Berkuatkuasa Januari 2010, budak perempuan itu tidak dibenarkan menggunakan komputer bermula Ahad malam hingga Khamis. Dia hanya boleh menggunakannya pada hari Jumaat malam sehingga siang Ahad sahaja.
Pada hari-hari larangan tersebut, dia dikehendaki membaca, membaca, membaca, menulis dan menjaga bermain dengan adiknya.
Hasilnya, semalam dia telah bertindak memasang sendiri komputernya. Dia sudah tidak peduli dengan jelingan mataku. Aku dapat melihat rakusnya jari-jemari kecil itu menari-nari di atas papan kekunci yang veteran itu. Punat-punat pada monitor juga ditekan-tekan.
Memang.. memang dia seorang yang tegar!
Sayang betul dia pada komputernya.. siap cover monitor tu.. ish ish..
2 comments on "Tegar Seperti Aku?"
Hehehe...like mother like daughter..hehe..
Barula namanya pewaris hehehehe
Post a Comment