Beberapa hari lepas aku mendapat satu artikel yang ditulis oleh seseorang bernama Stephen Covey. Artikel ni mengenai prinsip 90/10. Menurut penulis, 10% perkara yang berlaku di dalam hidup kita ni tidak dapat kita kawal. Selebihnya sebanyak 90% merupakan hasil daripada respon kita terhadap perkara-perkara yang bukan dalam kawalan kita. YA! kitalah penyebab majoriti yang berlaku dalam kehidupan kita.
Aku memanjangkan artikel tu kepada kawan-kawan dan mereka semua kata, memang betul apa yang ditulis tu. Sekarang ni, kami semua sedang berusaha untuk mengawal keadaan dan belajar untuk bertindak dengan bijak terhadap apa yang berlaku. Kehidupan kita begitu banyak tekanan dan adakalanya tekanan itu datang dari cara kita bertindak terhadap sesuatu perkara. Tekanan itu datangnya dari diri kita sendiri.
Adakah kita boleh mengawal kelancaran trafik sewaktu pagi-pagi kita hendak pergi kerja? Tidak, bukan? Jadi haruskah kita marah-marah dan membunyikan hon yang akan menyebabkan jiwa kita dan jiwa pemandu lain sakit? Kenapa tidak kita terima sahaja keadaan itu, relaks dan mendengar lagu-lagu yang menenangkan di corong radio? Atau kita boleh sahaja mengambil masa itu untuk merancang kerja di pejabat?
Ketika ini aku ingin mempraktikkan prinsip ini dalam kehidupanku sebagai isteri dan ibu. Melayan kerenah anak yang kurang akalnya memang menguji kesabaran. Kadang-kala aku merasakan aku tidak dapat berehat atau tidur lena sejak bergelar ibu. Tekanan perasaan meluap-luap. Adakah boleh aku berpatah balik untuk menjadi seorang single? Adakah aku akan gembira sekiranya aku masih sendirian? Lain orang, lain perancangan untuk mereka, dan apa yang sedang aku alami ini, berkahwin dan mempunyai anak, sesungguhnya bukanlah di dalam kawalanku. Tidak! Ini adalah perjalanan hidupku dan aku wajib menerimanya. Apa yang diberi padaku, itulah yang terbaik buatku. Bagaimana aku nak handle pemberian-pemberian ini, itulah yang aku harus tentukan. Dan aku memilih untuk merasa bahagia dan menerima sepenuhnya pemberian ini selagi aku diberi peluang.
Refund dari AAX
2 years ago
1 comments on "Prinsip 90/10"
melayan kerenah budak ni mmg meletihkan da menguji mental!
Post a Comment