Friday, February 23, 2007

Merisik Khabar


Semalam 22 Februari 2007 genaplah 15 tahun pemergian Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Pagi ni bila aku bukak TV3, Malaysia Hari Ini mengutarakan isu tentang Allahyarham. Macam-macam rupanya cerita tentang Allahyarham yang begitu menarik sekali. Allahyarham bukan sahaja seorang penghibur berkaliber, tetapi juga seorang yang berjiwa patriotik. Aku baru tahu rupanya Allahyarham pernah mengadakan konsert secara percuma yang dihadiri berpuluh-puluh ribu orang di Jalan Chow Kit. Apa yang menariknya, konsert tu dihadiri oleh berbagai bangsa dan sememangnya peminat Allahyarham terdiri dari seluruh rakyat Malaysia. Aku juga tadi ada dengar, menurut pengacara MHI si Fedtri tu, ada seorang pencopet cuba nak copet duit Allahyarham. Tapi setelah mengetahui orang yang dicopet itu adalah Sudirman, pencopet tu boleh pulangkan semula wang kepada Allahyarham. Pencuri pun sayang kat dia..

Apa-apa pun sebenarnya aku begitu tertarik dengan lagu Merisik Khabar semasa dipasangkan pagi tadi. Lagu ini yang dibawakan oleh Allahyarham semasa Pertandingan Akhir Muzik-Muzik 1987 membolehkan Allahyarham menjuarai Persembahan Terbaik ketika itu.

Aku amati liriknya sememangnya menyentuh kalbu. Aku rasa lirik ni kena dengan aku.. ketika ini dan sebelum ini. Merisik khabar dalam diam, dan memendam rasa kepedihan hati. Aku tak dapat meluahkannya di sini, biarlah aku simpan sendiri. Biarlah hanya Tuhan sahaja yang mengubati luka aku.. dan aku tau hanya Dia yang memahami dilemaku.

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

0 comments on "Merisik Khabar"

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates