Thursday, January 04, 2007

Melayu


Pengurus kami menghantar e-mail yang mengandungi puisi berikut.

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu


Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan tofu


Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senggek [sic] atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu


Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BO leh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


-author unknown-



2 comments on "Melayu"

Kurma on Mon Jan 08, 02:54:00 PM said...

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa yang negatif sahaja yang disebut-sebut pasal melayu ni. Padahal banyak lagi yang positif.

Lagi banyak negatif kita cakap pasal seseorang, lagi bertambah negatif la orang tu. Macam dulu-dulu mak aku selalu kata aku lembap tak macam akak2 aku. Mungkin tujuannya utk mencabar aku, tapi lama-lama aku fikir, buatpe aku nak sibuk2 fikir.. lembap pun lembaplah.. takde kuasa aku nak lawan orang lain heehhe...

Kurma on Mon Jan 08, 02:59:00 PM said...

Apa.. salah ke kita pergi pasar malam?
Salah ke kita pergi Karnival Jomheboh kalau untuk dapatkan maklumat dan barang2 murah?

Dan pasal baca al-Qur'an untuk halau hantu.. mungkin ada segelintir yang begitu saja. Tp masih ramai yg mengamalkan ayat al-Qur'an sebagai amalan harian.
Professional melayu kadang2 terlalu sibuk bekerja sehingga tak sempat balik awal dan belajar agama. Professional melayu ramai bekerja di syarikat melayu/bumiputera.
Tapi boleh jamin ke semua syarikat tu membuat program belajar agama dan mengaji, tazkirah atau ceramah untuk staf mereka?
Takde ke orang nak balun syarikat2 ni dalam sajak mereka? hehehehe

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates