Wednesday, February 10, 2010

Moral Seorang Lady Driver



Sambil-sambil memandu aku mesti terfikir, orang sering mengatakan pemandu wanita ni culas.  Orang putih kata reckless, careless, absent-minded.  Sampai ada ketika aku merasa rendah diri dan kecil di jalanraya walaupun aku tidaklah kecil atau rendah.  Hendak memotong pun rasa malu.  Hendak memecut pun takut-takut. 

Seringkali aku dapat e-mel yang mengandungi gambar-gambar yang menunjukkan kecuaian pemandu wanita.  Sehinggakan aku akan mengintai semula penutup tangki minyak kereta selepas mengisi petrol.  Takut tangki tidak bertutup atau terlupa menyangkut semula paip petrol (apa orang panggil benda tu ek? .. yang macam pistol air tu).  Aku terfikir teruk benarkah pemandu wanita?

Sebuah kereta mengekoriku di lebuhraya dengan begitu rapat sekali.  Lagi dia rapat, lagi aku jauhkan jarak dengan kereta di hadapanku.  Maaf, aku bukan selemah itu.  Aku mengikut teori pemanduan jarakkan 2 saat untuk pemanduan biasa dan 4 saat bila diekori dengan rapat.  Aku lihat melalui cermin pandang belakang, pemandunya lelaki.

Aku sedang memandu di lorong kanan dan secara tiba-tiba sebuah kereta di lorong kiri terus masuk di hadapanku tanpa memberi signal.  Aku pun bagi lampu tinggi kepadanya.  Bila aku memotongnya aku sempat menoleh.  Pemandunya seorang lelaki.

Sebuah kereta lain di hadapanku asyik membrek.  Sikit-sikit brek.  Sikit-sikit brek.  Lampu brek rosak, atau brek rosak?  Mungkin kaki lenguh asyik nak landing kat pedal brek?  Bila aku berjaya memotongnya aku lihat pemandunya lelaki. 

Ada kereta macam Terminator rosak.  Terminator ni kereta yang tidak menyalakan lampu pada waktu malam.  Eh, siap bagi lampu tinggi pula bila aku nak melintas dia takut aku langgar dia.  Boleh pula menyala lampunya?  Aku tengok pemandunya lelaki.  

Ada pula yang jenis bila hujan lebat sikit, mesti pasang lampu kecemasan.  Aku rasa orang ini kena dengar ayat macam iklan talian 999 di televisyen tu.  SILA GUNAKAN SEMASA KECEMASAN... KE...CE...MA...SAN... Apa pasal dia cemas sangat bila hujan lebat?  Buka lampu  besar sudahlah.  Mesti orang ini jawab salah soalan objektif semasa ujian memandu (sebab aku pun jawab salah dulu kah..kah..).  Sekurang-kurangnya aku ambil iktibar.  Siapa yang tak ambil iktibar ni?  Aku lihat pemandunya lelaki.

Di simpang samada ada traffic light atau tidak, cukuplah sekadar 2 saat lewat bergerak, pasti ada yang membunyikan hon.  Maaf ya, aku mesti memastikan jalan benar-benar selamat untuk melintas.  Kalau eksiden, ada orang nak bayarkan?  Pemandu lelaki yang hon tu pasti orang pertama larikan diri.

Ada yang sangat yakin dia berada di litar lumba F1 Sepang.  Cilok sana, cilok sini.  Buka pula lampu tinggi nak suruh aku ketepi.  Jangan kau dekat walau seinci, aku pasti buat tak reti.  Siapa pemandunya?  Siapa? Siapa?  Pandaaaaaaaaaaaaaaaaaiiii... siapa lagi kalau bukan lelaki.

Semasa hendak memulakan kembali perjalanan, sebuah kereta tiba-tiba kematian enjin.  Tersengguk-sengguk dan tersedak kereta tu.  Di dalamnya ada 4 org pemuda yang sedang ketawa sambil menahan malu.  Pemandunya juga malu.  Yelah, tentulah pemandunya lelaki.

Sebuah kereta dengan penuh gaya ala James Bond masuk ke petak parkir.  Tapi sayang, garisan kereta tidak selari dengan garisan kotak parkir.  Kereta senget 45 darjah mungkin mencecah 76 darjah.  Ada juga yang keretanya tidak berada di dalam petak.  Mungkin semasa belajar matematik dulu, dia mesti tak tulis nombor dalam petak.  Mesti cikgu matematik dia pening.  Aku tengok pemandunya lelaki juga.

Terima kasih kaum lelaki.  Kisah ronda-ronda di atas membuatkan self-esteem aku sebagai pemandu wanita semakin meningkat.  Aku tidak lagi gentar berada di jalanraya.  Sebabnya?  Kau dan aku sama sahaja atau aku dapat rasakan pemandu wanita tidaklah seteruk kau orang....hahaha...

8 comments on "Moral Seorang Lady Driver"

fndrocka on Thu Feb 11, 08:31:00 AM said...

kau ni semua dok cerita pemandu lelaki je..takde cerita ke pemandu perempuan yg reckless?

kalau lelaki lak...dia akan cerita pasal semua pemandu perempuan yg reckless.

so..dlm soal ni..kena tanya pondan.barulah tak bias.

mohamad kholid on Thu Feb 11, 04:57:00 PM said...

sebenarnya bukan fasal gender... tapi pengalaman memandu.

Kurma on Thu Feb 11, 10:40:00 PM said...

fndrocka: pondan pun laki.. hehehe... ala cite perempuan reckless driver dah banyak sangat.. aku counter attack je :P

En. Mohamadkholid: ya betul, tapi orang mesti pandang serong pada perempuan bila memandu.. isk isk...

mekasihla sebab korang tak pandang serong :D

Siti R on Thu Feb 11, 11:04:00 PM said...

Ya Rin...aku sukaaaaaa sangat entry ni... ^_^Y

Hidup, Rin! Berhati2 di jalan raya, ya...haha..

Kurma on Fri Feb 12, 12:00:00 AM said...

tq Siti.. nanti free kita merempit eh? hihihiihih

Siti R on Fri Feb 12, 10:45:00 PM said...

Ok, set...eheheheheh...

Aku akan pilih entry ni sbg salah satu entry utk di'blook'kan...heheh

AttOkz Dikulgai said...

Pn.Rin,
Saya sgt suka dengan entri ini. Ada moral dan pengajaran 'suci' yang tersembunyi disebalik tulisan. Orang jawa kata ~ have a philoshophy.
Saya sgt setuju dengan Sdr MohamadKholid, bahawa cara memandu bukan terletak pada gender...tapi terletak pada empirisme SIKAP.

* Saya 'vote' entri ini untuk diblook'an. sama setuju dengan Mak ET.
* Pssst...pam minyak yang macam 'sepetol air' tu di panggil Nozel. hehehehe~

Kurma on Tue Feb 23, 06:08:00 PM said...

haha Tuan AttOkz.. dapat juga menelah falsafah memandu itu ya.

Terima kasih, ya itulah sebenarnya. Semuanya kerana sikap. Ayat hujung tu saja nak provoke je :D

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates