rahmat di akhir cerita serta lakonan Micheal Chen yang tidak menghampakan berjaya menutup cela.  Sebenarnya aku tertanya-tanya dari dulu, kenapa  kadang-kadang tu, lakonan pelakon yang sama nampak mantap dalam drama tetapi bila mereka berlakon filem nampak sedikit canggung atau kaku, ya?  Oh, sebelum terlupa, watak Monsuroi nampak meyakinkan dengan lontaran suara dan bahasanya namun mood terpotong seketika apabila melihat di sebalik kedut tua Monsuroi itu nampak licinnya wajah beliau dan jarinya yang mulus ketika memegang uri hehehe...

Plot cerita Tombiruo tidak membosankan namun  predictable.  Agak mengejutkan kerana novel RAM biasanya banyak twist.  Seolah-olah senang sangat orang jahat tu kantoi dan penonton tidak puas untuk berfikir secara analitik dan berspekulasi dan beranggapan itu ini, tahu-tahu pekung penjahat sudah dibuka...alaaaaaaaaaaaa... senangnya!  Begitu juga bagaimana Ejim dan Amiruddin ‘disatukan’ juga senang sangat.  Jika datang dengan mode Detektif Conan, mohon turunkan skala ingin tahu anda.  Just enjoy it...

Saya harap orang tak marah saya.  Sesungguhnya monyet tidak jatuh dengan angin taufan ribut badai tetapi jatuh kerana angin sepoi-sepoi yang mengasyikkan... heh heh heh...




Saturday, October 14, 2017

Buku : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?

0 comments
Wow ... tulisan Dr. Jamilah Jaafar (terima kasih Siti R Perempuan Pengembara sebab beritahu nama betul penulis) ini memang menarik, menyegarkan dan membuka mata dan hati.

Sesiapa yang racist atau rasa tidak racist tetapi orang kata racist sebab sebenarnya awak memang racist, eloklah baca.

Tak mahal ... baru RM15.00.
Tetapi dengan RM15.00 ini, kita boleh ke Benua Afrika. Siapa kata Uganda panas? Sayalah orangnya.  Memang Geografi saya pun tidak hebat hehe... Buku ini juga sesuai untuk traveller wannabe.. or tourist wannabe tetapi cuma ada RM15.00 dalam sampul surat bertulis 'Cuti-Cuti'.

Penuh adventure dan luar biasa.  Dr. Hayya juga membuat saya fikir, wanita bebas berfikir dan memilih dan kita boleh memilih yang kita yakin terbaik untuk kita dengan petunjuk Allah.

Macam nak beli sahaja buku kedua beliau selepas ini.




 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates