(Nak letak poster ada gambar tak tutup aurat pula)
Review ini ditulis oleh seorang yang tidak pernah membaca Novel
Tombiruo. Jadi, saya tidak pernah tahu
jalan cerita dan siapa watak di dalam cerita ini. Saya juga terlewat masuk ke pawagam. Ketika saya mengambil tempat, Tan Sri Berham
dalam kereta dan tulisan kredit masih dipaparkan. Saya juga keliru kaitan konsesi balak dengan
pembinaan empangan yang ditentang oleh Tan Sri Berham dan mengapa pula Juslan
kata kita tidak boleh hidup tanpa konsesi balak? Jadi, untuk menonton kena faham orang yang
mahu konsesi balak itu adakah orang yang menyokong pembinaan empangan atau
sebaliknya? Apabila sudah faham, barulah
kita boleh faham perjuangan Ejim dan Pondolou dan kita tahu mereka berpihak
kepada siapa sebenarnya. Samada saya
sudah tua atau sel otak saya kurang berhubung, saya belum dapat tangkap konsep
perjuangan Tan Sri Berham dan Ejim hehe... Adakah filem terlalu laju di awal
cerita sebab filem kurang 2 jam terasa pendek macam tak cukup info.
Bagi saya, aksi dalam filem Tombiruo sangat membanggakan. Segala perincian dan aksi perlahan peluru
ditunjuk jelas dan agak ngeri. Maknanya
nampak real. Aksi pergaduhan, gayut-gayut
juga mengundang suspens dan mendebarkan.
Ternganga mulut saya wow... cerita melayu buat aksi begini memang
mengagumkan saya. Watak Ejim yang
berlari, melompat dan terjun tak kira tempat mengingatkan saya pada watak James
Bond yang dilakonkan oleh Daniel Craig. Paling
saya kagum, apabila segala aksi-aksi ini nampak betul dan tidak kartun. Adegan kereta bergerak laju di jalanraya di tepi tebing
curam juga mencemaskan dan dari pelbagai sudut, tidak seperti kebiasaan cerita
melayu di mana kita lihat kereta bergerak perlahan dari atas lori. Sudut kamera juga sangat meyakinkan dan
membuat kita teruja. Kita juga boleh nampak, produser memang tak
sayang kereta, tidak adalah kita boleh tengok kereta buruk buat modal filem dan
memang tinggal hendak dihantar ke kedai potong.
Namun, filem dan lakonan masih boleh diperbaiki lagi. Aksi berlawan saya yakin boleh dimantapkan
lagi dengan memperbanyakkan lagi trick ala Jackie Chan. Saya beranggapan (untuk memujuk hati), ini
adalah kemunculan awal Ejim. First
encounter dengan penjahat jadi sangat logik Ejim banyak kena tembak dan (kita
boleh panggil choreography ke?) sama sahaja.. angkat penjahat hempas ke tanah...
angkat penjahat hempas ke tanah. Agak
logik tiada bunga silat sebab bapanya Pondolou bekas tentera yang melatihnya. Mungkin jika ada lagi sequel atau kemunculan
Ejim lagi dalam filem lain (mungkinkah Magis akan ke layar perak? Melihat
kepada ending credit... jeng jeng jeng), saya mengharap Ejim beraksi lebih
tangkas dan lincah dan tricky sesuai dengan kemahirannya dalam selok belok di
hutan.
Selain aksi berlawan, disebabkan saya ini suka secara tidak sengaja
terfikir hal logika, mood menonton saya mudah terpengaruh dengan apa yang saya
nampak dan fikir. Siapa ingat bagaimana
rupa tudung kita semasa menaiki bas mini di Kuala Lumpur suatu masa
dahulu? Agak-agak, tudung boleh nampak
cantik tak selepas turun dari bas mini tu?
Hahaha... bagaimana agaknya tudung Salina cantik terletak selepas
keretanya tergolek-golek di cerun bukit?
Pemandangan keadaan mangsa di dalam kereta yang sedang bergolek-golek di
lereng bukit juga mula-mula nampak ouchhh.. ngerinya! Tetapi kenapa mereka
masih statik di tempat duduk? Ok... saya tidak perasan pula jika mereka memakai
tali pinggang keledar. Kena tengok
semula macam ni heheh...
Lakonan Zul Ariffin hanya berdasarkan aksi-aksi dan gerak badan bagi menunjukkan
emosi amat meyakinkan. Begitu juga lakonan
Farid Kamil, Hasnol Rahmat dan Dynas Mokhtar juga sangat mantap dan nampak
natural. Namun, saya agak terkejut dengan lakonan dan lenggok suara Datuk M. Nasir,
Datin Marlia Musa, Nabila Huda dan Faizal Hussein. Saya tak rasa natural... seperti feel tak
sampai. Sebenarnya, apabila diberitahu
pengarah filem adalah Seth Larney yang pernah terlibat dengan The Chronicles of
Narnia, saya agak skeptikal kerana menonton Narnia itu sendiri saya tidak
sampai feel sebagaimana saya menonton Avatar atau The Lord of The Ring. (Tahu kan, feel yang kita boleh rasa sebak
atau kembang hidung dan rasa seperti hendak menumbuk dada?) Yes... saya tidak rasa feel hendak tumbuk
dada itu. Nampaknya perkara itu berlaku
lagi untuk Tombiruo. Gaya percakapan
Datuk M. Nasir dan Datin Marlia pada permulaan cerita agak ‘skema’ seperti
membaca buku teks. Adakah kerana mereka
cuba meniru dialek Sabah yang tidak menjadi kerana orang Sabah ini cakapnya
bahasa baku. Begitu juga percakapan
Nabila Huda dan Faizal Hussein.
Entahlah, saya tidak dengar naturalnya.
Saya pernah menonton lakonan Nabila dan Faizal yang jauh lebih baik dari
ini. Kadang-kadang tidak perlu aksi pun,
cara cakap sudah boleh buat orang feel.
Ada beberapa scene dalam hutan (eh semua pun dalam hutan), terutama scene
Ejim dan Wan Suraya yang ketika itu malam dan pastinya sunyi, saya tidak
mendengar bunyi yang sepatutnya ada dalam hutan. Bunyi unggas ke cengkerik ke...
apa-apalah. Apa yang saya dengar suara
mereka ini seperti dalam kotak atau bilik kosong. Saya tidak merasa berada di tempat itu
walaupun pemandangan indah Hutan Keningau dengan sayup-sayup Gunung Kinabalu
tersergam indah. Seolah-olah suara dan
watak di tempat lain, bukan di hutan itu menjadikan feel tidak sampai... tidak
real. Mujurlah aksi Hasnol Rahmat di
akhir cerita serta lakonan Micheal Chen yang tidak menghampakan berjaya menutup
cela. Sebenarnya aku tertanya-tanya dari
dulu, kenapa kadang-kadang tu, lakonan
pelakon yang sama nampak mantap dalam drama tetapi bila mereka berlakon filem
nampak sedikit canggung atau kaku, ya?
Oh, sebelum terlupa, watak Monsuroi nampak meyakinkan dengan lontaran suara
dan bahasanya namun mood terpotong seketika apabila melihat di sebalik kedut
tua Monsuroi itu nampak licinnya wajah beliau dan jarinya yang mulus ketika
memegang uri hehehe...
Plot cerita Tombiruo tidak membosankan namun predictable.
Agak mengejutkan kerana novel RAM biasanya banyak twist. Seolah-olah senang sangat orang jahat tu
kantoi dan penonton tidak puas untuk berfikir secara analitik dan berspekulasi
dan beranggapan itu ini, tahu-tahu pekung penjahat sudah
dibuka...alaaaaaaaaaaaa... senangnya! Begitu
juga bagaimana Ejim dan Amiruddin ‘disatukan’ juga senang sangat. Jika datang dengan mode Detektif Conan, mohon
turunkan skala ingin tahu anda. Just
enjoy it...
Saya harap orang tak marah saya.
Sesungguhnya monyet tidak jatuh dengan angin taufan ribut badai tetapi
jatuh kerana angin sepoi-sepoi yang mengasyikkan... heh heh heh...
0 comments on "Ala-ala Review : Tombiruo Penunggu Rimba"
Post a Comment