Wednesday, November 17, 2021

Kisah Orang IT #2 - Rabunkah?


Saya rasa semalam saya Restart dan Update PC di ofis. Kenapa pagi ni nak remote dah tak boleh?

Sahlah!  Saya Shutdown la tu. 

Jadi pagi ini terpaksalah kita VPN sahaja. Nak pakai laptop PDPR ni terpaksalah install segalanya. Mujurlah hanya perlukan Sublime. 

Ah, Sudah!  Apa pasal kod di Sublime ni nampak kabur je. Warna kod yang selalunya kuning jadi hijau pula. Saya dah rabun warnakah? Saya cuba naikkan kecerahan monitor. Eh, sudah 100%. 

Okay, kita cuba turunkan lagi skrin ni sampai nak baring dah laptop ni. Better view but still blurry. 

Saya cukup tak puas hati kenapa hijau. Sekonyong-konyong kuterfikir. Mungkinkah default setting Sublime baru install???  Kepala duk berfikir walaupun dah mula coding. Ah tak puas hati. Kita tengoklah dekat View? atau Preferences?  Dulu masa muda-muda aku main Putty biasanya di Preference.

Eh, ada Set Color Scheme lah! Jom kita klik? Nak apa ya? Klik ajelah bawah Mariana (setting sekaranglah agaknya sebab tick kat tepi tu) ada Monokai. Monokai pun Monokailah. Klik!

WAH! TERANGNYA DUNIAKU! That green codes turned to YELLOW. BRIGHT YELLOW AND I GOT BRIGHT PINK FOR CERTAIN TAGS! MY EYESIGHT IS BACK! ALHAMDULILLAH HAHAH...

OK.. NOW WHAT AM I DOING HERE? 


0 comments on "Kisah Orang IT #2 - Rabunkah?"

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates