Friday, January 15, 2010

Baca@LRT 16 Januari 2010


Insya-Allah, sebelum cicak batu bangun besok, aku dan Yana akan ke LRT semata-mata untuk membaca.  Kempen ini menggalakkan penumpang membaca apa sahaja bahan bacaan di dalam LRT.  Kalau dulu mungkin orang fikir siapa membaca dalam kenderaan awam tu skema dan macam agak memalukan atau perasan poyo.  Kini, membaca di mana-mana adalah trend dan akan terus menjadi trend yang cool macam aiskrim Mat Kool.  Takpun cool macam Kumpulan Kool masa 3 minit pertama persembahan mereka.  Cool juga seperti menyedut aiskrim Malaysia perisa asam boy berharga 10sen yang dibeli dari rumah makcik di sebelah sekolah Fardhu Ain di kampung dulu.


Apa kena buat?  Sila baca tentatif di sini .  Senang cerita, kerjanya membaca dari Terminal LRT Gombak sampaila ke stesen Kelana Jaya, lepas itu boleh balik.  Selalu membaca atas katil atau atas sofa depan tv.  Kali ini kita membaca dalam LRT.  Agak-agak rasa nak pening, rehatla sekejap.


Apa perancangan aku untuk perjuangan ini?  Aku paling risau kalau aku rasa lemas dalam LRT.  Jadi aku sudah membuat beberapa persiapan:
1)  Membuat senaman (memang dah jadi rutin sempena azam baru), supaya tekanan darah aku optimum.


2)  Membaca dengan meletakkan buku sama level dengan mata.  Ini petua Siti Rahmah, kalau berjaya, beliau boleh digelar Doktor Mabuk Membaca Dalam Kenderaan Bergerak.


3)  Bersarapan dengan kismis, susu, roti dan pembekal tenaga yang lain.


4)  Membawa bersama barang-barang kecemasan seperti :
a) agen-agen pernafasan seperti buah limau dan minyak angin.
b) ini persiapan barisan belakang iaitu membawa plastik beg yang tebal, 4 keping (untuk aku dan Yana)...
c) sebotol air kosong.


5) Mendapat tidur yang secukupnya supaya bekalan oksigen sampai ke otak.


6) Tidak membawa wang yang banyak kerana takut kalau aku gugur di KLCC atau Ampang Point, aku membeli-belah pula.


Buku apa aku hendak baca nanti?  Yana kata nak bawa komik Galeri Ilmu-Azam Syaitan.  Aku mungkin bawa novel atau majalah.  Tak kisahlah janji aku nampak cool.













































5 comments on "Baca@LRT 16 Januari 2010"

Ana farha on Fri Jan 15, 01:02:00 PM said...

kool

Kurma on Fri Jan 15, 01:14:00 PM said...

ana.. jommm.. leh kita jumpa skali.. windula kooo

Siti R on Fri Jan 15, 10:47:00 PM said...

Terima kasih krn sudi mengongsi petua sy dgn para pembaca blog ini. Semoga berhasil...

Dr. Siti Rahmah (tak bertauliah..hehe)

Anonymous said...

kalau nak nampak extra ilmiah...bacalah majalah ekonomi atau majalah2 luar negara..cool

Kurma on Mon Jan 18, 10:00:00 AM said...

Dr siti : nanti ada research baru kasitau haaa... aku rasa takde orang buat lagi ni research membaca dalam moving vehicle

fndrocka : ahaa.. kita cuba nanti kalau ada aktiviti gila2 tu.. kena bawak extra plastik heh heh...

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates