Rasanya tidak sampai seminggu aku hendak bermimpi mendapat buku percuma dari seorang yang shopaholic buku. Akhirnya mimpi jadi kenyataan hujung minggu baru-baru ini.
Aku yakin ramai orang akan cemburu kepadaku. Sungguh baik hati saudari ini membelikan aku.. ehem.ehem.. :
1) 9 Nyawa - RAM (diberi pada hari Jumaat selepas beliau selesai melakukan facial di Amcorp Mall)
2) Quranic Law Of Attraction - Rusdin S. Rauf
3) Pilih Jangan Tak Pilih - Azzah AR
Buku (2) dan (3) disambar pada hari Sabtu tanpa menghiraukan wang di dalam dompet (oh tentulah beliau mengira dulu jumlah wang, nanti malu pula dengan Tuan Haeqal yang menjadi juruwang). Beliau suka menyalahkan orang yang mencipta istilah "Impulse Buying", istilah untuk pembeli yang tidak sengaja membeli.
Terima kasih Puan Kurma.. kao memang baik. Itulah sebab suami kau sayang banget ..aku pun sayang pada kao jugaaa. Nanti aku masakkan kurma untuk kau ya?
4 comments on "Mimpi Jadi Kenyataan"
Bahagianya hidupmu, sahabat. Engkau bertuah memiliki sahabat yang baik hati macam Puan Kurma...ahaks..
ahakz.. ko tanak berkenalan ke ngan puan kurma tu ehhehe
Sudi ke dia berkenalan dgn aku...aku ini hanya melukut di tepi gantang...hohoho..
Dia kata disebabkan melukut tu kecik dan comel, dia tadahla dengan tapak tangan... ekekkekekek..alelele...kuci..kuci kuci...
Post a Comment