Apa yang aku buat pagi-pagi buta begini? Buta ke pagi ini? Kenapa pagi dikatakan buta? Malam pun orang kata buta juga. Apalah salah pagi dan malam dikatakan buta? Adakah kerana pagi dan malam tiada mata? Jangankan mata, kaki dan telinga pun tiada. Kenapa tidak dikatakan malam pekak atau pagi kudung?
Sebenarnya aku hendak mencari idea. Tiba-tiba aku pun dapat idea. Walaupun idea yang datang ini bukan idea yang dicari tetapi aku rasa ia boleh memberi idea yang dicari pada waktu lain. Mungkin juga idea ini bisa menggegar urat saraf orang lain yang bakal menerima idea segar. Ideanya adalah aku hendak cerita sesuatu.
Sewaktu aku sedang khusyuk menatap skrin komputer di pejabat (aku tatap sahaja kerana komputer aku agak biol sebiol diriku ketika itu), aku mendapat panggilan dari ibu mertuaku. Beliau memberitahu ada kad untukku dari G.D.E.X sampai ke rumahnya. Mungkin ibu mertuaku tidak perasan kehadiran posmen maka kad tersebut ditinggalkan. Di atas kad itu tertulis Sistem Televisyen Malaysia. Eh, itu TV3 tu. Seingat aku, kali terakhir aku melibatkan diri dengan TV3 (pertama kali sebenarnya), adalah 2 tahun lepas ketika membawa Yana audition sebuah rancangan kanak-kanak.
Keesokan harinya Abangku menuntut kiriman tersebut di GD Express. Aku telah memaksa Abangku membuka sampul surat itu walaupun beliau pada mulanya berkeras agar aku membukanya sendiri di rumah. Aku memang tidak sabar. Kalau surat biasa kenapa perlu guna courier begitu?
Sebaik sahaja mengetahui isinya aku rasa macam nak melompat dan berlari-lari itik di situ juga. Memang aku tak sangka sama sekali skrip kemetot 30 saat aku terpilih. Sketsa sempena kempen Senang Dengan ICT oleh MSC-Hot FM itu telah kuhantar lebih 3 bulan lalu. Aku hantar 2 sketsa, tak tahulah mana satu yang terpilih. Aku sendiri sudah menyangka aku tidak berjaya walaupun dalam hati pernahlah juga berharap. Angin tidak ribut pun tidak, langsung tiada sebarang pemberitahuan, rupa-rupanya aku perlu menyemak sendiri keputusan di sini http://www.hotfm.com.my/ menangke/?view=archives&month= 11&year=2009 .
Alhamdulillah.. syukur...syukur.. terima kasih HotFM.. terima kasih MSC.. terima kasih Abangku dan rakan-rakan atas dorongan. Bagi aku ini adalah penutup 2009 dan pembuka 2010 yang amat baik. Harap-harap gambar-gambar ini bisa memberi inspirasi kepada diriku dan rakan-rakan lain hehe...
RM195 daripada ongkos itu telah selamat dilaburkan ke Digital Mall. Oklah kan, daripada aku beli lipstik bukan boleh dimakan pun.
Cek yang telah diterima ;-)
Please meet Black Balau from Digital Mall, 250GB portable HD idaman.
4 comments on "Memecah Kebuntuan"
Tahniah! Bestnya ko...aritu menang lirik..ni menang tulis skrip pulak...cayala!
I'm so proud (read: jeles :P) of you...hohoho..
TQ hihihi.. jeles2 tu nanti kuor buku terus ko siti.. aku lagi jeles ekekeke
congrats rin... rm500 banyak gak tu... lumayannnn... huhuh...
TQ Chilun... ahaaa.. selamat sudah aku hadam hehehe
Post a Comment