Setelah membaca entri sahabat saya Siti R berkenaan rumah idamannya, saya teringat satu dua perkara. Saya tulis satu dua perkara kerana memang dua perkara itu yang saya ingat walaupun sepatutnya mungkin ada empat perkara.
Ia berkenaan personaliti individu berkaitan dengan rumah di kawasan yang ingin dimiliki. Pertama, sekiranya seseorang itu sukakan rumah di kawasan hutan dan air terjun seperti Siti R, ia menandakan orang itu seorang yang misterius. Kedua, jika orang itu sukakan kawasan ladang yang luas untuk rumahnya, dia seorang yang berfikiran luas. Ketiga, jika orang itu sukakan kawasan kebun, saya tidak ingat apakah maknanya. Begitu juga yang keempat lebih teruk, saya tidak ingat kawasan jenis apa. Jangan marah, nanti kena jual.
Pada pendapat saya, Siti R memang seorang misterius. Jangan risau kerana bagi saya misterius itu bagus. Saya pula? Oh, saya sukakan kawasan ladang luas seperti dalam cerita Smallville atau cerita koboi-koboi atau kawasan orang-orang Hobbit di dalam filem Lord of The Rings :). Adakah saya berfikiran luas? Saya tidak pasti pula, hanya orang lain yang boleh menilai diri saya. Apa yang pasti permukaan kulit dan badan saya memang luas.
Adakah saya mendapat rumah di ladang luas itu? Kalau saya kecutkan diri saya seperti filem Honey I Shrunk The Kids itu, laman comel itu boleh jadi sebuah ladang nan luas. Bolehlah tuu... setakat nak buat ala-ala Farmville secara kecil-kecilan, saya sudah bersyukur.
6 comments on "Luas?"
Erkkk!! Benarkah begitu? Mana ko dpt maklumat ni?
*Tiba2 terngiang2 muzik tema Alfred Hitchcock dlm kepala...
**Aku setuju ko mmg berfikiran luas n terbuka
***Dulu masa tgk citer "Little House on the Praire" aku ada t'ingin gak nak rumah di kawasan luas dan lapang...hehe...
****Apa lg dua tu? Baik ko ingatkan cpt!
*****Ko pregnant, eh? Brp bln dah? Tahniah! Kalo dpt anak pompuan bg nama Siti R ye...hahaha! Jgn mare..gurau jer..huhu...
hahaha.. seperti biasa aku memang selalu luupa sumber. Aku rasa masa tu aku sekolah lagi... hish sungguh tak ingatlah. Rasanya sekolah rendahla ada orang bagitau aku tu .. kee cikgu aku ha? alaaa.. serius misterius aku tak ingat heehe..
err..tiba2 aku terbayang plak kepala aku besar hehehe.. sbb fikiran luas dan terbuka :P
ye siti R.. ku pregnant.. mekasih...doakan selamat semuanya yekk..
rin...congrates...bilerkah due. aku pun mcm ko gak kalau bole nk rumah yg ader laman keliling...seronot
elin .. agaknya mmg org nama azrina gitu kot? ehhe..
tq elin.. insya-Allah due pertengahan bln 4 kot.
Aku suka rumah bawah tanah.amacam?
cit cit cit cit hehehehehehehe
Post a Comment