Kenapa ada orang tidak mahu mengambil tanggungjawab?
1. Tiada keyakinan diri
2. Malas
3. Malu
4. Sibuk
5. Bebanan
6. Pelupa
7. Jahil
8. Berfikiran negatif
9. Tidak bertanggungjawab
10. Takut
Bagaimana mengatasi elemen-elemen negatif di atas? Bagi aku, tanamkan sifat rajin, buang rasa malas, insya-Allah yang lain-lain akan dapat diatasi. Bila rajin :
1) Boleh pergi kursus motivasi meningkatkan keyakinan diri.
1) Boleh pergi kursus motivasi meningkatkan keyakinan diri.
2) Sifat malas akan hilang.
3) Menghapuskan bisikan-bisikan yang mengatakan kita poyo atau gila kuasa. Orang yang mengatakan kita poyo itulah yang akan menjadi poyo bila memegang tanggungjawab. Teruskan untuk mengamalkan "Teknik Menghilangkan Malu Dari Ponorogo" - sila rujuk buku Detektif Bertudung Hitam oleh Bahruddin Bekri.
4) Mencari masa lapang atau belajar menguruskan masa. Jadi Perdana Menteri lagi sibuk!
5) Tanggungjawab menjadi minat, bukan bebanan. Badan pun rasa lebih ringan.
6) Selalu membuat catatan supaya tidak lupa.
7) Selalu belajar dari yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
8) Sifat positif akan mengecas di dalam diri.
9) Minda "kalau aku tidak buat, siapa yang akan buat" akan mengelakkan kita bergantung dan berharap orang lain akan membuatnya. Contoh, ambil tanggungjawab untuk memberhentikan kenderaan bagi memberi laluan kepada pejalan kaki melintas. Cuba tengok, jika tidak buat, ada orang lain buat?
10) Hilangkan perasaan takut dengan melengkapkan diri dengan ilmu. Percayalah, ilmu adalah kuasa! Gaban tidak akan bertukar dalam 2.5saat sekiranya dia tiada ilmu bagaimana untuk menukar dirinya.
0 comments on "Tanggungjawab"
Post a Comment