Di sebuah rumah yang decorder Astronya telah rosak, anak-anak bermain restoran-restoran.
Abang : Cik nak apa?
Kakak : Milo, mi goreng, telur kicap, telur rebus dengan kicap, telur bistik, telur goreng.
Abang : Timun nak tak? Air strawberi?
Kakak : Nak juga.
Si Abang pun membuat gaya menulis di atas tapak tangan. Kemudian, dia memasak dengan pantas dan mengedarkan makanan kepada pelanggan.
Abang : Makcik nak apa?
Ibu : Milo ais kaw 1!
Abang : Wah sedapnya!
Si Abang terus membuat gaya membancuh Milo dan memasak gaya Masterchef. Maklumlah, malam ini tak dapat menonton Masterchef Selebriti...
**********
Ibu : Kakak, pergilah lipat baju. Kakak sudah darjah 2 mesti belajar lipat baju. Ibu dulu dah pandai lipat baju.
Kakak : Lipat baju je?
Ibu : Nanti darjah 4 belajar memasak pula. Ini Kemahiran Hidup, mesti tahu buat. Kalau tidak tahu, nanti sudah besar siapa nak buat?
Kakak : Suami.
Ibu : ... ( Like mother like daughter? =)) )
3 comments on "Unplugged"
tu kalo ada suami, kalo xda...sapa yg buat ?
Hehehe! Pandai sungguh kakak menjawab..
Anonymous : Soalan yang sama juga berlegar-legar dalam kepala si ibu...
Siti : hhaahaha... kids say the darndest things
Post a Comment