Wednesday, February 09, 2011

Mr. Gecko


Mr. Gecko.. Mr. Gecko
Apa kau buat di atas sana?
Aku sudah menghuni di sini lebih lama darimu
Tiada sesiapa berani menggangguku.

Mr. Gecko.. Mr. Gecko
Telah kutahu kini bunyi misteri di siling rumahku
Aku hanya ketawa mendengar kata hatimu
Kau fikir aku tikus sebesar kasut bermaharajalela di siling itu.

Mr. Gecko.. Mr. Gecko
Mengapa kau suka berjalan di tembok belakang rumahku?
Tembok itu lebuhraya untuk aku mencari sesuap makanan
Sehingga sore baru kutiba dari medan

Mr. Gecko.. Mr. Gecko
Suamiku kata engkau berdua?
Kujua punya hati
Ingin teman dan dikasihi

Mr. Gecko.. Mr. Gecko
Adakah kau takut kepadaku?
Tidak kutakut kepadamu
Tetapi kumalu tidak berbaju 


Rin
Bangi
9 Februari 2011

Bewok ini agak pandai.  Apa-apa yang diletakkan di tembok cuba dielaknya daripada terlanggar.  Dulu serai dalam bekas air.  Baru-baru ini 2 pasang kasut Yana yang bersusun cuba dielak. Namun, sepandai-pandai bewok, terkena pula satu kasut Yana semasa cubaan melompat ke atas almari.  Mujurlah kasut jatuh atas rak sahaja tidaklah kotor kerana ia baru sahaja dikapur.  Menggelebah biawaklah beliau apabila mendengar suara saya.  Kasihan.. apa nak buat hidup menumpang.  Di mana siling dipijak, di situ bumbung rumah orang.






7 comments on "Mr. Gecko"

Siti R on Wed Feb 09, 01:43:00 PM said...

Pergh...besaunyer biawak tu..

Teringat umah kt kg...dulu slalu gak dpt kunjungan Mr. Gecko ni...huhu...

Kurma on Wed Feb 09, 04:35:00 PM said...

Kat kg aku dulu lagi beso mcm anak buaya remaja.. selalu ada org india carik dia tangkap masuk guni.

Aku tak sure Mr. Gecko ni leh membesar lagi ke atau mmg spesis kecik. Kalau lagi besar kena panggil Perhilitan kot?

Siti R on Thu Feb 10, 11:13:00 PM said...

Xyah...ko bela je. Jadikan dia pet..wonder pet...hehehe

today's word verification: hangi
tambah 't' bole jd hangit daa..

Fauziah on Fri Feb 18, 10:31:00 AM said...

bela la rin... pastu jual kat mudah. kot ada org nak beli.

Kurma on Tue Feb 22, 03:44:00 PM said...

kihkih... pastu aku cakap inilah tokek.. harga rm250k.. ada brannn??? heheheh

ellyn on Thu Feb 24, 10:39:00 AM said...

adus rin...aku tgk pun dah geli tapak kaki...kalau depan aku mau aku melompat2....eeeee....

Kurma on Thu Feb 24, 03:06:00 PM said...

hihi Ellyn memula aku sergah dia gelabah. Sekarang dia relax je tengok aku. Aku pulak naik gelabah.

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates