Monday, March 18, 2019

Ahmad Sifir

0 comments
Siapa ingat Siti Sifir? Lupa pula lagu sifirnya.
Kali ini kita ada Ahmad Sifir.  

Cikgu kata ada pertandingan membuat "Buku Sifir Saya".

Program Bulan Matematik  Tahun 2 2019 
Nama Program: Buku Sifir Saya
Sasaran : Semua Murid Thn  2
Saiz Buku : A4 dipotong 2
Cara :
1. Muka surat depan perlu ada:
   Tajuk : Buku Sifir Saya
   Nama Murid :
   Kelas:
   Nama Guru :
2.Murid menulis dan menghias buku sifir ( sifir 1 hingga 10 ) mengikut kreativiti masing- masing 
3. Setiap hasil kerja mesti dibuat sendiri oleh murid secara bertulis dengan bimbingan ibubapa.Tidak dibenarkan menggunakan komputer. 
4. Pemenang dikira berdasarkan  sifir yang lengkap dan betul serta kekemasan hasil kerja. 
5. Tarikh akhir penghantaran ialah 18 Mac 2019


Maka, bermulalah mencari idea tetapi tak buat-buat juga.  Ingatkan senang sahaja, tetapi apabila idea itu konon-konon rare, maka mencabarlah juga.

Inilah hasilnya... mak tak ada kuasa nak buat petak, jadi kita minta buku matematik abang yang tidak digunakan.

Mula-mula cikgu kata boleh tulisan tangan sahaja, tetapi update terbaru kata boleh sticker atau nombor bertaip tetapi mesti digunting dan ditampal.


Kecil betul budak ini ambil gambar.

Bahagian dalam.  Ada konsep darab adalah penambahan berulang.  Rare kan? hehe...

Muka depan.  Nama ditutup atas dasar keselamatan.  

Ini sahaja gambar yang ada sebab tidak sempat ambil gambar.  Itu pun dua yang bawah minta bantuan guru kelas dapatkan gambar.

Muka depan, Zahin tampal sendiri huruf-hurup dan sticker tu semua.  Tidak kusangka comel pula macam ada cerita. Tulisan sifir Zahin tulis sendiri.  
Border tu beli di kedai Eco... eh macam-macam warna ada rambang mata. Tetapi harus diingat, gamnya tidak berapa lekat, kena tambah gam lain.

Sticker tu pula beli untuk Nadhirah untuk bagi token bila dia Iqra'.  Lama sangat sorok terus lupa.  Mujur teringat, tengah kering begini pakai apa yang ada sahajalah.

Sekian, projek untuk kali ini.  Serik oi buat last minute... Budak ni selagi kita tak mulakan, dia pun tak mula... akakkkk jugakkk...

Friday, March 08, 2019

Distracted

0 comments
When your keyboard is not working or you forgot to CTRL + C... 




Monday, January 14, 2019

Bisnes #2 - Kreatif & Inovatif

0 comments
Semasa saya belajar di sekolah menengah dahulu, cikgu kata ciri-ciri usahawan adalah kreatif dan innovatif.

Kreatif adalah bakat mencipta perkara, produk dan servis baharu.

Innovatif adalah bakat menambahbaik perkara, produk dan servis sedia ada.

Pada pandangan saya, kedua-duanya boleh diperolehi samada secara semulajadi atau pun dengan melalui proses pendedahan (exposure) melalui deria yang lima (atau sekarang enam?).

Teruskan usaha untuk menambah dan mengekalkan kreativiti.  Insya-Allah, satu hari Allah akan beri juga apa yang sesuai untuk kita.

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011




React Vs Respond

0 comments
React - tindak balas cepat, tanpa berfikir terhadap sesuatu perkara.

Respond - tindak balas dengan berfikir yang didahului dengan PAUSE kemudian BREATHE dan baru RESPOND.

Terjumpa pula link ini https://zenhabits.net/respond/

Saya perlu banyak belajar untuk respond dan praktis urus SABR.  Apa itu SABR?





Tuesday, January 08, 2019

Pandangan Peribadi

0 comments
Kadang-kadang saya sering terlupa bahawa tiada guna berdebat atau mempertahankan pandangan peribadi.

Tiada yang salah, tiada yang betul.

Mungkin juga salah, mungkin juga betul.

Ia hanya pandangan.  Tiada sesiapa perlu bersetuju.

Apa yang penting semuanya hmmm... INTERESTING...



 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates