Friday, August 08, 2008

Yana ke Aquaria, KLCC




















Semasa aku pulang dari kerja nak ambil anak-anak (eh macam ramai pulak bunyinye), akak nursery bagitau ada rombongan tadika ke Aquaria, KLCC. Dia offer kalau Yana nak ikut sekali pun boleh, yuran RM22 aje, makanan disediakan.

Aku pun balik rumah dan mesyuarat tingkap seperti biasa. Dalam masa yang sama Yana asyik cakap dia akan pegi "kcccc" (KLCC le tu).. kesian jugak. Tapi setelah menimbang melontar segala bagai pandangan, aku dan Abangku bersetuju untuk tidak membenarkan Yana pergi. Alasan : risau dia tak ikut cakap cikgu, merayau sorang, atau main menyorok-nyorok macam yang selalu dia buat bila kami shopping.

Tetapi setelah beberapa hari aku terfikir, lambat laun dia akan ke tadika juga dan dia mesti kena ikut segala aktiviti sekolah. Selain tu, berdasarkan pemerhatian psikologi kanak-kanak, mereka akan membuat aktiviti bersama kawan-kawan dan biasanya mereka akan mengikut arahan cikgu atau orang lain selain ibu bapa mereka. Maka aku pun membuka semula kes kepada Abangku dan melalui alasan-alasan logik hehe.. usul diterima.

Maka, pada 5 Ogos 2008, pergilah Yana mengikuti trip pertama bersama kawan-kawan ke Aquaria, KLCC. Pagi-pagi aku dah bangun memotong buah untuk dibawa bekal serta sebotol air oren hehe eh lupa plak ambil gambarnya. Ku masukkan ke dalam beg sandang cap Pureennya.
Aku masukkan juga duit RM10 untuk beli souvenir atau makanan, tetapi cikgu memulangkannya kerana bahaya budak-budak bawa duit, selain mereka takkan singgah untuk beli apa-apa. Barulah aku faham kenapa budak-budak sekolah yang datang semasa Premier Cup tidak dibenarkan membeli apa-apa oleh cikgu mereka dulu.

Wah, gembira sungguh si Yana bersama kawan-kawannya. Tak henti-henti dia melambaikan tangan pada aku hehe.. Balik petang tu sibuklah dia bercerita tentang ikan jaws hahaha.. Bertuah dia dapat tengok orang bagi makan ikan..

Alamak, rasa macam tua pulak anak aku dah nak masuk tadika dan pandai pergi rombongan. Mula-mula memang risau tapi aku harus berani untuk menunjukkan keindahan dunia pada Yana.

0 comments on "Yana ke Aquaria, KLCC"

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates