Baiklah mari kita sambung cerita tentang pengembaraan ke Paya Indah Wetlands :D.
Setelah puas melihat Sang Badak dan Sang Buaya, kami ternampak pula pondok tempat menyewa basikal. Wah, saya sudah teruja! Saya sangat teruja sehinggakan saya ternampak-nampak ada orang di pondok basikal yang saya sangkakan staf yang bertugas untuk pendaftaran sewa tersebut. Apabila datang dekat rupa-rupanya kerusi. Anak saya dengan takut-takut berkata, "Ibu, mana ada orang. Siapa ibu nampak tadi?" Namun, saya tidak ambil peduli, saya yakin saya yang tersalah pandang. Eh, kenapa travelog ini berbunyi misteri pula. Sengaja saya tambah Ajinomoto dalam cerita ini.
Saya pun menelefon nombor tertera, mungkin orangnya sedang berehat. Rupa-rupanya sewaan basikal pada hari biasa perlu ditempah lebih awal sehari. Hanya pada hujung minggu sahaja sewaan basikal boleh dibuat serta-merta. Serba salah juga suara wanita di talian itu apabila saya katakan saya mendapat info boleh menyewa basikal melalui info di Internet. Mungkin website tidak update katanya. Tidak mengapa, mungkin belum rezeki lagi. Barulah saya tahu, sewaan basikal di sini dikendalikan oleh orang persendirian (orang kampung) di situ.
Pondok basikal dan di belakang sana adalah Menara Tinjau |
Melihatkan kami termenung di pondok basikal, mungkin staf di Paya Indah mencadangkan kami meneruskan perjalanan ke Menara Tinjau. Boleh exercise katanya, tidak jauh pun dari pondok tersebut. Kami pun menyorong stroller ke arah yang ditunjukkan dan di sini kami merasa teruja semula. Maklumlah budak-budak ni tidak pernah masuk hutan. Saya pun sudah lama tidak melakukan jungle trekking. Orang jawa kata, "watch your mouth" hahaha... Puas menasihati anak-anak agar menjaga tutur kata, walaupun yang tua ni sendiri pun agak kecoh mengawasi mereka. ..pokpekpokpek...
Fuh.. sampai juga... boleh panjat ke ni? Lagi tinggi dari pokok. |
Ada pula kanak-kanak geng kampung bersama kami bersama-sama memanjat menara. |
Mujurlah saya sudah berpindah pejabat di tingkat satu, jadi lutut sudah agak terbiasa memanjat tangga. Sepanjang perjalanan menaiki tangga dada saya berdebar-debar kerana saya semakin tinggi dari pokok. huahuahua... gayat.. Ada budak berumur 6 tahun tu pun gayat rupa-rupanya. Jadi, kami tidak boleh berlama-lamaan di atas. Nanti dia meraung susah pula.
Menurut Abangku, yang kiri Cyberjaya dan yang kanan Putrajaya. |
Ada tasik pula di tengah tu |
Setelah turun dari menara, kami segera ke arah bangsal kuda. Tapi tiada kudanya. Cuma kami dapat lihat landak dan kura-kura yang berkawan baik sahaja.
Landak dan kura-kura sedang tidur. Pedih mata agaknya panas sangat |
Perasan seperti bangsal dalam cerita Isaura siri TV popular zaman 80an dahulu :P |
Kesimpulannya, Paya Indah Wetlands menarik untuk dikunjungi. Insya-Allah mungkin kami akan ke sini lagi dan berpiknik pula. Saya lupa pula ambil gambar tempat piknik dan chalet. Tidak mengapa, alasan untuk pergi lagi ke mari sebab kami belum berpeluang melihat burung yang pelik dan kuda. Kami juga terlupa ambil gambar di pintu masuk. Macamana pula boleh lupa ish... ish... ish...
Oh... dalam kereta budak 6 tahun yang gayat tadi mula pening. Mujurlah dia ok selepas sesi bermain boling di Alamanda. Namun, esok paginya dia bercerita yang dia mimpi jatuh dari tempat tinggi .. aduh... Pengajaran, perlu biasakan dia dengan ketinggian sedikit demi sedikit...
0 comments on "Paya Indah Wetlands 2017 Part 2"
Post a Comment