Thursday, May 25, 2006

Api Naik! Api Naik!


Datuk Seri Lim Keng Yaik
Malam tadi semasa menonton Buletin Utama, sesuatu yang telah diduga selepas setiap pilihanraya telah berlaku. Warga Malaysia dipaksa untuk menerima kenaikan tarif letrik sebanyak 12%. Terpaksa dalam rela la kami menerimanya. Pada mulanya Menteri Air, Tenaga dan

Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik mencadangkan kenaikan adalah sebanyak 20%, tetapi setelah mempertimbangkan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah, kerajaan memutuskan untuk menaikkan 12% sahaja.

Kenaikan ini tidak memberi impak bagi yang menggunakan 200kilowatt sejam yang nilainya adalah kurang daripada RM43.60. Kadar bagi pengguna ini ialah 21.8sen bagi setiap kWj. Maknanya, kadar baru ialah 24.42sen selepas kenaikan 12%. Menurut sumber berita dari Utusan dan Berita Harian, bagi isi rumah yang menggunakan antara 201kWj dan 300kWj, mereka hanya akan mendapati peningkatan bil adalah dari 3sen hingga RM3.10 sahaja.

Ada persoalan dalam kepala aku. Bagi yang menggunakan elektrik melebihi 200kWj, bagaimanakah cara pengiraan bil boleh dilakukan? Terdapat 2 cara.

Mula-mula kita kena tau dulu bayaran asal sebelum kenaikan bagi penggunaan 300kWj:
Jumlah bayaran = 300kWj x 21.8sen = RM65.40

Cara Pertama - kenaikan selaras
Jumlah bayaran = 300kWj x 24.42sen = RM73.26
Kenaikan = RM73.26 - RM65.40 = RM7.86
Kenaikan melebihi RM3.10.. so tipu la!

Cara Kedua - kenaikan dikira bermula dari 201kWj
Jumlah bayaran = (200kWj x 21.8sen) + (100kWj x 24.42sen) = RM68.02
Kenaikan = RM68.02 - RM65.40 = RM2.62
Kenaikan tidak melebihi RM3.10... so yang ni betul.

Jadi, lepas ni kalau bil sampai kenala kira macam akak kira ni ye adik-adik :)

1 comments on "Api Naik! Api Naik!"

Anonymous said...

baguih la ko ni rin...dok amik tahu pasal tariff letrik..kalau aku...bayar jek..akkekeke

-budakbnm-

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates