Friday, October 09, 2009

Seni Buat Bodoh


Norfazidah merasa begitu tertekan.  Suasana di pejabat dirasakan hingar-bingar tidak ubah seperti pasar borong.  Dia sudah tidak kuasa memikirkan apa-apa lagi apatah lagi mengambil tahu apa yang diperbalahkan oleh rakan sekerjanya.  Telinganya ditutup rapat tetapi bukan dengan tangan.  Matanya terkatup tetapi masih celik.  System shutdown.  Fokusnya ditukar kepada perkara lain.  Mungkin membalas e-mel rakan-rakan kesayangan atau menyiapkan tugasan.

Norfazidah dengan dunianya sendiri sehinggakan dia tidak tahu butir cerita perbalahan itu.  Malahan dia tidak merasa lagi tekanan akibat suasana yang hingar-bingar tersebut.  Bagi aku, Norfazidah telah berjaya mempraktis 90/10 Rule, satu seni yang aku panggil Seni Buat Bodoh.

Baiklah aku ringkaskan apa itu 90/10 Rule. Ia adalah satu praktis yang diangkat oleh Mr. Stephen Covey bahawa 90% daripada apa yang berlaku ke atas diri kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri.  Contohnya, kalau anak kita tumpahkan kuah kari ke bajunya, kita mungkin marah-marah, seterusnya menghilangkan mood kita dan mengecilkan hati anak itu.  Rentetan dari mood yang sudah rosak itu akan membawa kesan-kesan dan pemikiran negatif lain.  Bila kita kira semula, perkara yang kita boleh kawal adalah 90% daripada keseluruhan perkara yang telah terjadi, manakala hanya 10% iaitu anak menumpahkan kari tidak dapat kita kawal.

Pada pendapat aku, mengawal apa yang berlaku dan apa yang akan kita lakukan ada seninya.  Setiap perkara yang seni itu perlu ditangani dengan sabar.  Tetapi mana satu yang datang dulu?  Buat bodoh ataupun sabar?  Mungkin orang yang telah ada kesabaran mampu buat bodoh secara automatis.

Mungkin aku boleh reverse, buat-buat bodoh dahulu dan mengharapkan kesabaran akan datang kemudian.  Aku pernah dengar, bila kita rasa nak marah, kita tarik nafas dan kira sampai 10.  Mungkin masa tu boleh buat bodoh.

Jadi, kalau kari tumpah pada baju anak aku, aku buat bodoh dengan cara menikmati kari yang ada di pinggan sendiri, tambah 2 3 kali lagi sampai kenyang.  Kemudian baru aku tukar sahaja baju budak bertuah tu.
Boleh tak agaknya sambil-sambil tukar baju tu aku cubit dia sikit?



5 comments on "Seni Buat Bodoh"

Siti R on Fri Oct 09, 10:32:00 PM said...

Menurut firasatku, kalo ko cubit sikit pon akan melanggar 90/10 rule tu. Oleh yg demikian, kiralah 1 sampai 10 semasa menukar baju anak ko tu sambil buat2 bodoh...pasti sifat kesabaran ko akan terserlah dengan sendirinya...

En. Stephen Covey pon setuju dgn pendapat aku ni...hehehe...

Fara on Sun Oct 11, 03:48:00 PM said...

ehem ... kasik update sket blog url aku tuh ekekeke!

Kurma on Mon Oct 12, 12:33:00 PM said...

ooo ko la yg ajor stephen covey ek siti? ehhehe..

fara.. aku taktaula ooo arr ell blog ko yang baru.. dr blog elin pun tak dpt masuk camno?

Fauziah on Tue Nov 17, 02:40:00 PM said...

huhuhu... berseni sungguh penulisan ko. ko nak menulis untuk PTS ker nih rin?

Kurma on Fri Nov 20, 08:53:00 PM said...

huk aloh chilun.. aku baru pasan komen ko ni apsal blogger dah tak email aku ek latest comment.

Aku berangan je chilun nak menulis.. hihihihihi.. ok ape.. berangan itu free hehehehehe

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates