Letih aku malam tadi. Tak lena aku tidur malam dibuatnya. Aku sebenarnya bukanlah jenis sambut sangat Mother's Day ni. Bagi aku setiap hari pun adalah Hari Ibu sebab hari-hari mesti doakan dia dan berbuat baik sentiasa kepadanya. Dan selalu pun aku hanya sms je mak aku, atau call je bagitahu Selamat Hari Ibu, sambil tersengih-sengih macam kerang busuk sebab budaya dalam keluarga aku ni takdela nak memaksa kitorang sambut beria. Hari jadi pun kitorang takde sambut. Siapa ingat sape-sape punya birthday tu, wish je la.. rajin sikit bagi hadiah. Kalau tak ingat takde jadi kudis pun.. takde nak kecik hati punya.
Tapi, semalam adik aku ajak balik kampung sambut Hari Ibu. Dah dia ajak tu tak sedap hati pulak. Aku memang takde plan nak balik kampung sebab aku baru balik. Lagipun masa balik haritu (memang balik hari je).. aku dah cakap kat Abangku, bulan depanla baru balik. Tapi, aku rasa macam kesian pulak kat adik aku. Tambah pulak selama ni asik sambut Hari Ibu di rumah mentua, so aku rasa takpela balik kampung. Syukurla Abangku memahami.
Aku dengan adik aku plan, malam Sabtu nak makan besar di Sg. Haji Dorani. Hari Ahad masakla apa2 konon2 special. Skali tup-tup aku dapat SMS dari adik aku dia kata mak aku tak teringin langsung makan luar. Padahal aku cakap kat dia jangan susah2 masak ari Sabtu tu. Aku dan Abangku dan adik aku ni memang teringin sangat nak makan kat Sg. Hj Dorani tu dari masa Abah aku masih bernyawa lagi. Teringin sangat2 tapi tiap kali nak pergi mak aku masak so kitorang tak payah keluar. Terpaksala kami semua mengalah. Tapi ni dah bagitau awal2 pun dia masih nak masak juga.
Lepas tu hati aku bengkak lagi aku dapat sms dari adik aku, dia kata mak aku cakap patutnya anak2 yang masak untuk mak. Aku rasa sedih la plak, apa salahnya malam Ahad makan luar, hari Ahad kitorang masak, memang nak masak pun. Walau aku kecik hati juga, tapi aku cuba carik rasional di sebalik semua ni. Aku fikir, masa aku kecik mak aku mungkin seperti aku menahan tekak dan selera untuk memenuhi selera anak-anak yang ramai. Kenapa aku tak boleh pulak tunaikan apa dia nak walaupun aku terpaksa berkorban tak merasa nak makan kat Sg. Hj Dorani tu, kan? Cuma aku terfikir, adalah lebih baik untuk aku tidak menyambut Hari Ibu kalau sambutan tu buat hati mak aku terluka ke apa ke. Selama ni tak sambut takde pun jadi pape dan jadi isu. Aku taktau nak balik kampung ke tak, cuma aku rasa aku kena balik sebab aku dah plan dengan adik-adik aku, kesian pulak kat diorang.
Tiba-tiba aku dapat berita hari ni (Sabtu), pakcik aku masuk hospital kat KL ni. So aku terus buat keputusan, tak jadi balik, baik aku lawat pakcik aku. Mak aku pun suruh, so aku rasa itu lebih membahagiakan dia dan sure takkan jadi isu. Mak aku pun akan datang KL esok dengan adik-adik aku, dan tiba-tiba aku dapat idea, Hari Ibu masih boleh disambut di rumah aku, dan kitorang boleh masakla apa-apa pun.
Hmm.. yang penting kita tahu camna nak handle situasi dan pergunakan situasi yang dah diberi pada kita hehe.. Cuma aku rasa geram jugak kat adik aku sorang ni bila aku baru tau, mak aku keluarkan ayat "patutnya anak-anak masak untuk mak" sebab adik aku tu sendiri yang gatal-gatal gurau kat mak aku suruh mak aku masak. Padahal tadi dia yang tak bagi jugak mak aku masak sebab nak makan kat Sg Hj. Dorani. Tapi adik aku ni boleh cerita separuh2 je kat aku.. mati-mati aku ingat mak aku cakap camtu sebab kecik hati. Adik aku bila dah tau aku kecik hati boleh pulak tak explain kenapa mak aku kuarkan remark tu. Patutnya benda ni tak jadi isu pun, tapi sebab adik aku dah jadi isu.. haii geram gak aku ni..
Sabar..sabar.. apply 90/10 rule.. sabar..sabar..
Refund dari AAX
2 years ago
3 comments on "Dilema Hari Ibu"
Hi rin, kalu ikutkan mak aku pon sama..dia lebih suka aku masak tuk dia berbanding makan luar..tapi, aku ni biasa je kalu balik kg tak larat nak masak..biasa pon, aku cume masakkan tuk mak aku kalu dia bertandang ke rumah aku je..kemestianke anak2 tu memasak tiap kali balik kg?
hihi milan.. kalau aku.. aku rasa memang patutla kita plak yg masak bila balik. Tp mcm aku ni malas lebih hehe.. Tp kdg2 masakla jugak.
Semalam mak aku sampai rumah aku, memang aku masak ikan bakar.. rendang kerang.. ada ayam goreng. Dia tengok pun terkejut siap kata ooo makan besar sbb tak dapat makan kat Sg Hj Dorani hehe..
Lepas tu dia kata..dia suka makan masakan org.. so aku rasa kalau aku balik masak utk dia sure dia suka la tu..cuma sbb dia lagi cekap dari aku, tak sempat aku ke dapur dia dah siap masak dulu hehe..
Tapi mak aku skang ni dah kurang makan, jaga kesihatan, maybe jugak dah kurang selera. So bila aku masak tu aku taktaula sedap ke tak.. dia kata ok je. Untungla menantu pompan dia esok..dapat mentua tak cerewet..
hmmm bloghopping dr tempat kudin, sekali terjumpa plak blog kurma ni... menarik... i like, add kat my reading list ek ;)
hmm nonie pun selalu je ajak mak makan kat luar dia takmo.. satu sbb dua byk pantang, lagi satu dia kata membazir je... huhu biasala mak mak kita ni...
btw, blh fwdkan email 90/10 kat nonie? cam interesting jer...
Post a Comment