Biasanya aku akan cuba untuk meningkatkan keyakinan diriku untuk menghilangkan rasa down tu. Kadang-kadang bukan sebab sedih, tapi untuk meningkatkan prestasi dan muhasabah diri, aku akan cuba menilai kembali siapa diri aku yang sebenarnya?
Aku rasa aku sudah banyak berubah sejak dulu. Aku rasa elok aku listkan sifat-sifat positif yang ada pada diri aku supaya aku ingat aku sebenarnya seorang yang boleh berjaya dan pernah berjaya. Dan aku yakin aku masih ada masa untuk mencapai kejayaan sekiranya aku mengamalkan semula ciri-ciri hidup aku dulu.
- Aku seorang yang fokus.
- Aku berkeyakinan tinggi dan mampu mengatasi masalah yang mendatang.
- Bagi aku, masalah hanyalah cabaran hidup yang pasti boleh diselesaikan.
- Aku tidak peduli apa orang fikirkan tentang diriku, yang penting aku tidak menyusahkan orang dan membuat orang lain gembira.
- Aku happy dengan hidup aku.
- Aku mengimpikan suasana berpasangan yang romantis dan membimbing antara satu sama lain, taat agama.
- Aku mengimpikan untuk bersabar dengan pasangan yang dianugerahkan padaku.
- Aku mahu ajar anak aku tentang hidup dan tujuannya.
- Aku seorang pemimpin semasa kecilku.
- Guru sering menjadikan aku contoh dan melantik aku memimpin rakan-rakan.
- Aku pernah berjaya mengurangkan sifat baran semasa di US.
- Aku pelajar terbaik di sekolah rendah. Aku pelajar terbaik di Tingkatan 3 Sek. Seri Bedena. Aku pelajar Biologi terbaik Tingkatan 4 di MRSM Jasin. Aku seorang scorer sebelum ke WSU.
- Pensyarah MCC pernah berkata aku berbakat menjadi seorang programmer.
- Head aku pernah berkata pemikiranku tajam (sharp) dan rakan-rakan bersetuju mataku tajam dan observant.
- Aku komited dengan kerjaya.
List ni akan bersambung dan bersambung bila aku ingatkan lagi .. siapakah aku?
1 comments on "Siapakah Aku?"
Hi Rin, camne ko control baran ko di US? agaknya sbb sejuk kot cuaca kat sana..ekekekke..
anyway, aku tahu ko mmg cerdik akal dan berbakat orgnya ..sejak lama dahulu...jadi, rugi kalu tidak digunakan kecerdikan dan bakatmu yg terpendam itu..
Post a Comment