Hari Khamis yang lalu, sempena cuti sekolah, saya terfikir untuk melakukan eco-tourism. Mulanya rakan sekerja saya beritahu, Hari Keluarga pejabatnya akan diadakan di Paya Indah Wetlands. Saya pun terus bertanya Pakcik Google apakah rupa paras si Wetlands tu? Banyak entri sudah lama tetapi beberapa blog entri dalam tahun 2015 dan 2016 amat membantu. Maka, setelah berbincang, mesyuarat tingkap kami memutuskan untuk pergi pada 23 Mac 2017 pada hari Khamis.
Saya pun berangan boleh juga sewa basikal di Paya Indah Wetlands. Sudah bertahun tak naik basikal. Saya sungguh bangga mengutarakan idea eco-tourism ini kepada Abangku kerana impak kewangan adalah sangat minimum. Kawan-kawan saya panggil ini adalah staycation instead of vacation. Yes, we stay at home not to vacate.
Pagi itu, dengan bersarapan keropok lekor, kami pun bergerak ke Paya Indah Wetlands. Masing-masing bersiap siaga dengan backpack cap Quechua yang berisi air dan lampin pakai buang Pants XXL. Kami terlupa bawa topi. Binocular pula tiada jadi kami mengharap ketajaman mata kami sahajalah jika ternampak burung yang pelik. Burung yang pelik adalah selain gagak, merpati, tekukur dan gembala kerbau.
Pada mulanya saya stress kerana bimbang jika terlepas melihat badak air secara dekat kerana masa bertolak agak terlewat dari perancangan. Rhino feeding antara 10.00 - 10.30 pagi. Ingatkan perlu ke kaunter pendaftaran. Rupanya kaunter pendaftaran tutup. Oh... sebelum itu di pintu pagar masuk saya nampak welcome signboard Paya Indah Wetlands. Saya fikir balik nantilah ambil gambar di situ. Oleh kerana staf di situ pun agak blur tentang sewaan basikal, beliau menyuruh kami terus ke belakang ke bangunan pentadbiran. Dalam perjalanan ternampak signboard menghala tempat badak air jadi kami terus menuju ke arah tempat si Rhino. Ada juga beberapa keluarga di situ... fuh rezeki kami. Rhino masih makan rumput di situ. Besar juga. 2 ekor. Tak tahu pula yang mana jantan atau betina.
Setelah puas melihat Rhino kami ke kolam buaya pula. Crocs feeding hanya dilakukan pada Sabtu dan Ahad. Jadi kami lihat buaya yang agak statik sahajalah. Apa yang agak thrilled adalah mengambil gambar buaya dengan henfon kerana tembok berpagar dengan jaring halus bertutup sehingga bahagian atas. Lensa kamera seperti mata saya jadi saya suruh sahajalah si henfon ni intai di celah jaring.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya |
Cak!! |
Ooo nyorokkk yaaa... |
Comel... mungkin masih remaja tak macam yang atas tu |
Dilarang mengganggu dengan membaling apa-apa untuk mengacah Sang Buaya ini semua. Tak kelakar okay? Kau bagi aku makan hujung minggu je. Aku lapar tahu takkk?
Oh penatnya update blog guna henfon...!
0 comments on "Paya Indah Wetlands 2017 Part 1"
Post a Comment