Geli atau tidak? Kalau seekor ulat mungkin tidak diendahkan. Bagaimana jikalau ulat itu banyak seperti dalam rancangan Aduan Rakyat TV3 Ambil Berat minggu lepas? Aku pasti satu kampung berjoget-joget kegelian. Ulat kalau banyak bisa menggegar satu Lembah Klang.
Sama juga kalau yang sejenis ulat ini keluar. Diam-diam ulat ini mula menyerang dan bakal meninggalkan virus. Ulat ini akan memastikan virus terus tersebar melalui genetik sehingga keturunan yang akan datang. Jangan risau, virus daripada ulat ini tidaklah merbahaya seperti H1N1, B1N1 atau JE. Malahan, virus ini akan memastikan penawar virus-virus lain termasuk HIV terhasil dan seterusnya membentuk generasi lebih tinggi sifat mahmudahnya, insya-Allah.
Ya, 16 Januari 2010 hanyalah satu permulaan bagi golongan ulat ini untuk bertindak. Sebagai salah satu ulat yang terlibat, aku dapat merasakan gelombang yang kami hasilkan mampu menarik sokongan ramai. Buat ulat-ulat buku di luar sana, kalian tidak keseorangan lagi. Teruskanlah tabiat kalian membawa buku atau apa sahaja bahan bacaan walaupun kalian mungkin tidak membacanya. Sekiranya kalian ulat yang shopaholic, teruskan sahaja membeli-belah tanpa rasa bersalah. Buktinya? Lihat ini .
Aku sudah mengantuk. Aku hendak bermimpi mendapat buku-buku percuma dari ulat yang shopaholic.
0 comments on "Bila Ulat Keluar"
Post a Comment