Wednesday, June 20, 2007

Zombie Kampung Pisang


Semasa di rumah mentua sambutan harijadi Yana, kitorang pinjam DVD Zombie Kampung Pisang dan Jangan Pandang Belakang dari adik ipar. Jadi, memandangkan hari Isnin takde cerita yang menarik di TV3 (kecuali Jackie Chan Project A.. aisehmen melepas nak tengok), maka kitorang bertiga pun pasangla cerita tu sambil menikmati makan malam.

Sebenarnya, dari hari Ahad lagi, Yana dah tengok kulit DVD tu banyak kali. Ditenungnya lama-lama. Aku pulak sibuk bercerita pada keluarga Opahnya kisah dia yang takut nak masuk bilik air di nurseri kerana disangka ada hantu. Padahal lampu bilik air tu yang padam secara tiba-tiba. Bila tengok muka dia yang macam nak gerun tengok kulit DVD tu, Pak Lang Yana terus buat cerita takutkan dia. Gambar tangan pada sampul tu dikatanya hantu. Nanti tangan tu datang malam-malam kat Yana.

Aku taknak Yana takut, aku cakap kat dia.. "Kartun je.. bukan hantu."

"Kartun je kan? Bukan hantu, kan ibu? Kartun je..."

"A ah.. kartun je. Yana tak takut lah kan?"

Pak Lang Yana terus-terusan menakutkan dia. Dan Yana terus-terusan menafikan perasaan takut dia. "Bukan hantu.. kartun je.." Sambil matanya masih terpaku pada sampul DVD tu.

Semasa menonton DVD tu, Yana duduk kat belakang aku sepanjang masa. Dia kata kartun je, dia tak takut. Tp bila aku suruh duduk atas riba aku dia taknak. Aku ketawa terbahak-bahak tengok cerita yg kelakar tu, dia pulak tengok dengan wajah begitu serius.

"Yana takut ke?"

"Takdelah.." Tapi muka dia serius je dan macam tension je. "Kartun je.."

Ada ketika bila watak betul-betul kelakar (bagi budak berumur 3 tahun), dia ketawa jugak. Tapi banyak masa risau jugak aku tengok muka dia yg serius tu..hehe..

Malam tu, dia taknak tidur kat katil dia. Dia tak boleh lelapkan mata. Kitorang bagi dia kelonggaran tidur sebelah aku, dengan syarat esoknya dia tidur di bilik sendiri. Yana angguk dan tak sampai berapa minit dia baring di sebelah aku, dia pun lelap.

Pagi ini (selepas 2 hari), dia masih takut nak masuk bilik air seorang diri walaupun dia tak habis-habis cakap pada diri dia "kartun jee...".

Yg pasti kitorang kena pastikan dia dah tidur untuk menonton Jangan Pandang Belakang. Takkan nak tengok tengah malam kut? Alahaii... ni yang aku lemah ni...

0 comments on "Zombie Kampung Pisang"

 

Aku, Dia dan Lagu Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates