Semalam berbuka puasa aku masak siakap kukus. Bila puasa macam-macamlah kita teringin hendak makan. Maka, aku pun merekalah satu resepi yang aku rasakan resepi terbaru dari Aku Perasan Sedap Sdn Bhd. Aku tidak merujuk kepada mana-mana resepi, jadi aku yakin itu resepi aku.
Senang sahaja resepinya. Aku potong lobak panjang seinci dan bunga kubis yang kupetik dari taman pasar malam. Sayuran itu direndam dalam air garam. Sementara garam itu membunuh segala ulat-ulat yang tidak kelihatan, aku kerjakan si ikan siakap.
Ikan siakap yang sudah dibasuh dengan air asam itu, aku lumur cukup-cukup dengan garam. Lepas itu, aku picitkan limau nipis aku sapu-sapu pada badan ikan yang tersayang. Tidak lupa setengah kiub perisa tomyam aku hancurkan dan ratakan pada badan dan perut ikan. Ahaaa.. inilah yang menjadi kunci resepi baru aku sebab sebelum ini aku tidak pernah guna kiub tomyam. Aku sudah dapat membayangkan rasanya pasti ala-ala tomyam, ada pedas-pedas dan masam-masam. Tidak lupa kuhiriskan halia, serai dan cili padi. Separuh aku sumbat dalam perut siakap, dan separuh lagi kutaburi sahaja.
Aku ambil pula sayur dan membasuhnya lagi. Kugaulkan garam pada sayur itu supaya senang aku hendak mengagak adakah kandungan garam bersesuaian dengan kuantiti sayur. Kusumbatkan lobak dan bunga kubis itu sedikit dalam perut ikan, dan selebihnya aku taburkan di dalam loyang itu. Aku tabur lagi sedikit garam ke dalam loyang sebelum memerah lagi sedikit limau nipis. Kemudian, aku kukus siakap itu sehingga setengah jam.
Hidangan siakap kukus itu ditemani oleh telur dadar dengan hirisan tomato dan kacang panjang goreng belacan. Sungguh berselera rasanya aku menikmati juadah itu. Aku yakin aku pasti dapat markah lebih. Selesai menjamu selera, kutanyakan Abangku markahnya. Adake patut dia hanya bagi aku 7 markah. Bila aku minta tinggikan lagi dia bagi 7 setengah markah. Nampaknya kena ada juga masakan pedas dalam erti kata pedas yang sebenar baru aku boleh dapat sekurang-kurangnya 8 markah.
Resepi mana pula yang pedas tetapi tidak membocorkan perut Abangku? Aku rasa mungkin sambal yang warnanya mestilah merah. Lain kali aku cuba lagi.
Refund dari AAX
2 years ago
3 comments on "Siakap Kukus Resepi Baru Sdn Bhd"
perghhh!!! siakap kukus tuuu...sedapnyerrr...
na merah .. pedas tak pedas belakang kira .. ish .. takleh imagine aku keserokan ikan siakap bila di lumur ngan limau nipis .. macam nak mandi bunga laks .. hahah a.. by the way leh caya ke resepi ko tuh .. kalau leh caya nak juga aku cuba .. tapi kalu aku masak biasanya abg aku bagi 10 .. berani dia bagi kurang .. nanti aku bagi makan pinggan jer ... hahahaha .. acah ajerrrrr
ahah.. siti.. as.. cubala respiku itu.. alamak aku dok taip ni terliur lak hehehehe..
pose..pose...
Post a Comment